Menu Berbuka Puasa :  Salad Telur
Resepi

Menu Berbuka Puasa : Salad Telur

Dilema mak-mak macam saya di petang Ramadan macam ni adalah memikirkan apa menu yang nak di masak untuk berbuka puasa.  Sebenarnya memasak bukan rumit sangat berbanding mencari idea menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga, mempelbagaikan sajian.

Salah satu sebab adalah ingin memasak sesuatu yang istimewa sebagai ganjaran kepada anak-anak yang berpuasa.   Biasanya kita akan memasak makanan kegemaran anak-anak  lebih berbanding pilihan sendiri.  Mak-mak kan memang biasa berkorban untuk anak-anak.

Keluarga kami jenis makan sejenis.  Menu berbuka puasa hanya sejenis masakan – ayam atau ikan dan sayuran.  Kalau ada lebih, memasing tak pandai nak makan yang mana.

Alasan Along – rasa makanan tu bercampur jadi kita tak dapat menikmati rasa sepatutnya.

Biasanya saya menyediakan masakan ayam dan paling kerap ayam sedap tak tahan  < klik untuk resepi. Masalahnya, ayam bukan diet pilihan utama pilihan saya.  Saya paling kurang makan ayam.

Untuk mengimbangkan menu berbuka puasa bersama mereka, saya pilih resepi mudah berbuka puasa iaitu salad telur.

resepi salad telur

Resepi Salad Telur

  • 3 biji telur direbus
  • timun muda
  • daun salad
  • sos cili
  • sos coleslaw ( dressing coleslaw )

Caranya

  • Daun salad dibersihkan dan disusun di atas pinggan.
  • Timun di potong nipis. Susun atas daun salad.
  • Telur dibelah dua dan susun atas ulam-ulaman tadi.
  • Siram dengan sos cili dan dressing coleslaw atau mayonis

 

Anak-anak saya suka makan salad tetapi kurang makan sayur.  Alasan pelik, sayur adalah sayur, salad ada…………………… dia reka seribu satu alasan!

Resepi salad telur ini memang mudah, menu yang simple dan sihat untuk berbuka puasa.

Atau boleh cuba menu berbuka puasa yang simple seperti Puding Roti Karamel [link]

Untuk menu berbuka puasa yang lebih istimewa, apa kata mencuba Gulai Batang Pisang  , resepi ini original dari Baling

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Menu Berbuka Puasa : Salad Telur

  1. salad telur, menu berbuka yang pas untuk dimasak di kala ramadhan soalnya begitu simpel dan tidak terlalu membuang waktu dan tenaga kita

  2. Kalau saya makan ni rasa tak puas ni haha. Kena makan berat-berat gak. Tapi siapa yang on diet memang ni la dorang tercari-cari hehe

  3. halamak… apa la nasib, baca entry ni di waktu tengah hari… tetiba jerk perut krukkk… kruukkkk…

  4. alamak! serious lah kak jie.. maza dah lama giler tak pekena salad telur ni. hehehe

    memang terbaik! Insyallah malam ni akan menjamah salad telur.. hehehe

    psst: dulu2 masa kenduri sahaja selalu jumpanya…

  5. bila anak ramai selera berbuka banyak …..sampai tak tahu nak masak apa dulu….
    salad telur nie satu idea baik, boleh cuba…..

  6. biasanya kalau org jawa pun camtu. tak reti makan byk jenis. 1 lauk 1 sayur cukup. nak sedap buat sambal utk sape2 nak pedas. kalau macam2 memang tak reti nak makan mana. tapi bila kawin dapat org kalau makan lauk kena 4-5 jenis pitam saya. suami tak reti makan lauk sejenis.

    tapi bila masak suami selalu tolong. tau pun dia letih nak lama2 kat dapur. sekarang bila tanya nak makan apa berapa jenis semua, dia jawab masak 1 menu je la. kadang2 lauk & sayur campur je mcm paprik ke masak lemak lauk campur kentang ke. hahahaha misi saya tercapai supaya dia faham boring dok dapur lama =) nak masak tu ok tapi part nak mengemas, cuci pinggan, mop lantai tu yg leceh tu. badan penat dah tak lalu nak makan. fikir nak rehat & tidur je.

  7. salam kakjie, selamat berpuasa..:)- lm tk singgah blog akk. betullah tu, bulan puasa ni, bila time nk msk, selalu mak-mak penin kepala nk msk apa, biasanya kite msk yg ank2 n suami suka kn..

  8. Telur rebus adalah sedap! Hehe.. Mieza pun samalah, tak reti makan nasik banyak2 lauk.. Cukup setakat sejenis dua je.. Lebih dari tu memang kompem tak termakan.. Tal reti.. Huhu..

    1. sebenarnya ini saja cara menggalakkan anak-anak makan sayur…erk..dia orang tak cakap sayur.. dia cakap sejenis salad .

Comments are closed.