Akhirnya berjaya juga saya membuat tempahan tiket Air Asia untuk percutian keluarga tahun 2013. Puas disemak tarikh yang sesuai, saya telefon universiti Along untuk semak cuti semester. Saya semak jadual pengajian Angah di laman web, masih juga gagal mencari tarikh mereka bercuti serentak. Ini masalah bila anak berada di dua universiti berbeza yang bercuti tak sama tarikh.
Selepas ditolak campur dan bahagi, saya bulatkan hati membuat keputusan akhir. Kami akan ke Kuching. Saya tak dapat tiket percuma promosi Air Asia tetapi saya mendapat tiket harga murah. Walaupun bukan tiket percuma, tetapi harga ini masih murah dan memenuhi kemampuan kami.
Air Asia promosi baru , booking pada 15 Jan 2013 hingga 20 Jan 2013 dan pilih tarikh penerbangan antara 19 Ogos 2013 hingga 9 Februari 2014.
Insya Allah lawatan ke Kuching ini akan melengkap semua negeri di Malaysia yang pernah dijejaki.
Telefon suami untuk mendapatkan idea, dia cakap ” awak urus aje lah apa yang patut………. “ Saya cuma nak tanya, nak cuti berapa hari……. kan saya booking 2 minggu, kan. hiks!
Biasanya memang saya yang uruskan persiapan percutian kami termasuk mencari infomasi tempat sesuai untuk dilawati. Peranan suami hanya bagi username dan password akaun bank untuk saya login buat pembayaran. Peranan utama dan paling besar. Kalau tak ada akaun bank dia, semua urusan tak jadi.
Tiket dah ada , perlu cari hotel penginapan dan kereta sewa.
Kemudian kena google cari infomasi dan maklumat mengenai tempat menarik yang ingin dilawati. Bila dah ada senarai tempat, perlu buat tentatif supaya percutian keluarga ini berlangsung teratur dan terisi mengikut masa yang terhad.
Tahun 2008 kami ke Kota Kinabalu, saya susun jadual , dapatkan 2 hotel di 2 lokasi berbeza, sewa kereta. Seronok sangat kerana kami dapat menghampiri Gunung Kinabalu walaupun tak mendaki, dan sempat ke pulau dan lautan.
- Hari terakhir di Kota Kinabalu
- Bot ke Pulau Manukan
- Hari Kedua – Damainya Kundasang
- Hari Pertama – KK – Tuaran – Kundasang
Bercuti ke Jakarta dan Bandung saja saya mengikut pakej yang diuruskan. Tak pandai tak tak mahir lagi . Mungkin akan datang boleh pergi sendiri .
Sesiapa yang ada info dan pengalaman utuk dikongi , boleh tinggalkan maklumat di ruangan komen. Tak semestinya tempat yang popular tetapi biarlah tempat yang mempunyak tarikan istimewa .
nanti kak jie pergi, leh la cerita, nnti kami2 pulak boleh pergi.. hee
saya booking slalu tidak dapat la. ada cara ke kak nak supaya senang cari tiket murah.
ikut iklan yang dibuar, kalau dia cakap booking date 15 -20hb, jangan tunggu 20hb baru nak booking, mesti orang lain dah rebut tempat tu.
buat carian, kadang2 1-2 jam juga sebab kak jie dlm kumpulan 5 orang, kalau beli tiket utk seorang , lebih mudah
salam K.Jie,
saya belum pernah sampai ke Kuching lagi, so takde info & pengalaman yg nak dikongsi. rasa2nya, mmg isteri ditugaskan untuk urusan percutian keluarga kot? (kecuali pembayaran). mungkin lebih teratur berbanding suami 🙂
Org umah saya pon dah ushaaa tiket Air Asia ni… tapi tak tau nak pi mana huhuhu… Insya Allah kalau cukup bajet ke seberang la kami 🙂
Dah intai-intai juga tiket dalam bulan 6 sebab masa tu cuti seminggu sama dengan anak-anak, tapi nampaknya belum sesuai dengan idaman hati.
iya ni tiket dari air asia amat murah dan dipenerbangan untuk liburab beberapa minggu lalu saya juga menggunakannya
nice share
kalau gi sabah, sila naik gunung kinabalu. Best woo kat atas tuu..
Wah.. Kuching.. saya belum pernah lagi ke Sabah / Sarawak… nak ikut.. nak ikut.. 🙂
memang untung klaau dapat tiket murah ni nanti. hehe
sy masih belum menempah sebarang tiket untuk tahun 2013 ni..tapi cadangnya cuti sekolah penggal pertama ni nak balik ke Sabah..harap2 dapat la tiket yang murah..
carilah…ada beberapa promosi lagi…kot ada rezeki
seronoknye dah beli tiket..saye dok renung je la n tengok2 harga, tapi tak terbeli-beli… huhuhu
pejam mata, klik je..dok renung-renung nanti orang lain kebas..hiks
teringin juga nak ke Kuching tapi tak tau apa yang best kat sana…lepas akak pergi nanti boleh lah dijadikan panduan…:)
tujuan kami nak melengkap satu Malaysia. kalau tak pergi tak tau..hiks
seronoknya bercuti, air asia memang murah dah tu.
