Gulai Batang Pisang Baling
Resepi

Gulai Batang Pisang Baling

Gulai batang pisang , menu istimewa orang Baling.  Sebenarnya bukanlah batang pisang yang dibuat gulai tetapi umbut pisang. image Bahan utama umbut pisang dimasak gulai bersama daging lembu atau kambing. Lebih sedap kalau menggunakan pisang hutan dan bahagian lembu, kambing atau ayam yang bertulang.

Selain dari itu, di sini kenduri kahwin bukan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Bukan perkara pelik bila majlis diadakan pada hari Isnin , Selasa , Rabu atau pun hari Khamis.  Penduduk kampung tiada masalah untuk turun bergotong royong pada hari apa sekali pun kerana waktu kerja penoreh getah atau kerja kampung tidak terikat dengan cuti rasmi kerajaan Malaysia.

Hari ini, saya hadiri 2 majlis di kampung bersebelahan.

 

Resepi gulai kawah umbut pisang – Resepi Gulai Batang Pisang Orang Baling

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Gulai Batang Pisang Baling

  1. nggak nyangka juga kalau batang pisang bisa dijadikan makanan, tapi ada daearh di Indonesia yang memanfaatkan kuncup bunga pisang untuk masakan, sayangnya saya belum pernah mencoba bagaimana rasanya…
    nice info

  2. memang pernah dgr pasal ni tp tak ingat samaada pernah merasainya atau tidak. pisang hutan digunakan kerana buahnya tidak boleh dimakan.

    macam sedap. kalau jual kat kedai makan..mesti ramai yg suka

  3. oo…. gitu ka…

    patut laa itu hari bertandang kenduri di sik, depa jamu gulai umbut pisang + daging… sgt sedappp… dan pd hari selasa 😉

  4. salam , biasa sy pergi rumah mak mentua adik saya di perlis pun diorang mesti akan sajikan gulai daging + batang pisang , tak pun gulai daging + rebung .. macam makanan special org sana pula kan ?

    sedap …

  5. pernah makan sekali kat langgar kedah…tok masak…tengok macam tak nak makan…tapi bila try mkn….perhhh sedap wooo….masakan tok juga yg terbaik…huhu…:)

  6. tak pnh makan rasanya umbut pisang..
    🙂

    cepatlah line akak ok…tetiba rasa kosong la wall fb xnmpk coretan akak..
    🙁
    (tak sangka dyh rindu akak)

  7. Assalamualaikum,
    Selamat bercuti balik kg ya kak Jie…

    Selain umbut pisang, umbut kelapa pun sedap juga. Tak pun letak buah ara dlm gulai tu…fuhhhhh sedapppp!

  8. terus terang cakap, tak pernah rasa lagi gulai umbut pisang ni. manalah nak cari ya? hurmmm

  9. hmmm..tk pernah makan…tapi sya suka makan gulai buah tembikar…bhgn putih yg keras tu…sedapppp….dah lama tak makan…balik kg nanti nak suruh mak buat la…nak buat sendiri malas…huhuhu…lagipun rasa tak sama cam my mum buat….hik3

  10. tak pernah try lagi..tapi memang nak try jgk..peluang nak try xde lagi nih..

    harap2 tercapai hajat nie..huhu..

    susah sangat nak jumpa masakan nie..

  11. susah nak jumpa kat bandar..saya pernah mencuba sekali je..memang sedap walaupun masa mula2 nak try tu rasa macam ragu2..tapi sekali dah rasa, macam tak cukup pulak..

    1. pernah jumpa org KL jual kat bazar ramadan, bukan umbut pisang tp pelepah pisang….. rasa nak terbalikkan je kawah dia sbb dia bagi image yang salah….

Comments are closed.