Gulai Batang Pisang memang signature dish orang Baling Kedah, terutamanya di kawasan kampung. Tetapi tolong jangan bayangkan dalam periuk atau kawah sedang menggelegak tu ada batang pisang. Nama saja Gulai Batang Pisang tetapi bahagian batang pisang yang digunakan adalah umbut pisang atau rias pisang. Umbut pisang adalah bahagian tengah batang pisang yang lembut dan berwarna putih. Sama saja kalau umbut kelapa.
Gulai batang pisang biasanya di masak untuk majlis kenduri dan lebih sedap gulai batang pisang menggunakan daging bertulang lembu atau kambing.
Sekarang, menu gulai batang pisang boleh juga dijadikan salah satu menu berbuka puasa yang istimewa.
Balik kampung minggu lepas, adik ipar saya masak gulai batang pisang. Ok…. untung jadi kakak sulung yang ada 4 adik lelaki. Bila adik-adik lelaki dah kahwin, mak ada 4 anak menantu perempuan kat dapur. Semuanya pun jenis ‘ringan tulang’. Saya boleh jadi Project Manager saja
Umbut pisang ni manis sebenarnya, kalau tak percaya pergi tebang sepokok tetapi jangan tersilap pilih jenis pisang. Bukan semua jenis pisang sedap dibuat gulai. Mak kata pisang emas, pisang batu ( pisang raja ) atau pisang hutan yang sedap, kalau pisang nangka tak boleh. Ada satu lagi yang tak boleh, pisang kaki!
Bila saya cakap pisang hutan tolong jangan bayangkan kita perlu meredah hutan seperti Taman Negara pula untuk dapatkan pokok pisang. Orang bandar ni , bila sebut saja hutan, dia ingat hutan sebetul betul hutan. Pisang hutan biasanya tumbuh sendiri di tepi-tepi kampung , tepi-tepi sungai atau di tepi-tepi lebuh raya pun kita boleh nampak pisang hutan.
Ok… jom masuk dapur. Kita masak gulai batang pisang.
Mak dan adik lelaki yang pergi tebang pokok pisang, jadi saya tak ada gambar aktiviti menebang. Pokok pisang dah diracik-racik , dibuang kulit-kulit dan yang dibawa balik adalah bahagian tengah batang pisang
Inilah rupa batang pisang atau lebih tepat umbut pisang. Bahagian ni kena buang lagi kulit luarnya. Umbut yang digunakan adalah bahagian paling akhir , kalau buang bahagian tu … dah tak ada…. hiks!
Potong umbut pisang tu 1 – 1½ inci besarnya. Bahagian paling penting di sini, urat atau tali atau getah pisang yang berjurai-jurai tu kena buang. Kalau tak buang umbut pisang tetap berangkai-rangkai apabila di masak. Tak putus. Urat-urat yang keluar tu memang kuat Bila kita tarik, uratnya makin memanjang. Kena buang sampai habis.
Ini juga tip atau panduan penting supaya umbut pisang tidak hitam atau lebam apabila di masak. Selepas di potong, lumur umbut pisang dengan kunyit. Kalau dibiarkan umbut pisang yang telah dipotong lama terdedah, umbut mudah hitam dan lebam.
Ini juga bahan penting. Ayam kampung. Mak memang tak makan ‘ayam bandar’ jadi memang mak bela ayam. Bila anak cucu balik kampung, beberapa ekor akan dikorbankan.
Proses nak siangn ayam kampung pun bukan mudah. Mesti ramai yang dah lupa rupa ayam sebab biasa nampak ayam tanpa bulu saja di pasar.
Mula-mula kena jerang air. Bila ayam dah disembelih, darah dah kering , potong di bahagian tembolok ( dekat leher ) dan satu tebukan lagi dibahagian hujung bawah bontot ayam. Masukkan tangan dalam perut ayam dan tarik keluar semua organ dalaman seperti hati, hempedu, pedal dan usus. Suam-suam dan hangat-hangat delam perut ayam tu.
Lepas tu siram dengan air mendidih dan mulakan proses mencabut bulu sewaktu masih hangat. Kalau dah sejuk bulu susah nak tercabut. Kena mulakan proses mencabut bulu ayam di bahagian pelepah sayap kerana bahagian itu lebih besar bulunya.
Dah bersih cantik comel… layur atas api. Bulu-bulu roma yang halus-halus semua habis terbakar. Lepas tu baru boleh dipotong ayam mengikut sendi-sendi anggota badan ayam.
Dah siap proses menyiang ayam kampung. Jangan risau kalau kena bersusah payah nak menyediakan semua bahan ni sebab ending dalam mangkuk nanti cukup berbaloi sedapnya.
Jom kita menumis!
Resepi Batang Pisang
- 2 ekor ayam kampung
- 1 pokok umbut pising
- asam jawa
- garam
- 1 cawan serbuk kari daging
- 1 cawan kerisik
- 2 tangkai daun kari
- air
- santan dari sebiji kelapa – asing bahagian santan pekat dan santan cair
- minyak untuk menumis.
