Saya baru saja membeli tudung bawal secara online. Sebagai makcik yang masih bertudung bawal walau dipandang agak ketinggalan zaman, mendapatkan tudung bawal yang sesuai, cantik , berkualiti dan keluaran terkini agak sukar sekarang. Puas memusing pasar tani, pasar pagi, pasar malam atau pasar Ramadan, memang payah nak jumpa.
Saya mempunyai pengalaman beberapa kali membeli tudung secara online. Tetapi ini adalah kali pertama saya membuat pesanan online dari laman web Terbaik Dari Ladang ( TLD), sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan 100% secara online.
Jangan ingatkan lembu kerbau ayam itik kelapa sawit, pisang saja terdapat di ladang, Fesyen Muslimah Terbaik juga boleh didapati dari Ladang. hihi
warna pilihan pun memang untuk makcik-makcik
Tudung yang terdapat di TDL dikeluarkan secara ekslusif hanya sehelai untuk setiap item. Walaupun menghasilkan design yang terkini , tudung di TDL masih mengekalkan keaslian produk . Contohnya tudung bawal yang saya baru beli ini mempunyai Sulam Cekik Tepi yang kemas.
Ciri-ciri penting sewaktu membuat pembelian online ialah kepercayaan. Banyak kes yang kita dengar membabitkan pengguna ditipu sewaktu membuat pembelian secara online. Kes-kes begini sedikit sebanyak meninggalkan kesan negagif kepada peniaga lain yang jujur dan betul-betul ingin berniaga atas talian.
Saya nasihatkan, belilah dari penjual yang mempunyai laman web sendiri. Pihak Terbaik Dari Ladang bukan saja mempunyai laman web yang boleh dipercayai malah menawarkan jaminan 98% Gerenti Puas Hati dan jaminan pulangan wang selama 7 hari jika tidak berpuas hati dengan produk yang diterima.
Kenapa mereka berani menawarkan polisi begini?
Selain mempunyai polisi penghantaran secara PERCUMA ke seluruh Malaysia, kualiti produk mereka dijamin memuaskan kerana sebahagian besar produk TDL di hasilkan oleh pihak TDL sendiri. Bermula dengan sentuhan pereka fesyen sehinggalah kepada memproses di kilang yang dilakukan secara berhati-hati.
Ini adalah teras penting untuk kita mengenal sesebuah laman web yang benar-benar berusaha menjaga nama baik perniagaan mereka. TDL menawarkan koleksi Tudung, Shawl, Awning Inner , Baju Muslimah & Koleksi Raya 2012.
Cara membeli tudung online.
- Pergi ke laman web Terbaik Dari Ladang – di bahagian Produk, pilih kategori yang dikehendai.
- Klik produk yang berkenan dihati, dan akan dipaparkan info mengenai produk yang telah dipilih. Jika berpuashati , hanya perlu klik ‘Add to cart’ bagi membuat pembelian.
*Ulang langkah² ini untuk membeli produk lain.
- Klik ‘View Cart’ bagi melihat produk-produk yang telah dipilih.
- Di bahagian ini, isilah nama & alamat penerima. ( Kalau perlukan nama dan alamat saya, bolehlah DM saya di Twitter @kujie ) Lepas tu klik ‘Place order’ untuk buat tempahan.
- Kemudian buatlah pembayaran melalui Maybank dan CIMB dan bagi pelanggan di luar negara , pihak TDL menerima bayaran melalui Paypal.
Tak sempat nak tunggu depan pintu pun, barang dah sampai. Saya buat pembayaran lewat malam Rabu , pagi Khamis pesanan di proses dan petang Jumaat sudah tiba di depan pintu rumah.
TDL juga mengeluarkan video tutorial memakai tudung atau shawal . Jom cuba!
Memang terbaik dari ladang. Nama blog pun terbaik dari 🙂
Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Beli Tudung Online Koleksi Labuh Bidang 60 Inspirasi Hana
Sekarang ini sangat banyak memang jenis-jenis tudung, dari yang model biasa sampai yang aneka rupa.
Jom terjah post menarik dari nira ..Perbedaan Penyebab Asma dan Bronkhitis
ishh. mana ada ketinggalan kujie. kalau saya, saya suka tgk pompuan pakai tudung ni. sbb boleh tau dia x pemalas. hehe. tudung express tu main sarung je.hehe..
Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..cara nak menang teka bunyi di era fm
Saya kunjungi situsnya ternyata banyak sekali macamnya, jadi pengen beli rudung bermanik – manik seperti itu..
