Jangan cerita apa yang kita tak tahu, lebih² lagi jangan cerita SEMUA yang kita tahu.
Angkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah pada Jumaat lepas.
Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam tersebut. Dakwaan bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman yang menyebarkan info itu juga tidak benar
Berita penuh : Bernama Online
Saya baca juga beberapa blog dan Facebook yang menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah, bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali.
Nampak nama Mekah je..semua orang teruja nak sebarkan untuk dapat pahala berlipat kali ganda.
Makin parah, walau pun dah ada penafian, benda² ini masih tersebar di Twitter dengan pertolongan TRIBERR. Pagi Ahad ini pun masih ada orang RT.
*Photograph by Norbert Rosing, National Geographic Image Collection
Saya tak tahu pun pasal ni. Baru kembali ke alam maya ni dalam beberapa hari ni jer. Rehat panjang sebelumnya. Namun saya rasai pagi Ahad lalu memang ada perbezaan. Indah!! Tak terucap juga. Hari yang tenang dan sangat sederhana.
Apakah berita itu benar atau tidak, tidaklah menjadi hal. Kalau bulan tu nak tawaf apa salahnya. Dia teringin kot dan jika Allah izinkan apa kita perlu hairan. Namun andai manusia itu tahu dan sembunyikan kebenaran, itu juga bahaya. Kekuasaan Allah itu walau tidak kita nampak, masih dapat dirasai dan dapat kita fikirkan…
setuju…bukan setakat benda2 ni…saye lebih suka semua benda yg kita nak kongsi, periksa dulu ‘lesennya’…jgn main tulis semata2 nak kejar traffik 😀
Angkasa buat penafian nih sebab geng2 facebook nih guna nama Prof Mazlan….
bahaya nih…sebar berita palsu…pastu guna nama orang lain…kes naya nih
nih apa nama fenomena camni…
nak kata gerhana bulan bukan..hehehehe…
saya pun dapat mesej dalam telefon pasai ni..tapi tak ingat nak cari info hari tu..rupanya tak betul..
janganlah sesekali bg info info yg salah..lebih2 lagi bab2 berkaitan dengan agama
tak pulak saya tahu perkara ni kak jie….
ada baca tapi tak berani nak kata.
pendek kata, beragak2 kalo nak bercerita:-)
saya baru tahu ni kak…ekekekekee
bahaya kalau kongsikan benda yang tak confirm. boleh buat org salah faham nanti. baik kaji dulu sebelum share.
Itulah untungnya orang yang tak aktif dlm FB dan Twitter cam aku.. hehehheheh
manusia akhir zaman memang suka menyebar fitnah. bingung juga memikirkan entah siapa yang memulakan cerita..
aduhaiii… suka sangatk ke kes x-files ni.. aderkkk…
ada plak camni!!
pocket baru first time dgr,
almaklumlah FB tak bukak dua tiga ari ni 🙁
rajin betul kan orang zaman sekarang ni nak cipta fantasi 😀
Saya baca semalam rasanya, entah di blog sapa. Terlepas juga perkataan ‘bangang’. Ya lah, nonsense. Paling benci benda2 nonsense macam ni jadi sebaran budak2 nak jd alim. Tak salah nak sebar tazkirah, tapi fakta biar betul. Ni main hentam saja.
sebab tu kalau takde berita betul tak berani nak keluarkan entri .. baik tulis pasal hal yang dah di sahkan..
oo saya tak sebarkan ni , takut tak benar.. 😳 memang tak tahu apa2 pun tentang ini..
maklum lah kak, masing-masing nak jadi wartawan sambilan. nak pastikan sesuatu berita tu, dia yang tahu dulu.
apatah lagi kalau mereka terdiri dari blogger kan? sepatutnya mereka kenalah pastikan dulu kesahihannya.
si triber tu dengan orang guna, sama taraf kot!? haha.
Aduhai, napelah orang kita mudah jer percaya. Kalau kata mudah kena tipu, marah pula. Tapi itulah orang kita, senang jer percaya pastu sebarkan pulak tu, tanpa selidik kesahihannya.
hmmm….banyak cara nak glamour tapi jgnlah sebarkan fakta yang tak pasti kesahihannya….. 😆
inilah masalahnya bila budaya ‘menyampaikan’ itu lebih agresif berbanding budaya ‘tabayyun’ @ menyelidiki sesuatu khabar berita 🙂
Budaya fwrd mem fwd ni belum reda lagi…peringatan kepada blogger,jgn sesekali menyebar perkara yg belum shahih.
semacam dengan peristiwa malaikat turun ke kaabah dulu 😆
oh post tu dulu memang panas. satu hari dia saja sudah seribu lebeh
kalaulah Angkasa mengiyakan fenomena ni, mesti smo beranggapan malam terjadinya fenomena tu adalah malam LailatulQadar. bila jd cmtu, smo pakat berebut2 nk beribadah lebih malam tu. pastu malam berikutnya mesti dah kurang dah nak beribadah lebih. maklumlah, smo merasakan dah dpt pahala seribu bulan. silap2 maksiat pon lg byk dibuat lps tu…
saya pun macam kak AA 🙂
tambah satu lagi, jangan sebar semuaaaa. :p
saya ikut angkasa negara punya FB, kalau betul mesti dah lama diorang update.. berita dari sumber yg tak pasti tu jangan la senang2 kita percaya..
Perkara begini sering menarik perhatian umat Islam lebih2 lagi jika dikaitkan dengan agama … agaknya dari mana sumber asal berita itu ye … 😐
sy suka gelarkan mereka ni trafic hunter…sbb terlampau nakkan trafik blog tanpa memikirkan kesannya…
Baru semalam dengar ceramah Ustaz Kazim dalam Youtube. Katanya, kalau kita tak saksikan atau yang dapat kita sahkan, jangan kita sesuka hati sebarkan.
pancaroba dunia
Macam-macam fenomena ganjil tentu menarik perhatian begitu tajuk entri yang catchy mampu menarik untuk klik tapi isi belum tentu lagi 🙂
Benda sebegini, biarlah pihak yang lebih arif yang buat statement. Saya memang tak berani.
mamat tak berani nak sampaikan maklumat yang mamat kurang pasti ni kak jie..
yup sokong 🙂
kesahihannya masih samar2.lebih baik diamkan je…
merah tulisan triberr tu yek kak jie.hehe…