Balik dari bercuti raya , satu kolan ikan mati – ikan talapia termasuk juga si Bulan ikan kaloi yang saya bela sejak 5 tahun.
Penutup saluran air terbuka dan semua air mengalir keluar. ย Lubang air keluar seperti bulatan merah ย di dalam gambar.
Panduan Ternak Ikan Tilapia! Klik Disini!
Nasib baik kejadian baru berlaku dan ikan makin elok. ย 3 jam suami habiskan masa untuk siang ikan hampir 50 ekor sebelum kami bagi kepada jiran-jiran.
Hanya seekor yang masih bertahan…. sekarang tinggal keseorangan di dalam kolam. Mungkin fobia kesunyian, saya bagi makan pun dia tak nak makan. Asyik menyorok saja.
Semalam bercadang nak beli anak ikan sebagai ganti tetapi kedai ikan pun tak ada stok. Hari Jumaat baru restock. Macam online sellers yang tengah sibuk restock lepas raya ๐
Kuat betul yg tinggal seekor tu.mesti sedih sebab kematian kawan2.
Alangkah haiwan ada rasa mcm tu…apatah lagi manusia, kan
Sayangnya.. Tapi nasib baik baru lagi air tu surut. kalau dah berhari memang berbau la jawabnya.
Kisah ikan..semalam pergi open house..tuan rumah ada kolam..tapi ikan emas takde…katanya dah beli ikan emas 3-4 kali..tapi setiap kali letak esok paginya hilang..terus menjadi misteri..
Waduh, kasihan banget tu ikan. Semoga kejadian ini jadi yang terakhir
Wahhhh banyak juga tu..memang jenuh la nak siang ikan-ikan ni..emm kenapalah boleh terbuka penutup tu ekk..
Ikan ni sedap….Goreng kunyit..Perghh meleleh air liur
Dulu kami ada bela ikan emas…bila balik kampung, tggal 1 aquarium kat rmh jiran..balik dari kampung je ikan sume gemuk2..lepas tu mati jugak…mati kekenyangan kot…
wahh banyak betul yang mati ni
huhu..banyak tu kak mati..moga dipermurahkan rezeki kak.
sama kes cam mak kite je, tapi ikan kaloi..
Salam
Aduh sedihnya bila ikan yg kita pelihara mati kan..
xpe mungkin Allah nk ganti dgn lebih baik..in shaa Allah
rezeki jiran jiran la tu..
salam perkenalan drp
feez razak
director Vitafeez,com
jom terjah blog sy.
Sekembali kami dari Kembara Palestine sekolam ikan Kelah, Patin dan Koi sudah terapung-apung. Sedih tengok ikan-ikan yg dah besar berkilo. Tak ada rezeki. Sehingga sekarang tak berganti lagi ikan-ikan tu.
wah banyaknya sampai 50 ekor. puan nanti tunjuklah gambar kolam tu. nak juga idea buat kolam camni.
Kolan ni depan rumah je..ada wakaf atas kolam. Air kami guna air yg disalurkan dari bukit, jadi air mmg sentiasa mengalir.
ikan pun bkn ternak utk komersial, suka2 kalau sedara mara dtg dia org rajin nak bakar ikan kat sini.
Wah banyaknya mati..tinggal sekor je. Yang sekor tu mesti fobia untuk beberapa minggu. huhuhu
Aduh, sayangnya. Memang banyak dugaannya hendak bela ikan talapia ni. Tetapi kalau berjaya, memang berbaloi.
sedih nya…teringat zaman sekolah dulu..ada bela ikan kaloi..lama, sampai besar aquirium
balik kampung, problem kat filter air, oksigen tak sampai, maka matilah kaloi tu. tak ingat nak bagi nama masa bela dulu
alahai… banyak juga tu.. pernah alami nasib yang sama satu waktu dulu bila penutup air terbuka menyebabkan hampir tiga ratus ekor ikan keli mati
keseorangan sudah itu ikan tanpa teman. ohhh
emm,ruginya kak kujie mcm ni..
Ini takdir kan.. Sekurang kurangnya dapat sedekahkan kat orang.
Semoga akak sabar dengan pemergian ikan kaloi tu.
Dari usia 5 tahun. Lama betul usia ikan kaloi ya kak
Takkan dah 20 tahun usia ikan tu
Satu kolam mati kak? Tragisnyer.
Alahai kesiannya kak. Lama akak bela si bulan tu. Ikan lain pun dah besar-besar. Nangis!!!
Sayang saiz ikan sudah besar yang mati.
Simpan emosi ketat-ketat?
๐
banyak tu 50 ekor. wat pekasam best gak ni.
kalo dekat nak gak mintak, heh.
selamat hari raya kakjie
aduhh banyaknyaa…hmmm takde rezeki ๐
rezeki juga tu…kalau tidak dok simpan tak makan-makan
semua ikan tu boleh dimakan….dah kitaran baru kena bela baru
Jadi rezeki jiran-jiran la tu..takpe..think positive..dapat bela ikan-ikan baru pulak.. ๐