kalau harga biasa sehala je ratus gak.. ini rm 55
campur semua kami 5 org dlm rm 730 berbaloilah naik kapalterbang bukan bas.
tiket bas pi Kedah pun RM40+
Selamat bercuti kak jie.. kali ni pergi sarawak plak ye.. kena cari tiket murah gak ni..hehehe
tu baru step pertama…dua tiga benda nak kena uruskan
cari kereta, hotel, makanan special, tempat special…tak nak habiskan hari dok mencari cari je
sangat bagus ini macam …hihi.. terbaiklah Air Asia
mcm org ckp pasal AA ni
bagi kak jie…tak letak high expectation sgt, jadi tak kecewa
Salam,
Must place to visit in Kuching. Damai Cultural Village, Kuching River Cruise, Pusat Orang Utan Semenggoh, Ladang Buaya, Pekan Sarikin
thanks , this information is useful for my vacation
Assalamu`alaikum kak, dulu saya pernah tinggal selama 2 setengah tahun di Kuching Sarawak, dan sepanjang tinggal di sana ada beberapa tempat yang saya rasa menarik untuk dilawat. Antaranya ialah Waterfront yang terletak di bandar Kuching sendiri.
Selain itu akak boleh singgah bermain pasir di Pantai Damai berhampiran gunung santubong, kampung budaya dan taman buaya di jalan Kuching – Serian, pusat pembuatan kek lapis Dayang yang bersebelahan dengan Waterfront, muzium kucing di Petrajaya, taman negara kubah, astana negeri sarawak, kubu margherita, muzium sarawak, matang wildlife centre, muzium islam, dan pusat hidupan liar semenggoh yang terletak berdekatan dengan Hospital Raja Brooke yang terakhir.
Waalaikumsalam. Terimakasih…dah salin utk rujukan.
Kak Jie plan mcm ni… hari pertama sampai masih pagi. Sebelum check in boleh habiskan masa kawasan waterfront. Cari hotel kat situ. Malam pun masih kawasan Kuching.
Hari kedua pagi, nak keluar dari bandar Kuching. memandu ke kawasan bandar terdekat atau pendalaman sikit. Menginap semalam. Tetapi kawasan ini mestilah ada sesuatu yang menarik.
Hari ketiga – bergerak ke lokasi lain.
Hari ke empat, balik pun dah petang, jadi ada masa lagi utk berada di bandar Kuching.
Tak nak habiskan 4 hari semata2 di Kuching.. kalau boleh nak keluar dari bandar.
kapan hendak bercuti ke bandung dan jakarta kak Kujie…?
sudah pernah ke Jakarta & Bandung… kalau ada kesempadan, mau ke sana lagi
Masa di Universiti, cuti itu lain kira, rancang dulu mana nak pergi. Kalau dapat masa tak cuti, pandailah “tolong signkan” *bukan contoh yang baik*
Mula harap nak beli ke Hong Kong, nak rasa juga disneyland… tapi dapat ke Jakarta sahaja, tapi sebab murah ok lah.
Kak Jie kena check takut date tu terkena musim exam… payah pula
lepas exam tak apa…kalau nk ponteng sehari dua.
Rezeki Kak Jie dan keluarga. Kak Jie memang cekap
niat nak cari tiket percuma, tapi tak banyak pilihan bila perlu semak kalander pengajian anak-anak…
kami pergi sehari selepas harijadi Intan…dia yang seronok sebab rasa mcm dapat hadiah harijadi..hehe
wow!!
pantas kak kujie….
yang tempah tahun lepas ni baru nk star pergi..
hihihi
pejam mata je tekan..sebab dok belek sana sini, tengok jadual anak jadual suami..payah nk dpt masa yg terluang
Wah pi Kuching tu Kak Kujie. Semalam kawan saya ajak join dia pi Sabah next year. Sebab tahun ni kita orang rancang pi Holiday ke Krabi. Nak pi sekaligus memang bankrap la jawabnya. so kita orang cadang pi tahun depan untuk trip to Sabah.
Yup.. pi Kuching sebab Sarawak je belum pernah jejak. Kitanya melengkapkan 1 Malaysia.
Baru bincang dengan family nak pegi mana..tapi parent support la..hehe
jangan lambat… nanti tiket hot dah habis
itu hari saya pergi santubong..tengok gunung yang berhantu tu (lalu tepi je menghala ke pantai) dengan lawat pantai dia..jarak dari kuching 1jam…
Serikin, Bau. tempat beli brang cth mcm cenderahati..tapi bnyk pakain..jarak 1jam dari bandar kuching.
Aik.. ada lagi ke tiket murah tu kak? Saya bertungkus lumus cari dari masa pengumuman tu dibuat, tak jumpa-jumpa pun. Kena usaha lebih ni.
ada promosi baru ..tempah dari 15 Jan hingga 20 Jan dan terbang pada 20 Ogos hingga 9Februari 2014
Wah kak Jie percutian keluarga hujung tahun 2013 ke Kuching Sarawak.