Pengalaman Membeli Belah Online
Peribadi

Pengalaman Membeli Belah Online

Sesuai dengan kemudahan dan gaya hidup masa kini, membeli belah  secara dalam talian (online)  tidak asing lagi bagi kebanyakkan dari kita.  Antara kemudahan membeli secara online adalah proses membeli lebih mudah dan pantas tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak-sesak pada hujung minggu.

Kadang-kadang kita mendapat edisi terhad yang sukar didapati  atau dapat membuat perbandingan harga dengan lebih cepat.  Boleh buat survey perbandingan harga  mengenai produk yang sama di beberapa laman web lain hanya dihujung jari.  Tak perlu keluar masuk dua tiga kedai sehingga berpeluh ketiak.

Sudah bertahun-tahun saya membeli tiket wayang online.  Kita boleh menguruskan masa dengan lebih baik apabila tempahan telah dibuat terlebih dahulu.

tengok wayang bersama keluarga
Oktober 2012 – kali terakhir kami tengok movie sama-sama…rindunya

Pernah membeli belah online?

Boleh percaya ke shopping online ni?

Boleh saja asalkan kita mengambil beberapa langkah keselamatan dan berhati-hati sewaktu membuat pilihan.  Saya sendiri beberapa  kali membeli  barang2 komputer dan elektronik melalui talian.  Pernah membeli buku, tudung , abaya ,  monitor desktop, mouse, headphone, macaron, dan penghantaran hadiah yang diuruskan melalui kedai online.  Dalam semua pembelian tersebut, hanya sekali saya membeli secara Cash On Delivery (COD) sebab penjualnya hanya di Gombak.

Tidak dinafikan, tak ada sistem yang kebal daripada dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawap untuk mengambil kesempatan  dan menipu.  Kepercayaan dalam urusniaga online adalah titik penting bagi  jangka panjang.  Buatlah siasatan sebelum membeli.

Saya ada kenangan membeli kek kejutan harijadi untuk seorang blogger di Penang.  Baca pengalaman pertama membeli kek online.

 

power bank
Ini gambar input usb port , lubang belah kiri tu.

Baru-baru ni saya ada pengalaman baru sewaktu membeli belah online. Barang yang saya beli telah rosak selepas sebulan.

Awal bulan Disember saya beli power bank di lelong.com.my. Genap sebulan, lubang dekat input usb  port telah tercabut. Tak boleh cucuk untuk charge power bank. Memandangkan saya membeli dari penjual yang ada reputasi, rating dan mendapat feedback yang baik dari pembeli lain , saya hubungi penjual melalui Private Message ( PM ) untuk dapatkan kerana ada  jaminan 12 bulan.

Saya hantar semula pada tengahari Rabu dan petang Jumaat saya terima power bank  baru yang dihantar dari Bukit Mertajam. Penjual yang serius yang membuat perniagaan online akan menjaga kepercayaan pelanggan untuk bisnes mereka berkembang.

Ada beberapa tips sewaktu membeli belah online yang boleh dikongsi. Antaranya bacalah feedback dari pembeli lain dan pastikan penjual seorang yang aktif dengan selalu mengemaskini laman webnya. Semua orang sukakan barang yang dibeli dengan harga lebih murah tetapi berhati-hati kalau barang yang ditawarkan itu harganya tak masuk akal. Baca penerangan lengkap mengenai item tersebut dan cari barang yang ditawarkan bersama jaminan pemulangan jika berlaku kerosakan.

Saya lebih suka membeli belah di Lelong.com.my dan Superbuy.my kerana sistem mereka memerlukan identity verification (pengesahan identity) dimana setiap penjual yang ingin mendapatkan status  verified seller diwajibkan menghantar bukti pengenalan diri (mykad / lesen memandu) sebagai salah satu cara mencegah berlakunya kes penipuan.

Penjual biasanya berusaha menjaga reputasi yang baik dari pembeli kerana di lelong.com.my  pembeli boleh memberi rating yang negatif di ruangan komen sekiranya tidak berpuas hati.

Saya agak berhati-hati untuk membeli di mudah.my.  Sesiapa saja boleh beriklan di mudah.my kerana tiada sebarang syarat atau tiada pengenalan diri diperlukan untuk beriklan. Ini akan membuka peluang kepada manusia yang tidak bertanggungjawap melalukan fraud.  Saya pernah membeli monitor komputer di mudah.my secara COD.

Saya pernah berjaya menjual kereta dan menyewakan rumah di mudah.my.

Bagi saya yang tinggal dipinggir bandar, untuk dapatkan barang yang agak terhad, membeli belah online adalah pilihan yang berbaloi. Boleh jimat kos minyak dan kos lain apabila keluar membeli belah. Sekali masuk parking di LoyYat minimumnya RM 2.50.

