Seperti yang diceritakan di entri dibawah – Talapia Merah Mati Sekolam, petang Sabtu saya ke kedai ikan. Ada banyak stok anak ikan talapia yang baru sampai.
Saya beli 50 ekor sahaja. Tengoklah kalau perlu, akan ditambah. Seekor anak ikan talapia merah sebesar ini harganya 15 sen.
Saya jemput Datin Sri Intan Safura untuk melepaskan benih anak-anak ikan talapia ke kolam sekangkang anak kera tepi rumah. Saya bukan ternak ikan talapia, saya cuma bela ikan talapia.
Macam majlis rasmi penuh protokol..hihihi.
Sebenarnya kami dah bersiap-siap untuk keluar ke majlis open house, baru singgah kedai ikan. Bukan sengaja #ootd hanya untuk lepaskan anak-anak ikan tu.
Saya bela ikan-ikan ni macam binatang kesayangan (pet) . Terapi untuk rehatkan minda dan teman bersembang. Maklum anak-anak dah besar dah tak mahu dengar mama dia membebel lagi…hihihi
#sayatakmakanikanairtawar
yeah…terbaik kak..
Takde kolam besar ni, kena cari aquarium agak2 berapa lama ikan talapia ni boleh hidup ye? susah ke nk membela?
ohhh..dah tak mau dengar bebel lagi rupanya..
alahai Datin… hahaha
tuang ikan dalam kolam penuh sopan santun dan tatatertib!
terbaik!
perasmian apa tu datin sri?projek ternak ikan kampung pinang sebatang ker?hehehe
Seronoknya ada kolam ikan kat rumah, boleh jadi terapi untuk tenang2kan fikiran.
kolam besar tu brp rm nak binanya? teringin juga nak buat satu utk anak2. anak2 saya memang suka bela ikan.
Buat sendiri … dah 10 tahun
Meriahnya kolam ikan. Kita bela ikan kap, bila beli ikan baru dalam 10 ekor, mesti ada mati seekor. Pening kepala sebab tak tau punca dia mati. T__T
mgkn lemah tak dpt nak sesuaikan diri dgn suasana baru
besar rumah sampai ada kolam ikan tu….memang bestlah..
kolam kecik je tu..mana ada ruang lain….itu je
Ikan talapia tu kalau bakar memang sodap
tuan yang bela je tak makan…biasa jamu orang
Memang macam majlis rasmi je gayanya.. 🙂
dgn spek itam gaya datin datin..hehehe
Seronoknye tengok… dah ada rumah sendiri entah bila nanti ni angan2 nak ada kolam ikan n wakaf juga… pastu boleh panggil datin intan lepaskan anak-anak ikan juga… hehe
habiskan dulu apa yg patut, balik Malaysia capai pula impian hidup dari sudut lain….
ha ha ha…datin datin lah sangat
Ini ada paluan kompang tak bila datin sri lepaskan anak ikan ni?hehe
kena jemput sekampung tu
Ada orang .. Kalau ikan tu bela sendiri.. Memang tak sampai hati nak makan.
Nak elak membazir.. selalu sedekah kat orang je
Moga moga ikan batch kali ni sihat sihat ya.
🙂 Pisang tak berbuah dua kali
Memang tak makan ikan air tawar….. bela untuk sedara mara datang… dia orang pancing dan bakar tepi laman rumah…..bersantai adik beradik je
mmg utk perhiasan ke kalau dah besar masuk kuali jugak ni?best ni kalau goreng….hehe
biasanya mmg masuk kuali…kalau adik beradik datang, dia org yang rajin berkubang tangkap ikan tu
Assalamualaikum,
Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan datin sri intan lepaskan ikan…
Waalaikumsalam… hahaha
masa ni kami berdua anak beranak je…..kekonon kononnya mcm majlis rasmi yg selalu kita nengok kat TV tu
50 ekor banyak tu. kalau dah besar tengok talapia makan berebut memang best. siap kena percik2 air kolam lg. hehhee.
masa kecik ni nampak 50 ekor tu mcm luas sgt kolam..nnt dah sebesar pinggan..baru nampak puas… hehehe
Ada acara potong riben sekali tak? 🙂
kalau nak potong reben kena jemput orang ramai, siap pasang khemah depan rumah 🙂
50 ekor ni macam nak menternak. Haha
sebelum ni lebih lagi…bila anak kecik tu mcm nampak kolam kosong ada byk ruang…