Balik dari kampung semalam , tengok trafik light persimpangan ke perumahan kami dah hilang tiang diganti dengan botol air mineral. Power tak? Korang ade? hihihi….
Sebenarnya persimpangan lampu isyarat ini paling ‘hot’. Sejak saya pindah ke sini 10 tahun lalu, dah lebih 10 kali juga saya lihat tiang di persimpangan ini dilanggar. Nak kena mandi bunga, agaknya kot.
Persimpangan ini jugalah yang saya buat aduan mengenai papantanda isyarat jalan yang terselindung dengan bendera. Entri di sini Pengalaman Membuat Aduan Online MDHS
Jalan lurus memang lebih berbahaya dari jalan bengkang bengkok sebenarnya. Kepada rakan-rakan yang akan memandu pulang esok, hati² di jalanraya. Moga selamat sampai ke destinasi masing²,
jika tidak ada pemandunya, jalan seperti ini cukup berbahaya, harus selalu berhati – hati
paling penting sekali ada sikap berhati-hati semasa memandu. kalau mengantuk berhenti sekejap.
Pihak berkuasa tempatan dah ambik tu.
wow lepas langgar, dia orang cabut jual kat besi buruk ke? tunggul pun tak tinggal
pehh..larat diorang angkat ye..
kena timbang kilo kot tu..mungkin dah sampai masa untuk letak bonggol kat jalan tu supaya pengguna takkan merempit dekat persimpangan situ..
itu jalan utama KL – Ipoh. Jalan Persekutuan…
Kak Kujie…kadang2 kita tengok kemalangan yang berlaku macam tempat yg tak logik. Contoh macam trafik light yg Kak Kujie letak tu. Kita kira selamat tapi rupanya besi tegak kat situ pun kena langgar.
Jalan lurus lebih bahaya! Setuju tu. Resam pemandu bila jalan lurus, tekan minyak macam tak hingatlah pulak. Bila kena jalan yang agak kelok-kelok dan berbonggol atau kena lalu banyak tol, jadi merengus-renguslah pulak. Pakat nak cepat jer. Lihatkan tiang tu, besar mungkin kena hentam dengan ‘kiasu driver’ juga tu. Kalau tiang tu boleh bercakap, tah apalah rintihan dia. Kalau pemandu macam tu cari masalah biarlah dia aje yang sangkut. Semoga tak ada orang lain terpalit sama.
Jalan lurus ni kak, org buget confirm selamat, tu yg tekan pedal minyak macam tak cukup tanah tu. 🙂
ps> lama tak blogwalking kat sini kak. rindu baca blog akak… 🙂
jalan lurus, klu tak nak merbahaya, kena letak ‘bonggol’.. baru org akan bawa kereta slow… huhu~
Jalan lurus lebih bahaya daripada jalan bengkok sebab pemandu sering ambil mudah dengan jalan lurus. (kot)
ps: Kalau botol air mineral tu menyala time malam-malam, pakat celik mata la.. 0_0
kesiannya si tiang tu
mana pegi tiang ni
Sampai kena mandi bunga gak…
Tak kena dgn tmpt yg kena pasang..
Memang benar, jalan luruskan paling bahaya kerana masa itu gak kenderaan semua laju
Kayaknya kudu dipasang ni biar membantu pengguna jalan..
Tutup dengan botol untuk melindungi wayar lampu trafik terdedah. Rasanya pihak MDHS perlu letak pemantul cahaya.
Waaahhh.. Kena mandi bunga trafik light tu. Hehehe