BAHAN A
90 gm tepung gandum
360 gm tepung roti
1½ camca teh garam
1 camca teh gula caster
3 sudu besar yis kering ( saya guna jenama layang-layang )
Campur semua bahan A, jangan biarkan yis terkena garam secara langsung.
BAHAN B – 250-260ml air
BAHAN C – 10gm shortening
CARA- CARANYA MEMASAK ROTI
- Campurkan air sedikit demi sedikit ke dalam BAHAN A, uli hingga lembut.
- Campurkan shortening dan diuli hingga sebati . Tanda² adunan sebati adalah adunan tidak melekat di tangan. Biasanya proses mengguli mengambil masa kira² 15 minit.
- Tutup doh dengan tuala lembab dan rehatkan kira² 30 minit sehingga doh naik dua kali ganda.
- Kemudian tumbuk² doh untuk keluarkan angin, di uli ringan² dan dibahagi aduan kepada 3-4 bahagian.
- Canai setiap satu bahagian dan gulung dua penjuru bertentangan sehingga bertemu di bahagian tengah, terbalikkan. Jadilan bentuk roti yang lonjong.
- Rehatkan kira² 30 minit sehingga doh naik dua kali ganda .
- Panaskan ketuhar dengan suhu 200°C
- Sebelum dimasukkan adunan ke dalam ketukar, kelar/ guris bahagiaan tengah tengah doh dan direnjis-renjis dengan air. Tujuannya supaya bahagian luar roti lebih rangup.
- Bakar kira-kira 25 minit dalam suhu 200°C dengan api sederhana.
Roti Perancis sesuai dimakan dengan sup cendawan atau dicicah sambal bilis mengikut selera masing².
Ketukar saya saiz kecik, jadi Roti Perancis saya tidaklah panjang seperti yang biasa dilihat dikedai kek.
p/s – tak teringat nak ambil gambar waktu proses membuat roti, jurukamera ada kelas tambahan…hik hik hik
P/S – ini kali pertama buat, belum elok sempurna – Don’t give up , practice makes perfect kata orang…
Selamat mencuba puan².
sy pun nak kongsi resepi roti perancis
resepi ni yg sy guna kat tempat sy kerja
Bahan2
1.5 kg gandum high protein(kat kedai bahan2 kek ada)
15 g garam
15 g bread improver
20 g yis(kami guna mauripan)
800 ml air
1 campur semua bahan dan uli sampai lebut dan x melekat
2 potong doh tersebut jadi kecil(kami potong setiap 1 seberat 350g)
3 lepas potong bentukkan doh yg dipotong jadi bentuk sfera
4 tutup doh yg berbentuk sfera tu dengan plastik
5 bila dah naik 2 kali ganda, canai dan gulung doh tu supaya jadi panjang
6 tunggu doh tu naik 2kali ganda
6 bakar selama 10 minit dengan suhu 210 c atas dan 200 c bawah kemudian tambah masa membakar selama 18 minit dengan suhu 190 c atas bawah
7 bila dah cukup masa keluarkan dengan segera semburkan sedikit air pada roti yg baru masak tersebut
berapa ketul roti boleh dapat kalau 350g setiap satu?. Banyak sangat kuantiti bahannya.. macam mana saya nak sukat kalau setakat utk sekali mkn satu family dlm jumlah 7-8 org?
6 je
6 je tp besar2
thanks dgn resipi ni. mmg minat dgn roti perancis sedap bila bakar dgn garlic spread .. rasa mcm garlic bread kat pizza hut
suka dengan baguette ni
tapi mungkin lagi sedap kalau hasil air tangan sendiri. hehe
ada malvare , google dah keluarkan malvare detected
dah clearkan semua script, dah hantar requests untuk review tetapi biasanya ambil masa… tu yg deactivekan kejap
satu lagi, bila tgk roti, mmg teringat habis kat satu cerita korea ni..love, bread and dreams…mmg teruja habis
p/s-mamat dlm drama ni siap letak satu cawan air masa bakar roti, katanya supaya roti lebih lembut (itu dlm drama, belum try lagi..hehe)
1. macam2 tau2 jer…mmg tgh giler buat roti kat rumah ngn wife..hehe..
