Pandelela Rinong Di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012
Pengetahuan Am

Pandelela Rinong Di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012

Gambar Pandelela Rinong

Pandelela Rinong Anak Pamg – pembawa bendera Malaysia di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012 yang berasal dari Bau,Sarawak. Lahir pada 2 Mac 1993 . Beliau adalah atlet terjun papan anjal. Pandelela ialah pemenang anugerah Olahragawati Kebangsaan 2011.

perarakan pasukan malaysia olimpik 2012

Inilah saat yang dinanti-nanti, rasa darah mengalir panas dengan semangat cintakan negara yang membuak-buak apabila melihat atlet negara berjalan megah dalam perarakan pembukaan Olimpik 2012.

Walaupun sepanjang hujung minggu ini warga siber agak riuh mengkritik logo dan lagu sempena Hari Merdeka ke 55 negara, tidak dinafikan rasa cinta, semangat pratriotik masih menebal di dalam jati diri semua orang. perasaan ini, rasa ini bukan boleh dinilai oleh pihak lain atau digambarkan dalam bentuk sekian-sekian. Ini adalah rasa yang dalam tak perlukan balasan.

perarakan masuk pasukan malaysia olimpik 2012

 

Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya “Games of the XXX Olympiad” (Sukan Olimpiad XXX) diadakan di London, England, United Kingdom dari  27 Julai – 12 Ogos 2012.   Kalau di  London 27 Julai masa majlis pembukaan, kita di Malaysia dah 28 Julai.

London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas tahun 1908 dan 1948.  Negara pertama yang menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali.

Malaysia menghantar 30 atlet  yang mengambil bahagian di dalam sembilan acara sukan iaitu memanah, olahraga, badminton, berbasikal, terjun, lawan pedang, belayar, menembak dan berenang.

Tumpuan sudah semestinya kepada penembak wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang sedang sarat mengandung lapan bulan.  Beliau satu-satunya penembak negara yang layak ke Olimpik 2012 secara merit.

Moga atlet kita mencapai kejayaan yang membanggakan di sana.

 

gambar pembukaan sukan olimpik 2012
Stadium Olimpik London

Rowan Atkinson Mr Bean

Mr Bean ( Rowan Atkinson ) pun buat persembahan bersama orkestra.  Gimik ketibaan Queen Elizabeth II melalui payung terjun dengan diiringi oleh James Bond (Daniel Craig) pun menarik.

 

gambar pembukaan sukan olimpik london 2012

 

gambar stadium olimpik london

Ini gambar pembukaan sukan Olimpik 2012 dari skrin tv kat rumah saya… cantiklah juga walaupun kamera senget  #pujidisisendiri

Banyaknya nama negara-negara yang tak pernah tahu muncul di kaca TV, jadi jangan terkejut kalau penduduk dunia lain  pun baru pertama kali mengetahui mengenai negara Malaysia.

Antaranya Gabon ,Burkina Faso, Kiribati , Vanuatu

gambar david beckham naik bot olimpik 2012

Perghhh………. macam Bond 007!  David Beckham memandu bot melalui Tower Bridge menuju ke Stadium Olimpik London membawa Jade Bailey yang membawa obor

gambar stadium olimpik london 2012

Gambar ni comel.  Stadium Olimpik London yang  menjadi tempat upacara perasmian dan upacara penutup pada 12 Ogos 2012 nanti menjadi perkampungan British dengan teme ‘Green and Pleasant’ .  Ada awan yang gebu-gebu lagi.

Gambar dari  london2012.com

Youtube juga menyediakan siaran langsung pembukaan Olmpik 2012 di Official Olympic Channel

logo olimpik 2012 dan maskot olimpik 2012Logo Olimpik 2012  dan Maskot

Edit 10/08/2012  : Pandelela Rinong Pamg berjaya memenangi Pingat Gangsa dalam acara 10m Platform Wanita Individu dengan catatan mata 359.20. Tahniah!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Pandelela Rinong Di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012

  1. apa nma tmpat perasmian sukan olimpik london nie sbnrnya ???
    fuhh!!! susahnya nk cri .. pning kpla aku

  2. sangat berbangga dengan pencapaian Pandalela Rinong.. semoga dia mengharumkan lagi nama hometown kami, Bau, negeri Sarawak dan Malaysia

    p/s: kalau dulu rajin berenang2 di sungai, mesti sekarang dh jadi perenang..eh..
    Jom terjah post menarik dari marvicn ..Away from Malaysia againMy Profile

  3. Acara pembukaan yg cukup dramatik. Dgn lakonan, terjunan, bunga api dll…mmg fuuuh!

    Pandalela antara prospek pingat negara. Moga dia berjaya buat yg terbaik…

    p/s-kak jie, nape ek tukar baju lama blog ni?baru perasan tadi… 😀 maaf, sekadar ingin tahu
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Senarai Pengusaha Buah Mahkota DewaMy Profile

  4. kehadiranmu umpama bintang menyinari bumi yang kegelapan…. usahamu yang gigih menyerahkan nama negara MALAYSIA….. malaysia boleh!!!!!!

Comments are closed.