Sempena Hari Raya Haji, National Geographic Channel akan meraikan sambutan ini selama tiga hari berturut – turut dengan menyiarkan dokumentari, dari 25 – 27 Oktober 2012 eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) pada pukul 10.00pm.
Perayaan Aidiladha di National Geographic Channel bermula dengan dokumentari ‘Inside Mecca’ pada 25 Oktober 2012, jam 10.00pm. ‘Inside Mecca’ memaparkan kisah epik Haji, suatu ibadah yang dijalankan oleh jutaan umat Islam yang taat dari seluruh dunia pada setiap tahun di kota suci Mekah. Ikutilah pengembaraan rohani ini dalam membuka minda dan hati kepada dunia Islam.
Dokumentari sejam ini yang mengisahkan perjalanan tiga orang penganut Islam dari tiga negara berlainan iaitu Malaysia, Amerika dan Afrika, dimana mereka membuat perjalanan mereka melalui jutaan jemaah untuk melaksanakan upacara iman mereka. National Geographic Channel membawa kepada anda rakaman dari beberapa upacara dramatik termasuklah mengelilingi Ka’abah yang menakjubkan dan gambaran inspirasi kepada upacara tiga hari itu.
Sementara itu, ‘Legacy Of Prophet Muhammad’ akan disiarkan dalam dua bahagian. Bahagian Pertama akan disiarkan pada 26 Oktober 2012, diikuti Bahagian Kedua pada 27 Oktober 2012. ‘Muhammad: Legacy of a Prophet’ adalah kisah nabi pada abad ke-7 yang mengubah sejarah dunia dalam tempoh 23 tahun dan masih membentuk kehidupan lebih daripada 1.2 bilion orang.
Dokumentari ini menghasilkan sebuah potret Nabi Muhammad, seorang lelaki dan nabi, yang meriah, meyeluruh dan jujur. Ia bukan sahaja membawa penonton ke tapak Arab purba, di mana kisah Nabi Muhammad diukir, tetapi juga ke dalam rumah, masjid dan beberapa tempat kerja dimana tujuh juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mengikuti contoh Nabi Muhammad. Penggambaran menakjubkan yang merakam Timur Tengah, Eropah dan Amerika, menghuraikan kehidupan seorang lelaki yang amat berpengaruh di dalam sejarah.
Jangan lupa menyaksikan Inside Mecca and A Leader’s Legacy: Prophet Mohammad Bahagian Pertama dan Kedua dari 25-27 Oktober 2012 pada pukul 10pm ekslusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553).
Alhamdulillah saya sudah menontonya juga, walalu kurang pandai bahasa Inggris namun sedikit2 saya mengerti
Saya ada sempat nonton yang kisah tiga orang dari lain negara tu. Itulah Islam sebenarnya, tidak memandang manusia pada warna kulit, bangsa atau negara asal, keturunan mahu pun kaya, miskinnya. Hanya melihat ‘sejahtera’ dari segenap sudut dan lebih dari itu Allah hanya memandang ‘takwa’. Terharu bila lihat saudara dari Malaysia tu(seorang yang berkedudukan), namun dia tetap mengalirkan airmata menceritakan bahawa betapa dia rasa ‘berseorangan dan sunyi’ dalam doanya. Dia hanya rasa ada Allah. Memang syahdu dan membuak rindu nak ke Tanah Suci.
Rasa rindu tak terhingga pada Rasulullah SAW
Mohon link videonya, saya juga pengen nonton liputan khususnya
Selamat Hari Raya Aidiladha.. Lama tak singgah blog akak
Tak dapat hendak menonton. Harap dapat menonton siaran ulangan.
walaupun sudah beberapa kali diulang tayang kat astro, tapi untuk ceritakan pada anak2 pasal ibadah haji ok jugak tu..