Bahan tumis
- 2 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 ulas bawang merah dimayang
- 4 ulas bawang putih dimayang
- 1 inci halia potong halus
Cara memasak gulai batang pisang
- Tumis bahan tumisan. Masukkan daun kari.
- Bancuh serbuk kari dan kerisik dengan air. Bila bahan tumisan dah terbit bau, masukkan campuran serbuk kari dan kerisik.
- Masak sampai terbit minyak. Masukkan ayam dan santan cair.
- Bila ayam betul-betul masak dan lembut, masukkan santan pekat, batang pisang, garam dan air asam jawa.
- Masak lebih kurang 10 minit sehingga umbut pisang dah lembut
Dah siap… sedia untuk dihidangkan. Biasanya sebelum dihidang untuk makan tengah hari memasing dah merasa seorang semagkuk. Inilah istimewanya gulai batang pisang.
Rahsia gulai batang pisang sedap?
Ratio serbuk rempah dan kerisik sama banyak! Saya jumpa banyak resepi gulai batang pisang di internet yang tak gunakan kerisik. Satu lagi rahsia kesedapan gulai batang pisang adalah kami memasak menggunakan dapur kayu. Daging cepat empuk dan rasanya lebih sedap kerana ramuan rempah sebati.
Nota pesanan : Kalau nak beli gulai batang pisang di mana-mana, di Bazar Ramadan ( BARAM ) atau di Pasar Ramadan ( PARAM ), tengok dulu batang pisang yang digunakan. Saya pernah jumpa gulai batang pisang menggunakan pelepah pisang. Itu makanan lembu sajalah…………….. tak baik menipu orang.
Rasanya dah banyak tips atau rahsia kesedapan gulai batang pisang saya dah bagi , harap-harap orang luar ( luar dari Kedah ) yang pertama kali memakan gulai batang pisang tak tertipu dan kecewa apabila mendapat gulai yang tidak betul-betul asli resepinya.
Dah dapat idea nak masak petang nanti? Pi tebang pokok pisang dulu….
tak pernah makan lagi, tapi bila dah baca, menitis air liur nak cuba, mcmana rasanya, lbh krg mcm btg keladi msk lemak tu ka? pernah nak cari kt param, tapi baru tau ada yg jual guna pelepah pisang, tak patut betul.
mmmm sedapnya, semalam kawan dari terengganu datang bawak gulai pisang, first time makan, y gulai batang pisang ni, kalau kat Gua Musang mmg tak jumpa la, nampak sdp Kak Ji, mmg kne cuba
Nak tanya ni Kak Jie
Berapa umur sesuai pokok pisang yang nak dikorbankan tu
pokok muda
or
pokok tua yang buah pisangnya dah masak
Resipi istimewa orang baling. Belum pernah rasa lagi. Setakat dengar gitu-gitu je. Tak ingat lak pernah rasa atau tak. Kalau gulai nangka tu selalu la juga huhu
nak gulai batang pisang berulamkan jantung.. hehhee
tak pernah rasa walau dulu 5 tahun duduk di kedah..hehe
Puasa puasa tu typo boleh diterima.
Rugilah tak pernah merasa… tpi bukan semua bahagian utara tau menu ni… kawasan Baling mmg femes, tempat lain kurang
pernah rasa walau dulu 5 tahun duduk di kedah..hehe
hurm, tak pernah rasa..
Dulu waktu kecik, mama selalu masak batang pisang ni dengan ikan masin. fuhhhh sedap!! Kak bolehlah try, gulai ikan masin+batang pisang muda. Mak ai, teringin nak balik Sabah petang ni juga.
oooo…dengan ikan masin tu gulai kari juga ye
guna rempah kari
atau gulai lemak kuning?
Rempah kari pun boleh, gulai lemak kuning pun boleh. Tapi for me, guna kari lebih sedap kot, serba lengkap lemak ada pedas pun ada. Then bila kari tu meresap dalam batang pisang yang lembut tu.. arhhh perfection!
Saya pun orang Baling. Gulai batang pisang ni memang sedap. Campur dengan daging lagi best. terangkat habis.
dulu dulu mmg dgn daging sebab gulai batang pisang ni biasanya menu kenduri , sekarang saja orang buat tak kira kenduri ke makan keluarga… ayam kampung pilihan kalau nak cari daging nak cari kambing payah.. ayam hambat keliling rumah dah boleh makan 🙂
tak pernah cuba lagi gulai batang piasng…
tu resepi dah ada.. tukar je daging lembu atau kambing kalau suka
pernah gak berangan2 masuk hutan pastu sesat. nak hidup makan umbut pisang aje.
biasanya orang sesat dia tak rancang nak sesat…hehe
dah merasa, kak jie.. mmg sgt sedap.. depa masak kari umbut pisang dgn daging. bertambah2 cheq makan :p
kan… sebenarnya umbut pisang tu manis… manis sgt
campur lagi gulai ada kerisik.. memang sedap
kan dah rindu nak makan la la ni jugak :p
Mak ai..memang meleleh air liur ni..di Kuantan dulu masa kecik-kecik ada jugak orang masak gulai batang pisang ni kalau ada kenduri kecil-kecilan..tapi yang memasaknya kebiasaan kelompok warga Kedah yang menetap di Felda di sini..angah memang pernah rasa keenakan gulai batang pisang, tapi sekarang ni dah lupa ummpphh dia macam mana..
