Timun Aceh
Peribadi

Timun Aceh

image

Pokok timun aceh mak yang tumbuh tepi pintu dapur.

image

Buah timun aceh mak yang subur.  Masa ni ada lebih 20 biji dengan pelbagai saiz.

image

Timun aceh yang matang, warna hampir sama dengan tembikai susu.  Bentuknya bujur seperti timun

image

Kulitnya seperti tembikai susu tetapi lebih nipis.  Isi dalam timun aceh. Biji tu boleh semai semula.

image

Biji timun aceh yang boleh disemai…campak je tepi dapur :p

image

Timun aceh ni tak manis, kena potong dan tabur gula. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan. Lebih sedap letakkan santan.

 

Mungkin tempat lain, timun aceh ni ada nama panggil lain, korang panggil apa?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

67 thoughts on “Timun Aceh

  1. Kalau kami di pontianak sebut nya itu timun suri atau belewa. Memang enak apa lagi dimakan ketika berbuka puasa. Heee

  2. first time tengok dan dengar nama timun ni..rajin betul ibu puan tanam..kalau teringin nak makan, boleh terus petik dari kebun..fresh2.. bestnya..

  3. terbaik lah kebun hahah..saya punya kebun selalu diserang binatang dan makhluk halus…habis tembikai dan bermacam macam jenis sayuran

  4. Halo Ku Jie, salam kenal ya… Menarik sekali ya tampilan dari timun Aceh. Kelihatannya juga sedap, apalagi setelah didinginkan dan diberi santan. Oiya, kalau boleh tau apa saja kandungan di dalam timun Aceh ini? Apakah boleh digunakan untuk masker wajah pula?

    Banyak buah dan sayuran yang sebenarnya juga bermanfaat untuk kecantikan wanita. Terutaman buah dan sayuran yang mengandung antioksidan dan tinggi vitamin C. Buah dan sayur macam itu baik sekali untuk kesehatan kulit wajah.

    Manfaat yang diberiikan untuk kecantikan wajah biasanya berupa mengtasi wajah kusam, bintik hitam, jerawat, minyak berlebih, kerutan, garis halus, keriput, dan masih banyak macam lagi.

    Kalau timun Aceh ini bisa dijadikan masker wajah untuk memutihkan kulit, tentu akan sangat baik lagi. Kita bisa tanam dikebun, lalu setelah masak kita bisa membuat masker pemutih kulit wajah sendiri. Jadi tak perlu repot harus melakukan perawatan wajah yang butuh biaya mahal. Betul tak Ku Jie?

    Terimakasih.

  5. Warnanya seger gitu yah, rasanya pasti agak-agak manis seger gitu…
    cocok banget kayaknya kalo buat campuran es, makasih mba tambahan infonya, kapan-kapan saya mau minta istri saya buat bikin es buah yang di dalamnya da timun acehnya, heheh

  6. Assalamualaikum kak Jie,
    Timun yang biasa tu saya sukalah makan. Tapi timun aceh ni tak pernahlah pulak saya makan.

    Bolehlah try lepas ni.

  7. nampak sedap. dulu ada jugak tanam timun , tapi timun biasa yang kita jumpa tu..

    btw, lama benar menyepi tak update blog.hehe

    1. timun ni susah nak jumpa org jual….rasa tawar, kena letak gula baru ada rasa
      biasa bulan Ramadan paling popular

      p/s – hehehe….blogger dah menopouse….

    1. It’s certainly not that I would like to copy your web site, but I really like the design. Could you let me know which usually theme are you currently using? Or was it cudeomizts?

  8. sedapnya.. dulu arwah bapak suka sangat beli ni time bulan puasa. tapi kita yang kene buat ni asik merungut sebab leceh.. haha. kami suka makan ngan susu cair. 🙂

    1. mungkin tempat lain panggil lain….tapi memang tak banyak info pun pasal timun aceh ni….cuba juga cari info

      1. Nanti nak try tanya geng jabatan pertanian jika diorg tahu apa nama timun ni. Nampak menarik itu rasa nak cuba juga.

  9. Salam…saya rasa timun aceh ini sama dengan buah yang dikenali sebagai timun betik di setengah2 tempat, bentuk sama cuma kulit berlorek seperti tembikai dan berwarna hijau…tapi kalau bahasa ibunda saya panggil rabbise’.

    1. wsalam…a’aha…..timun betik cuma rupa berbeza. timun betik kulit mcm tembikai, timun aceh kulit macam tembikai susu

Comments are closed.