Balik kampung raya baru ni sempatlah juga ke kebun. Untuk makluman, kebun kami bukan di belakang rumah, jaraknya dalam 5 KM. Kena masuk melepasi kebun-kebun orang lain. Kena menyeberang anak sungai yang sejuk dan dingin.
Selepas menyeberang anak sungai, kena melalui denai jalan seperti ini. Redup dan sejuk.
Inilah pokok “tagan” iaitu pokok pertama yang di tanam pada hari pertama tanah yang kami beli ini bertukar tangan. Balik dari pejabat tanah selepas selesaikan urusan geran, suami singgah beli 2 pokok dokong dan salah satunya Along yang tanam.
Secara rasminya pokok ini menjadi tanda aras dan rujukan bila bercerita mengenai musim buah. “Pokok Along” tu dah berbunga, “Pokok Along” tu dah masak….
Secara ringkasnya itulah kebun kami – ada getah yang berumur 5 tahun, ada rambutan, ada langsat, ada dokong, ada manggis, ada petai, ada cempedak, ada pokok kelubi, ada pokok salak, ada pokok buluh madu, ada pokok limau nipis, limau purut, pokok putat, pokok kantan, pokok labu, daun kesum daun salam dan pelbagai lagi tanaman yang mak dan ayah saya usahakan.
Tapi, kali ini saya nak cerita mengenai Tepus Tanah.
Inilah bunga Tepus Tanah. Bunganya berwarna merah yang menarik. Tepus tanah adalah dalam keluarga halia ( zingiber spectabile ) dan paling hampir seperti pokok kantan. Batangnya, daunnya atau ketinggiannya pun hampir sama seperti pokok bunga kantan.
Kalau di bandar, bunga tepus ( alpinia purpurata ) biasanya dijual sebagai bunga keratan untuk hiasan. Tepus ( alpinia purpurata ) dan tepus tanah dari keluarga halia ( zingiber spectabile ) adalah berbeza.
Mengikut Pusat Racun Negara, Tepus (Alpinia purpurata ) mengandungi asid sinamik dan termasuk di dalam kumpulan tumbuh-tumbuhan yang boleh menyebabkan dermatitis. Dermatitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada kulit. Kesan alahan yang dialami adalah jenis alergen seperti debu, debunga atau bahan kimia tertentu di dalam tumbuh-tumbuhan. Kesan ini dikenali melalui kewujudan tompokan merah, gatal, keras dan melepuh pada kulit. Biasanya kesan ini timbul setelah lima hingga tujuh hari dari hari sentuhan berlaku.
Rujukan : National Poison Centre – klik untuk melihat tumbuh-tumbuhan lain yang boleh menyebabkan dermatitis.
Emak saya biasanya ambil umbut tepus untuk dibuat ulam. Bahagian luar batang tepus dibuang dan ambil bahagian dalam yang dipanggil umbut. Rebus sebelum dimakan.
Trivia – Tepus
- Mukim Wang Tepus merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kubang Pasu, Kedah
NOta : Sebelum sampai ke cerita bunga tepus tanah, kita tengok pokok buluh pokok dokong dulu… hihihi
Hehe..ooo pelik sungguh namanya..tapi bunganya yang merah tetap menarik perhatian..
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Anak Kedua Pe’elnya Comel Sangat
Selalu nampak pokok ni dihutan. Cuma tak tahu namanya. Tak sangka pula namanya begitu. Ingat warnanya merah, namanya berdarah-darah..
Jom terjah post menarik dari Bina Keluarga Bahagia ..Rawatan Gout: Rhizoplus Dan Apple Cider
Kalau tak silap bunga Tepus Tanah ni ada buahnya keluar dari kelopak-kelopak bunga tu yang sangat manis rasanya.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
First time dengar pasal pokok tepus tanah tu. Bertambah sikit ilmu mengenai tumbuh-tumbuhan nie. Hehe.
Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam
owh..baru tau..terbaik kak
Jom terjah post menarik dari ..Kereta sewa habis ditempah sempena Hari Raya Aidilfitri
camana pokok cili kat belakang rumah gua yang ditanama arituh..
hidup lagi ke tidak ye..