Pi Serendah nanti boleh rasa kot..hehe..
serendah pun mana nak cari pokok pisang … kena pi Baling baru Mak Teh pi tebang pokok pisang dia, kejar ayam itik dia buat gulai 🙂
Kak Jie pisang hutan tu buahnya hanya jadi makanan burung ja coz bijinya banyak. Kalau nak balik ke Perlis biasanya kalau teringin nak makan gulai batang pisang Aina akan singgak ke R&R Gurun wlauapun tak sesedap gulai masa kenduri tapi bolehlah untuk lepaskna gian.
Memang buah pisang hutan orang tak makan, kecuali dalam kesempitan..tersesat dalam hutan ke.. sebab kita ada pilihan. Kat tempat kak jie pisang hutan digunakan batang untuk buat gulai macam ni
OOO..kat R&R Gurun memang ada sentiasa ke.. kawan kak jie orang Baling ada kedai makan gulai kawan batang pisang kat Sg Dua.. kalau balik sana, keluar exit Sg Dua tepi highway je kedai dia – Mid Gulai Kawah
Buuu… sedat ooo.. besa sekali beserok makan gulai batang pisang ni kat kedai nasi kukuh di pekan Kupang, beserok pukui 12 tengahari… hahaha…
kalau lalu PLUS Highway , exit kat Sg Dua Butterworth ada orang Baling berniaga kat situ – Mid Gulai Kawah
perh…
semua siap..
bolh try bt la nant..
nyam2…
resepi sama saja dgn masak gulai lain.. cuma ada beberapa tips utk tambah sedap
bahan² yg digunakan pun memang ada disekeliling dapur kita
wow… baru tau kalau batang pisang bisa dibuat makanan… jadi pingin coba
Orang belah Kedah mmg banyak sebut gulai batang pisang ni,1 hari nak kena cuba juga lah.
bawa mai batang pisang kat rumah kak jie… kak jie tolong masakkan.. hihi
tetiba dapat idea nak masak gini…
tak pernah lagi makan batang pisang tuh…1st time tengok sebenarnya nih…
kadang2 kak jie terfikir.. banyak benda pelik atau perkara y ang jarang orang tahu kak jie kongsikan… nampak sgt dah tuanya kak jie 🙂
Tak pandai makan tetapi menyelerakan.
nanti kak jie buat…. kalau ada pokok pisangnya… hihihi
Dulu pernah dengar dari nenek, kalau umbat pisang atau yang dikenal ros pisang di daerah kami, enak tuk dimasak namun dari kecil hingga dewasa saya belum pernah memakannya apalagi mencoba memasaknya . senang rasanya di daerah anda khususnya di Baling Kedah ros pisang bisa diolah jadi makanan yang nikmat dan menggugah selera, jadi pengen icip2 … 🙂
OOO….. di kampung Kak Jie masih ada hidangan gulai umbut pisang ini dan biasanya untuk majlis kenduri tetapi menggunakan daging lembu atau kambing.
Resepi dah ada, cubalah buat.. mesti sedap
pernah dengar tapi tak pernah rasa
ramai kawan-kawan tak pernah rasa ni.. macam kena buat juga
masak ni
errrr… tiba2 fyna rasa lapar kak kujie. hehehe…
aishhhh…… jangan tengok waktu siang 🙂
Pernah Makan Kak Jie, memang sedap kalau balik kampung mak rajin masak, Sebab belakang rumah penuh dengan pisang. Alahai tiba2 teringin.
ha.. kan, orang yang pernah makan je tau betapa sedapnya gulai batang pisang….dan bukan semua orang tau buat ni.
Kak Jie sekeluarga bukan orang tempatan Baling, mak dan ayah orang luar tetapi dah bertahun² dok Baling , dah boleh buat sebab selalu tengok orang masak kat majlis kenduri.
Alamak.. meleleh pula air liur ku!
Mana nak cari gulai batang pisang dekat Shah Alam ni? (Ini macam bapak yg mengidam, bukan mak! Hahaha)
erk.. rasa bersalah pula
sebenarnya bukan nak share resepi sangat tetapi nak share batang pisang yang boleh dimakan.. ramai sangat tak tahu pasal ni
Perggghh lengkap maklumat. Patut lah dayah nih antara stalker sejati akak. .berbaloi luangkan masa baca entry akak nih tau.. sayang la ngan kak jie nih!
ha ha ha.. nak cerita bab resepi je..tapi segala mak nenek dok membebel.
tips , panduannya….bila baca balik entri ni.. apa entah kena mengena cara siang ayam tu
serius kali pertama dengar gulai batang pisang?..sedap ke?..
kena rasa dulu ni……………… baru tau sedap ke tidak
dan pastikan kalau boleh pergilah kenduri2 belah utara terutamanya Baling
gulai batang pisang memang top..dedulu tu menu kampung je
sekarang dah dikomersialkan… ramai yang menjual