Majlis 3in1
Peribadi

Majlis 3in1

Kenapa kalau bercuti di kampung asyik makan…. makan…. makan….?  Semuanya sebab walau hanya pisang awak goreng yang biji bersepah.  Sekali gigit , beesembur luahkan bijinya.

Awal pagi ni saya masak spagheti. Saya masak sebab adik ipar menyebut dia teringin nak makan bila selalu nampak orang masak dala m TV.

image

Selesai satu menu, saya tolong adik ipar masak apam polkadot.  Tegang juga pinggang nak siapkan mengukus adunan 2 kilogram tepung. Untungnya saya sebagai kakak sulung yang punya 3 adik ipar perempuan yang super duper rajin.  Jenis ringan tulang dah cekap urusan di dapur.

Petangnya beberapa jiran terdekat datang ‘besiang bawang’  macam rewang tu… siapkan segala bahan untuk memasak.  Siapkan kerisik dah kisar cili.

InsyaAllah, esok ada majlis 3 in 1 kat rumah mak dan ayah.  Kesemua adik beradik telah berkumpul di sini.

image

Kambing untuk akikah esok, harganya RM 550 seekor.

Adik ke 4 saya balik untuk sunatkan anak lelakinya di kampung.

Adik ke 6 saya buat kenduri akikah anak perempuannya.

Adik bongsu saya akan bertunang.

Doakan majlis kami berjalan denga  lancar…

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Majlis 3in1

  1. Masa ni adik beradik dapat berkumpul .. kekadang raya pun tak balik serentak … memang best majlis di kampung tak akan sama dgn di bandar.

  2. Kesian aku tak ada kampung dah, Mak ayah takde semua lari umah aku di bandar, tapi tule ada guna kita menghargai dan mempelajari segalam adat, masakan tradisional dan tunjuk ajar org tua sblm sempat kita atau mereka pergi dahulu, semoga roh kedua ibu bapa ku dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman, Iman, sori ye kak melalut di sini.

Comments are closed.