2. alang2 kak jie dah tunjuk roti perancis, boleh masuk senarai menunggu roti ni… 😀
3. off topic, kak jie dah tak pasang comment luv 🙄
bab bace buku resepi tu mmg betul tu kak jie, dah try 2 kali buat ala2 roti…still tak berapa nampak rupa roti..huhu
Salam… kak kujie, best nya dah pandai buat roti perancis..
kita bab2 kek, kuih, biskut memang tak masuk dek ajor.. huhuhu… tapi teringin la nak pandai…
nak keep ahhh dia nye cara… thanks kak kujie.. selamat berpuasa aa.. tinggal lagi bape hari je ni puasa… 🙂
Teringat pulak makan roti keras cicah kari kambing di Saudi
Boleh cuba try test ni.
wah,,kenyang nih. huhu saya tak reti buat roti. bahan a dan b lepas semuanya,,tersekat kat bahan C, tak tau shortening tuh apa dan macam mana. dah google baru tau, lemak sayuran. hehe
Hmm…wah rasa nak berbuka posa pula..
bulan pose ni tak larat mkan roti…tak sempat
pandai kak jie buat..cantik roti tu.. 😀
Kalau kak kujie,ada masa lagi,ambik bawak putih 2 ulas,ambik planta/marjerin.gaulkan.Then sapu atas roti yang telah dipotong.Then bakar hingga kekuningan,Kalau nak nampak mewah,letaklah keju semasa bakar tu.
Then baru cicah dengan sup cendawan.Perghhh,terangkat!
French bread is my favorite. Kalau toast pulak sama mozzarella…
mukadimah terus je resepi. huhu..
meroti pulak. pasni tepek le lagi eh resepi2 lain, ngeh3
DIY, dapat koleksi resepi baru dari sini. nampak menarik, nak cuba buat juga la.
last year, macam2 roti sy buat. tahun ni ntah knp…
terer kak jie buat roti perancis ni.ni belajar kat perancis jugak ke?hehe…
tampak sgt menyelerakan. skg xleh nk try sbb bulan puasa. klu bley mkn pg2 lps raya nnt, bley la try buat
Sedappnye roti tu..hehehe..GK beli kt kedai je
Doh yang sudah diulit perlu dimasukkan didalam bekas sebelum dibakar?
p/s: blog kak Jie ada error minta save frame.php
wahh, rajinnya buat roti perancis nih..
boleh tahan ni , nanti try buat lah pula ..gebu elok je tu .. 😛
saya ni memang tak reti masak roti, kek dan yang sewaktu dengannya.. kena berguru face to face rasanya .
rajin tak rajin je masalah nk buat makhluk ni..baru2 ni bru dpt resipi roti john..pun malas jgk nk buat.. 😀
roti perancis ni mungkin sedap dimakan dengan rojak buah ahaha!
gulp terus kecur air liur tengok ada sambal.. perghh lmbt lagi ni nk berbuka
Siap tuk dimakan!!!!
seronok membuat resepi barat seperti roti, pasta….
kalau saya semua buat cita rasa sendiri…. yang penting rasa ada….hehehehe walaupun tak ikut resipi tapi sedap…heheheh lepas puasa nak buat spageti dan pizza ni….huhuhuh
Kak Jie jarang nak post bab masak… kesian nak tunjuk kat cik abang yang jauh kat Algeria tu, kang dia teringin
tapi kalau bab roti……..kat sana bersepah2…murah pula tu, dah makan ruji org sana makan roti 😆
superb la kak jie, ni buat meleleh air liur time pose2 ni..hehe
kena buat, baru kita tau sukatan tepat, cara mengguli mcm mana….kalau baca kt buku resepi je…..tak jadi 😆
betul betul betul…wahhh…masing2 menambah perisa ni
yerp..itu yang best..hehe
kalau bab masak2 ni mmg lah..di atas kertas mmg cantik je tapi bila kita buat ada tips dan petua yang hanya boleh dikenalpasti bila beberapa kali mencuba…
server migrate
lidah tetap lidah melayu..nk wat mcm mana 😆
roti internasional..tapi sambal ikan bilis..
tu terbaik..ikan bilis feveretku..hehe 😀
nampak sedap. betul2, practice make perfect.
smlm cuba masuk blog kak jie xdapat. server down kot
Sapu dengan garlic dan butter lepas tu bakar sikit…sedap tu 🙂
wah.. sedapnya kak jie… sy nak cuba la minggu ni..