Pernah nampak gajah liar sedekat ini?
Selalu nampak dokumentari kat dalam TV atau melawat ZOO , tetapi gajah² liar ini adalah real di depan mata di tepi lebuhraya kawasan Tasik Kenyir. Sebelum ini saya pernah kongsi sekumpulan gajah liar tetapi agak kabur memandangkan cuaca hujan. Tengok kat entri ni – Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar sepi…
Hari ini, suami berkongsi gambar dia terserempak sekumpulan gajah petang semalam.
Mungkin dah hampir setahun di kawasan jajahan gajah, berani pula dia turun dari kerete bergambar. Sebelum ini zoom dari jauh saja… Ini gajah liar, bukan gajah terlatih.
Trivia:
- Gading gajah Asia dalam bentuk padu berbanding gading gajah Afrika yang kosong dan berongga.
- Telinga gajah Asia lebih kecil berbanding telinga gajah Afrika
- Kedua-dua jantina gajah Afrika mempunyai gading, sedangkan hanya gajah jantan Asia yang bergading
Masa saya melawat Santuari Gajah Sungai Ketiar , petugas disitu beritahu kalau air naik ( musim hujan ) gajah akan mula bergerak ke tempat tinggi. Lebuhraya adalah kawasan yang tidak dinaiki air.
Sepanjang lebuhraya antara Tasik Kenyir ke Gua Musang, ada beberapa lokasi yang biasa menjadi tempat tinggal gajah. Menurut beliau, terdapat lebih kurang 50 ekor gajah liar berada di kawasan tersebut.
Nota :
- Saya tak pasti kenapa kamera dia macam kena demam kuning.
- Gajah ni nampak lebih montel dan comel daripada yang biasa nampak dalam TV..erk… orang bergambar depan gajah tuuuuu ha ha ha!!
selalu balik perak kat area tasik banding banyak juga bani2 gajah ni melapak kan diri. penah satu kali masa duk study usm balik drive tgh malam. tetibe sampai lebuh raya timur-barat bani2 gajah ni sedap bersantai tgh jalan. terpaksa off kan lampu kereta dan duk senyap2 dalam kereta, takut gajah liar ni terkezut berok mat yeh dan menerpa kereta. berpeluh gak la nak tunggu benda debab ni beralih badab dari atas jalan…hahaha
boleh pula mereka berkawan dengan baik kan.
kalau jumpa gajah betul-betul mau ketar lutut
Sangat special gambar ni,jgn depa dok atas jalan sudah hehehe…
gajah liar dan gajah denak adalah gajah yg serupa tapi satu liar satu jinak..hihihi
Gajah sebenar tak akan berlawan antara gajah dengan gajah tetapi manusi selalu diibaratkan sebagai gajah sama gajah berlawan kecil yg kecil tersepit di tengah.
itulah maksud peribahasanya………… gajah boleh hidup sekawan.
kita ni masih suka hidup berlawan
Nasib baik dia x kejar
kalau kejar, tak adalah gambar senyum kat atas tu…hiks!
sangat-sangat beruntung dapat pengalaman live berdekatan dengan gajah begini. Biasanya yang paling dekat pun dalam zoo aje. Untung badan.
kalau anak bandar, dapat tengok ayam hidup bebas pun dah seronok… ini gajah yg kita tau memang binatang liar.
en abg macam dalam senyum “terpaksa”….hehehe
ambe mmg tak pernah jumpe gajah liar..gajah kat zoo..adalah..
menarik trivia pasal gajah ni…terima kasih kak jie berkongsi
senyum dok menahan….takut tarik nafas kuat sangat , gajah naik angin kot..hehehe
kak jie kalau pi sesuatu tempat, kalau ada kakitangan yang bertugas ramah tamah, kita pun beramah tamah juga..tanya apa yang patut.
bukan tengok saja… dapat juga info
Tak rugi bertegur sapa…
Kita takleh ditegur sapa, silap haribulan kena tampar (gajah sama gajah tak bergaduh…kita?)
Baru tahu perbezaan antara gajah asia dan gajah afrika..
petugas pusat santuari gajah tu yang bagi tau… info tambahan kalau rajin bertegur sapa. 🙂
wah.xpayah pgi zoo dapat tengok banyak gajah.nasib baik dia xmengamuk org ambil gambar.
bukan selalu dpt tengok ni…………. mgkn seumur hidup sekali
banyaknya..tak pegi jalan besar ke dia?
ada… pernah jumpa taik gajah tengah jalan
dia menyeberang jalan
rasa takut juga kalau terserempak sekumpulan gajah liar yg dekat macam tu. hehe.
kalau malam, matikan lampu kereta dan duduk diam-diam ….sehingga dah dah menyeberang jalan…
Kalau naik kereta api, mesti kena berjaga-jaga. Mereka-mereka ni gemar melintas.
ye, betul tu.
kat jalan ni, boleh nampak ketulan² yang ditinggalkan di tepi jalan atau papantandan yang dah tumbang atau bengkok.
susah gajah ni nak naik minyakk..
kena tengok situasi juga tu.. gajah tu mcm mood baik je
beranilah dekat…
Bukan senang nak dapat gambar life macam ni. hidup biar sedap
bukan senang nak jumpa..selalu nampak bekas atau bau saja
Masa saya turun dari gunung tahan dulu, jumpa bekas je (tahi gajah), memang sepanjang perjalanan berdoa supaya tak terserempak gajah..
gajah tuh nampak jer besar kan tapi bila dorang lari boleh tahan lajunya…
betul betul..laju larinya
memang tak boleh rapat..kalau terjumpa mmg kena cuba mengelak
lensa kamera kena tanah la tu kak jadi warna kuning..gajah dalam tv depa edit kak..hehehe
kamera hp je tu… entah abg salah setting ke
tak tengok lagi
Kenapa takde gambar kak jie dengan gajah? tentu gajah2 tu datang lagi dekat nak bergambar sama….
ha ha ha……… kak jie yg lari
tu gambar abg, dia share aje
Beraninya mengambil dengan sekumpulan gajah liar.
banyak kali jumpa, baru kali ni sempat bergambar… mgkn mood gajah tu tengah angin elok kot
woww sekumpulan gajah tu, kalau yan takut juga nak bergambar dengan jarak dekat gini.
kamera pun ada demam kuning ye? heheee mujur kuning Irfan dah takde, syukur.
entah yan..tengok gambar abg bagi ni…kuning lain macam je…
memang berani….gajah liar tu
Pengalaman yg sgt mahal..
orang lain mgkn dah biasa …. tapi betul
ini pengalaman yg bukan biasa biasa
kalau dekat zoo ..dekat sikit walaupun ada longkang. saya cuma risau pada anak bongsu saya yg suka binatang tanpa tau yg mana boleh di dekat dan mana tidak boleh dihampiri.
dekat zoo gajah tu dh biasa dgn orang ramai… bertahun² dia kenal orang
cuma kadang² gajah pun ada bad mood juga
kena tau lah jarak selamat kita, kan
agak jinak jugak gajah liar tu..hehehe..
abg ann punya senyum ala2 nak kontrol je tu..takut gajah kat belakang tu datang dekat kot..
senyum cover takut gajah terkejut kot..hahaha
Nasib baik gajah tu jauh kak jie.. takutnya kalo dah dekat..huhu
itu paling dekat pernah jumpa..biasa tengok jauh je