Kalau dah mengambil beberapa langkah melindungi diri sendiri, dan masih terkena tipu lagi… nak buat macam mana ,kan.  Semua orang akan menempuh pengalaman mereka yang tersendiri.  Ada yang manis tak kurang yang masam dan kelat.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Pengalaman Membeli Belah Online

  1. Saya selalunya lebih suka COD kalau membeli barang secara online ni. Kalau barang yang murah-murah tu kira boleh la nak guna post. Perasaan ragu-ragu tu masih ada kalau membeli barang-barang yang mahal. Selalunya saya akan baca dulu review dan komen orang lain berkenaan penjual tersebut sama ada baik atau tidak.

  2. saya juga pernah melakukan pembelian secara online, sangat mudah tanpa perlu kemana-mana dan lagi pula kalau di Jakarta biasanya beberapa toko menawarkan free shipping sehingga biaya pengantarannya gratis..
    nice share dan selalu sukses buat anda..

  3. Beriklan di mudah memang mudah. Ada beberapa orang kawan saya dah memang kena tipu dengan mudah.. Lelong.com.my dan ebay.com.my memang senang nak percaya, sebab boleh refer feedback / rating seller. Yang dah kena tipu.. halal kan je la orang tu, tunggu hukum karma

  4. Online ni memjimatkan masa dan menambahkan produktivit. sesekali kena tipu tu biasa yang tak online pun ramai menipu. dah biasa sangat beli online ni… jual online pun pernah.

  5. Mudah.my ni memang ada terdapat ramai penipunya. Kawan saya terkena sebab nak beli motor 2nd hand kat situ. Dia terlalu desparate nak pakai motor sampai senang2 kena tipu.

    Sian dia, last2 mmg tak dapat motor deposit pun hilang ntah kemana.

    So, jaga2lah kalau nak guna Mudah.my tu.

  6. saya suka lelong.com.my. pernah beberapa kali beli barang dr situ. manakala di mudah.my pula saya berjaya menjual rumah saya di kuantan sebelum berpindah ke KL ni.

  7. apa nama penjual powerbank tu Kak?
    saya rasa kena beli juga powerbank ni. s3 saya dah makin cepat habis baterinya. mana tak. asyik main game aje

  8. Saya memang selalu beli online..selalu guna Ebay dan Lelong.Dua site ni setakat ni secure bagi saya.Kalau melalui Mudah pulak saya lebih prefer COD..

  9. Kalau di Mudah, selain dari COD, pastikan pembelian melalui orang yang register sebagai kedai sekurangnya. Beli dari tempat-tempat yang memang sudah terbukti reliable baru tidak susah hati sentiasa.

    Sekarang ini banyak barang beli online, sebab harga barang kat sabah ni tinggi sikit, beli online + shipping cost lebih jimat, terutama game. Kalau sekali beli dari satu tempat, dan perkhidmatan ia baik, memang akan stick dengan kedai itu lah sampai jumpa yang lain.

  10. hai kujie,
    pengalaman yang pasti memberi pengajaran berguna. Saya juga pernah membeli belah dan menjual barang melalui Mudah. Walaupun semuanya ok namun masih perlu berhati-hati supaya tidak tertipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

  11. biasa jugak berurusniaga dalam talian ni cuma jarang2 la..

    memang bila melibatkan transaksi dalam talian ni, perlu ada beberapa syarat yang kita sendiri kena letakkan agar tak berlaku risiko kerugian..

  12. Mudah skit membeli secara online. jimat masa dan tenaga terutamanya orang yg bekerja..tp apa pun kena hati-hati dan perlu buat kajian sebelum beli produk tu..

  13. Kena berhati-hati jugak la. Setakat ni saya tak pernah lagi beli item yg berharga lebih RM200 secara online. Takut jugak kalo jadi papekan. Haha. Setakat ni, sekali je la pernah kena charger rosak tak sampai seminggu guna.

  14. jarang beli online, tapi cari info barang kat online selalu. penah beli barang baby je kat online + baju. kalau barang elektronik, saya lum rasa percaya sepenuhnya. Lagi, saya suka tengok rupa barang tu.

    Penah berjaya jual mesin basuh melalui blog. tu pun kawan yang beli..

  15. betul tu. nak beli apa2 kat mudah.my kena berhati2 sebab tak ada feedback pembeli. barang murah bolehlah mintak pos. kalau barang mahal better COD.

    saya biasa jual kereta dengan motor kat mudah.my. terbaru baru jual basikal anak saya yg dia tak naik.