Nice share Kak Jie 🙂
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mendaftar dan Memasang Widget Histats di Blog
Ni kalau dapat dekat mem saya nih, kompom order bundle ni. Tambah pulak nak raya. Hehehe
bahya ni kalau ain maisarah tauu..
Jom terjah post menarik dari titan ..Berbuka puasa dengan Rojak Buah
saya memang suka tudung bawal, tak sesuai pakai tudung awning.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Giveaway Kedua Cik Tom
DSekarang dah start top bbalik fesyen tudung bawal ni .. cuma saya dah tak update.. 🙂
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..2 blog aku dah kena Tamparan Google Penguin Algoritma
untunglah org yg kekal bertudung bawal ni…. hihihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Fatehah Mustapa – Wanita Malaysia Pertama Acara Trek Berbasikal Olimpik 2012
memang untung sapa-sapa ‘istiqamah’ dengan fesyen.. ulang-ulang, pusing balik fesyen lama.
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Wordless Ramadhan
nk tudung satu pls.. hihihi
kalau kak jie punya ‘promotion’ insyaAllah sy tak ragu2 nak berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan2 lain.. 🙂
nak pembekal kain batik ada tak ?
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – Justin Bieber ?
Myra pun sampai sekarang masih pakai tudung bawal – p keje kalau keluar santai pakai tudung awning 🙂
Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
Dari dulu, kini dan mungkin akan selamanya menggunakan tudung bawal rasanya.
Susah nak dapat tudung bawal yang asli di pasaran. Kebanyakannya menjual kain yang tidak berkualiti (gred paling bawah). Sebab tu lebih berpuas hati kalau beli secara online.
Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Isue: Divorce
Kak Jie, Nur pun masih pakai tudung bawal.. Sama juga hanya pakai tudung ekspress semasa di rumah atau jika terlambat untuk ke tempat kerja.
Menarik juga website tu.. Tengah berfikir2 sama ada nak beli ke tidak.. TQ kak sebab kongsi dengan kami.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Nur ..Sentuhan Qolbu – Nikmat Terbesar (ما هي اعظم نِعمة؟ )
ohh saya juga masih meminati tudung bawal. tudung xpress memang cantik2, tapi macam huru hara nampak kalau saya pakai, hahah
Jom terjah post menarik dari ciknor ..Ini nombor baru saya
sy minat lagi tudung bawal ni sbb kalo sy pakai nmpka lagi comey darpd pakia tudung makcik tu..hehe..perasan… tpkan nama butik ni sgt betsla.. TDL…
Jom terjah post menarik dari lin azlina ..SUKMA PAHANG dan TAMAN KERANG KUANTAN
saya pun masih pakai tudung bawal , tudung bawal yg dulu dgn skrg tak sama langsung kak .. lain ..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Sinopsis kau yang terindah khas buat peminat Neelofa
sebab tu kak jie pegang dan ada tudung depan mata baru boleh cakap… kak jie dah ada tudung ni…kain dia memang bawal asli, corak saja mengikut aliran terkini
wah! siap ada toturial cara pakai tudung bawal tu.. hehehe
cayalah kak jie…hahaha
Jom terjah post menarik dari maza ..Penangan Katira
Cantik corak bunga pada kain tudung didalam gambar. Ada manik yang bling-bling lagi. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Contest Broframestone – reka dialog
Saper kata tudung bawal ketinggalan zaman. Trend tudung bawal dah kembali hangat skrg ni kak.
Jom terjah post menarik dari Azwan Muhamad ..Berbuka puasa dengan melepas geram.
hahaha ok nama kedai dia memang terbaik dari ladang!
Jom terjah post menarik dari topo ..Sistem Navigasi Pintar Kereta Pada Tahun 1920-30an
name website tu mmg lain dari yg lain.. terbaik dari ladang. Kini tudung bawal telah kembali eh kak jie? Hehe.. sy pun baru lepas membeli dari Aidijuma. Dah byk sgt tudung ekspress ni kan, hubby ckp nampak mcm makcik2 dah. Errkkk.. sabar je la kan
Jom terjah post menarik dari fara ..Precious Moments with Trudy & Teddy
kak jie yang makcik2 tak pakai tudung ekspress… bukan tak pakai langsung. ada tapi utk pakaian basahan. pergi sekolah hantar intan ke, atau hal2 biasa,
utk formal, jejalan degan baju kurung or seluar, blouse masih lagi pakai tudung bawal… tak berubah walau org lain dah berfesyen mcm² warna warni.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pandelela Rinong Di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012