Tadi saya beli Pos Insurans Raya untuk Plan Keluarga. Dua tiga hari lepas terdengar iklan mengenai skim insurans ini di radio. Kebetulan lalu depan pejabat pos, singgah sekejap.
POS Insurans Raya adalah skim perlindungan kemalangan diri sempena Hari Raya Aidilfitri bermula dari 15hb Ogos 2011 hingga 15hb September 2011. Skim perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh Malaysia bukan saja semasa saya memandu , tetapi termasukย sedang menjahit baju raya atau mengguli tepung nak buat biskut raya di rumah.
Ada dua jenis skim yang ditawarkan iaitu Pelan Individu yang berharga RM 8 dan Pelan Keluarga ( 5 orang ) yang berharga RM 25.
Plan Keluarga termasuk pasangan yang sah ( suami / isteri ) dan anak-anak yang berumur 30 hari – 18 tahun yang belum berkhawin / bekerja atau sehingga 23 tahun bagi pelajar sepenuh masa termasuk anak angkat sah.
Perlindungan termasuk kos yang perlu ditanggung dalam mengganti dokumen seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu atau Pasport yang hilang akibat ragutan.
Kereta dan service, rumah tengah kemas…baju raya je tak beliยฒ lagi.
Intan MC hari ni, batuk dan selesema, esok ada Ujian Percubaan UPSR ( Sekolah)
Nak tanya Kak Ji, boleh guna untuk travel2 dalam Malaysia juga ke atau hanya cover setakat dalam rumah?
Jom terjah post menarik dari Earnic ..Bina Website E-commerce dengan WordPress atau Magento?
keperluan kita mungkin berbeza
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Malu Nak Buat Baik
Pos Insurans Raya? Perlindungan nyer singkat sangat berbanding premium yang perlu dibayar. If beli insurance family utk perlindungan setahun lebih berbaloi kan??
Sejak Ramadhan ni nak baca s/khabar online pun tak sempat…tapi adake berita2 macam ni disiarkan di akhbar ya…. nak dengar radio takde radio kat rumah…kat kereta jer ada…mana lagi nak dapat berita2 terkini yg sensasi macam ni…tu sebab hari2 kena singgah sini.
Ya Allah limpahilah rahmatMu keatas mereka2 yg suka menyebarkan berita2 baik macam ni…errr..lailatul Qadr malam ni..ameen….
baik juga ada insurans ni..orang kata malang tak berbau… ๐
Ada jugak insuran mcm nie…murah pun murah…tapi kalau ada yang takaful lagi cantik.
bagus jugak ni.. nak subscribe yg lifetime, xmampu.. yg ni pon jadi la.. thanks for sharing…
sejak pengambilalihan Pos Malaysia oleh Tan Sri Syed Mokhtar, ada byk perubahan positif yang berjaya dibuat oleh pasukan beliau yg mana byk ke arah menjenamakan semula Pos Malaysia. langkah mewujudkan pos insurans raya ni mmg satu langkah yg bijak dan memperlihatkan intuisi beliau yg hebat dlm mengambil peluang sempena hari raya ini. sbb Pos Malaysia mungkin dah xbley nk tingkatkan hasil melalui kiriman kad2 raya yg makin kurang mendapat sambutan di zaman digital ni. jd kewujudan pos insurans raya ni mmg satu langkah terbaik utk Pos Malaysia ๐
typo kak jie: termaksu = termasuk ๐
insurans ada dah.guna prudential.pos malaysia ni ada jugak dengar tapi tak tergerak lagi hati ni nak apply ๐
macam best je insurans mcm ni RM25 semua orang mampu lagi lah kan..
dah boleh tengok blog kak jie.. hehe ..
wah! dema betul2 buat duit sempena raya ya? hehehhe
elok tu ambil insuran.. maza pun mau terjah sekejap lagi.. ahaks..
kak jie dah clearkan blog , dah hantar request on review dengan Google Webmaster….kadang2 ambil masa
wah. kak jie dah buat undian warna baju raya ๐ smlm nak masuk sni, ada warning malware. alhamdulillah hari ni dah xada..
bagus jugak skim2 yg ada tempoh2 camni…mmg murah yg amat
terima kasih kak jie kongsi2
p/s-habis tutup sudaaa
main mercun, sendiri tanggunglah…
salam…
TQ kak jie atas maklumat…leh gak masuk nehhhh…
Ada juga insurans macam ni ye. Saya tidak tahu pun.
konvensional eh kak jie?
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..23 Ogos, permulaan di sekolah baru
Assalam..
Bagus juga ni, sediakan payung sebelum hujan…
Jom terjah post menarik dari iza ..Lagi 5 Hari.
Bagus jugak plan gini. musim perayaan ni macam-macam boleh terjadi.kak jie, kuih raya dah siap ke?
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..21 Ogos / 21 Ramadhan
owh ni insurans utk tempoh sebulan lah ye. bagus juga ada benda2 camni. kalau terpotong jari masa sibuk2 nak memasak rendang blh claim gak ke hehe
Jom terjah post menarik dari Affan ..Kartun Comel: Renungan Ramadhan {Bahagian 3}
15/8 – 15/ 9 tempun skim insurans ni… waktu ini anak2 agak aktif keluar masuk..ada yg balik kolej ada yang balik asrama… kak jie sendiri keluar masuk pergi kedai, beli itu ini…tu kita cerita bab dijalanraya
tapi insurans ni meliputi 24 jam..dok rumah buat keje itu ini..tapi kalau main mercun mmg tak dapek lah …hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Warna Baju Raya Yang Popular Tahun 2011
dah delete dah..entah sapa
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pos Insurans Raya
sayang juge ye dia dgn kak jie
dah blurkan pun belum selamat ye, ok kita tutup semua
btw bab call melalui phone, kak jie adalah org yg paling pandai mengelak..hahaha
kak jie beli utk anak2…musim2 cuti nak raya ni anak2 bujang tu akan keluar sentisa…ada yg ulang laik pergi soping, yg balik dgn bas ke asrama….utk diri sendiri pegi soping beli ayam, daging, ketupat..hahaha
sebenarnya rasa berbaloi utk rm 25 sefamily..insurans ini mcm skim tambahan dgn apa yg sedia ada
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pos Insurans Raya
err.. kak,
buleh ker paparkan no akhir IC kat laman web cenggini tuh?
maner la tahu,
kang ada stalker yg minatkan kak kujie kang,
dia dapat phone no dan..
‘err, nama saya pocket, saya dari bank cimb, pertama nya saya konfomkan nombor ic kak dulu yer, nombor last is 5110.. so sayer ni nak citer pasal plan yang kami tawarkan kat kak… ‘
bla bla bla ..
tak pasal pasal sedikit demi sedikit mereka buleh ‘masuk’ rumah kak.
komen sebenar : pocket nak beli gak lah!!
tadi jatuh motor pasal lupa tongkat motor masa parking kat Petronas, so nak claim!! hoyeah!!
Jom terjah post menarik dari pocket ..375. …anganku musnah…
Murah jugak tu, RM25 untuk satu famili (5 orang), lagi pun musim raya ni banyak kes ragut, peragut tau ramai je yang bawak duit raya ke hulu ke hilir.
Eh, esok nak trial tu, kena sihat malam ni jugak! ๐
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Promosikan Blog Post Anda
err siapa ni?