Jom terjah post menarik dari titan ..Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?
kadang yang kita tak tanam, hidup subur walau celah celah simen merkah…kehkeh
pokok cili selalu hidup mcm tu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lepas Raya Dah GemOk, Kena Salin Kulit
eh…cik ku jie…durian tak ade ke kat kebun tu…..
Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.
lupa..hihihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling
pertama kali tengok..menarik info nya..tq
salam aidilfitri
Jom terjah post menarik dari eray ..9 Tips Turunkan Kolestrol Cepat & Mudah Khas Untuk Lelaki Yang Suka Merokok
ooo….pokok ni tepi2 semak tepi sungai je ni
orang kampung biasalah tengok
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lepas Raya Dah GemOk, Kena Salin Kulit
Nampak kawasan kebung bersih.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Cerita semalam home made fish nugget
terima kasih untuk ayah…hehehe
kalau nak harap kami, setahun 2-3 kali balik tu, semak samun dah sama tinggi dgn pokok durian :p
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lepas Raya Dah GemOk, Kena Salin Kulit
Aaah. Baru tau ni. Terima kasih sebab sharing. Seronoknya ada kebun sendiri. Boleh tanam buah2an tu yang best tu. 😀
Jom terjah post menarik dari Amyz ..GLA Complex Shaklee Untuk Kulit
Selalu nampak pokok ni tapi masa tu dia tak berbunga.
Kali ni lalu ada beberapa kuntum..cantik
Kebun tu asal beli niatnya supaya anak2 nanti tak putus hubungan dgn keluarga di Kedah, biar dia akan ada satu tanggungjawap untuk balik ke sana sebab suami orang sini anak2 pun membesar kat sini..
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling
Tak pernah lagi makan ulam tepus tanah ni…macam mana la rasa agaknya..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Rutin Kembali Seperti Biasa
kena datang rumah mak teh… datang bercuti lama sikit…hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling
sebijik sama dgn bungan kantan…kalau saya memang dah tertukar nih…
Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Melancong di Taiwan Dengan BlackBerry Z30
Lain sgt ni… pokok sama tapi bunga sangat2 lain.
Memang ada persamaan dengan bunga kantan 🙂
Dan sedikit perbezaan. Hehe.
Yang penting dua dua cantik
Jom terjah post menarik dari Solehah ..Tudung Bawal Ombre Keluaran Julai 2014
ada juga tanah untuk bercucuk tanam
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Kempen CPUV Nuffnang ke 5
rasanya ramaai org ada tanah kot..hehehe
kak jie punya sekangkang anak kera saja
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling
Alhamdulillah! berbakti pada tanah memang amat berbaloi. Seronok Kak Jie memiliki sebidang tanah kebun. Boleh buat kenduri buah bila datang musimnya.
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Teknik pemanduan defensif – Siri 4
Kami dah tebang 95% pokok rambutan baru tanam getah. Tinggal sepokok je untuk di makan. Itu pun tak habis.
Kebun ni kami beli bukan harta pusaka keluarga, sentimental value dia lain
jiwa kita dengan kebun tu pun lain.
Akak tanam pokok getah ke?
Baguslah main pelaburan hartanah ni.
Harga pun makin mahal
Jom terjah post menarik dari Solehah ..Shawl Halfmoon Labuh Chiffon Inspirasihana Atheerah 2014
tiap org ada kemahiran masing² , tak semua kita boleh masuk
kak jie ada tanam kelapa sawit dgn bantuan mpob
ada getah bantuan Risda
dan InsyaAllah sekarang tengah nak mulakan tanam kelapa matag
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lepas Raya Dah GemOk, Kena Salin Kulit
Fuh.. Dalam bahaya bunga tepus ni masih lagi boleh dimakan ye kak umbut tepus ni.
Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Trend Selfie Bulu Ketiak
alahan tu utk org yang sensitif saja…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling
wah ..ingatkan bunga kantan tadi
Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Bukan Suami Tak Suka, Tapi Isteri Yang….
pokok saja sama..bunga lain
bunga tepus ni lebih besar
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling
saya ingatkan tebus tadi. rupa2nya sejenis bunga ya. cantik
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Set Kecantikan Kulit dan GLA Complex
pokok hutan ni..tumbuh tepi tepi anak sungai yang lembab
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah Baling