  16. saya kerap shopping online especially beli barang-barang menjahit, buku, kain & tudung. Mmg ada menjual brg di forum dan mudah.my. Tapi untuk beli barang elektronik dan baju tak berapa berani. Tp mmg kena hati2 jgk beli online sbb ada yg penjual dgn kita dia ok tp dgn org lain dia tipu plak, tuh yg sedap tuh.

  17. Setakat ni tiada pengalaman buruk membeli secara on line,semuanya ok sahaja.

    *saya pun ada jual barang online,jadi kejujuran 100% adalah sangat mustahak.

  18. saya kenal lelong masa tahun 2008. Lelong la tempat pertama saya beli barang online. Mula² takut gak kena tipu. Tapi dah lama ketagih main super bit..hahahaha
    kekadang penghantaran melalui skynet bermasalah untuk kawasan pedalaman macam saya ni. Orang skynet tak tau jalan nak hantar barang tu kat rumah saya. Kecewa sebab kena keluar ke bandar untuk amik barang tu..haish..pengalaman..

  19. Salam, terima kasih Kak jie, tips ini amat berguna. Saya juga pernah membeli barangan secara online. Setakat ini Alhamdulillah saya berpuas hati.

  20. Dulu masa di UK memang beli online selalu..tempat kegemaran ebay dan amazon….now, beli juga online, tapi mana2 yang rasakan selamat dan kena dengan selera

  21. Alhamdulillah setakat hari ini belum ada pengalaman pahit lagi shopping online.
    Saya dan isteri juga berniaga melalui online juga maka kami amat menitikberatkan servis yang terbaik.
    Kalau kita tidak mahu perkara yang menyakitkan hati berlaku kepada kita kenapa kita perlu menyakiti hati orang lain, inilah konsep yang saya selalu pegang.

  22. saya tak pernah lagi shopping online..sebab tu tak ada pengalaman dalam bidang ni..hihi

  23. saya dan suami antara online shopper tegar… dan sy juga seorang online seller, kjie.

    pengalaman suami, pernah ditipu di mudah.my juga. so lebih berhati2 di situ, akan tetapi lelong.com mmg terbaik reputasinya 😉

  24. Memang Kak Jie banyak pengalaman dalam membeli secara online ni…terima kasih kak jie sudi berkongsi tip2 berguna membeli belah online ni. Ini yg bestnya lepak2 kat sini… =)

    “….berhati-hati kalau barang yang ditawarkan itu harganya tak masuk akal…” Ini skill hidup yg perlu kita hadam betul2…byk perkara yg boleh kita aplikasikan kenyataan Kak Jie ni..terbaik!

  25. pengalaman saya.. menjual barang terpakai semua kat blog. pernah sekali ade member mintak tolong promotekan tungku elektrik. sampai sekarang orang dok call dia tanye pasal tungku elektrik tu. tapi sayangnye dia dah lame tak ambik produk tu. Bila ditanye macam mane boleh dapat contact member saya, pelanggan tu jawab dari blog saya. hahaha.. bangga jugak la.

    sama issuenye dengan penjualan lense terpakai tempohari. orang tu bagi kepercayaan bankin kat saya sejumlah wang yang besar semata-mata nak dapatkan lense samyang saya. jadi memang rasa bersalah sebab delay hantar pos. tapi, sebab dia bankin hari jumaat, saya agak kelam kabut pada hari tu. kemudian call buyer tu.. cakap mintak maap sebab lewat. mintak tangguh hari isnin baru pos.

    elok je dah post… terus sms dan mms gambar bukti resit post laju. kita risau jugak la orang tak percaya kat kita. sebab kita meniaga base on blog kita. bukanlah motif mencarik makan kat blog… tapi sedikit kecuaian kita, boleh mencacatkan kepercayaan orang kat kita.

    setakan ni, semua aksesori komputer dan kamera yang lama saya.. saya tolak kat blog.. dan saya sendiri jumpa customer untuk COD kalau mereka dekat area KL. Tanak rosakkan imej blog dan kepercayaan orang kat kita. tak elok tu. orang dok mengharap… kita tangguh-tangguhkan.

    doser tak? rasanya tak bagus macam tu kan… so far setakat ni dah banyak saya tolong promosi jual barang member kat blog… ini termasuklah kereta myvi. sampai member saya siap mintak tolong edit balik tajuk post supaya bertajuk – TELAH DIJUAL… kalau tak edit… orang dok call dia je. hahaha.. susah kan.. macam tu.

    sekian cerita dan pengalaman saya berniaga kat blog.
    p/s: masih tak melebihi jumlah patah perkataan entri tuan rumah.. kira normal la tu kan? :p

    -Azman Ishak-

Comments are closed.