Masih Relevankah Ujian JPJ Menggunakan Isyarat Tangan?
Isu Semasa

Masih Relevankah Ujian JPJ Menggunakan Isyarat Tangan?

Baru-baru ini saya terbaca tweet seseorang mengenai isyarat tangan bagi penunggang motosikal. Tweet itu menyebabkan saya terfikir mengenai isyarat tangan yang dipelajari sewaktu ujian memandu JPJ. Bagi sesiapa yang mengambil lesen motosikal kelas B , salah satu tips untuk lulus ujian memandu adalah perlu memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali jika ingin membelok ke kiri atau kanan , berhenti atau memperlahankan kenderaan.

Semua pemandu yang mempunyai lesen yang sah ,telah belajar untuk memahami penggunaan isyarat tangan di kelas pemanduan. Cuma kita masih ingat atau tidak saja. Bukan isyarat ‘middle finger‘ tu tau…. Itu  isyarat tangan yang paling popular di jalanraya.

Sekiranya lampu isyarat rosak, kita kena faham cara untuk menggunakan isyarat tangan.

Saya pun terpaksa mencari buku panduan memandu untuk mengingatkan cara-cara membuat isyarat tangan tersebut. Dah lama ambil lesen dan tak pernah dipraktikkan. Sesekali kena buat ulangkaji.

isyarat tangan

Pada pendapat anda, adakah isyarat tangan ini masih berguna sewaktu di jalanraya?

Bagi pendapat saya, isyarat tangan ini masih perlu dan berguna kepada penunggang motosikal.  Isyarat tangan ini kadang² lebih jelas kelihatan berbanding lampu isyarat .  Pemandu kereta pun kena perihati dengan isyarat ini kerana mereka juga perlu memahami maksud isyarat yang digunakan oleh penunggang motosikal.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Masih Relevankah Ujian JPJ Menggunakan Isyarat Tangan?

  1. moto sangat releven. kereta juga relevan. lagi jem kat bandar. jarak moto kereta kadang2 takat 1 kaki je. silap hari bulan sipi2 nak kena langgar. lampu signal memang tak nampak.

    pernah la dulu ada perempuan (agak berusia) bawak kereta bagi isyarat tangan. sah2 la kita nampak dan bagi laluan. bila dah lepas dia bagi thumbs up. tersenyum je saya. tolak ansur di jalan raya juga boleh buat hati bahagia =)

  2. bagi despes macam aku nih….. isyarat tangan memang RELEVAN untuk penunggang moto .. tapi bukan isyarat tangan “jari tengah”

    kalu ikut dalam buku tu.. hanya 1 jenis isyarat yang biasa digunakan.. iaitu membelok ke kanan… kalu nak belok kiri pun… hanya angkat tangan kiri aje.. tak de nak pusing2 nye de….

    sebab lebih nampak jika dibandingkan dengan lampu isyarat moto yang kemetot….

    isyarat perlahankan kenderaan….. belok kiri.. dan berhenti tu… hanya nak lulus test lalulintas aje….. tak pernah praktis pun…. huhuhuhu…

Comments are closed.