Nilai – Nak Gugur Jantung
Peribadi

Nilai – Nak Gugur Jantung

Ape kes ‘nak luruh jantung’ tu?

Ops…lupa nak cerita.

Kes  macam ni, on the way balik dari Putrajaya hari tu, saya masuk highway dari Bangi dan keluar melalui Plaza Tol Nilai.

Memandu tak laju pun, dalam  80-90km/h je sebab memang bersantai hari minggu tak kejar apa².  Saya, Intan, Iza dan Ima ( adik Iza yang datang dari Langkawi )

Sampai di Plaza Tol Nilai, saya keluarkan duit RM 2.20 tepat.  Dah tau dah berapa harga tol sebab pergi tadi pun kami ikut laluan Nilai – Bangi.

# Smartag  tak ada, Along bawa  Serena siap pakej smartag!  Kad touch & go ada 2-3 keping tapi tak cukup nilai.  Jarang guna jarang tambah nilai.

Ok, sambung cerita.

Sampai kat pondok tol, saya bagi tiket dan duit secukup rasa.  Dekat papan elektronik dah terpapar RM 2.20.

Lampu hijau dan saya tekan minyak.  Pelan² tekan..maklum kereta baru…hehe

Gerak je………….dum!  Palang plaza tol tu jatuh dari langit atas cermin depan kereta menutup laluan.

Terkejut bagai nak luruh jantung!  Aweks gedik yang riuh bersembang dalam kereta serentak menjerit “arhhhggghhh!”  Tipu je…Intan tidur nyenyak tak peduli bom meletup pun.

Palang tu memang terbuka ternganga selepas kereta di depan saya berlalu tapi bila  saya bergerak nak melepasi gerbang plaza tol, palang boleh turun dengan tiba-tiba.

Nasib baik tak pecah cermin depan.  Ada kesan cat putih dari palang.

Sewaktu jurutol yang sihat segar bugar itu keluar dari pondoknya untuk membetulkan palang, saya lihat palang tersebut sudah terkehel seolah-olah ini bukan kali pertama berlaku.  Macam dah biasa berlaku.

Dia pun tak terkejut beruk…………selamber badak je dengan muka ketat!

Jurutol  lelaki yang sihat segar bugar tu cuma minta saya mengundur sedikit untuk dia angkat palang  dari cermin depan kereta dan betulkan.

Tiada kata maaf.

Saya faham, saya memandu proton saga saja! Proton saga hutang bank pun belum habis bayar.

learn to walk away and to deal with my own feelings…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

71 thoughts on “Nilai – Nak Gugur Jantung

  1. sekurang2 dia ada ‘komunikasi’ dengan kita orang yang terbeliak dalam kereta..masing2 dok urut dada, tenangkan diri

  2. Nasib baik sempat brek..kalau terkejut beruk..tertekan minyak….hahaha..entah2 palang tu terpelanting ke mana

  3. memang dari plastik….tapi terjatuh terjelepuk depan mata
    luruh jantung tu… kalau panik, tertekan minyak…haru

  4. dia keluar dari pondok..dia capai palang..dia suruh kita undur..dia angkat palang…kita jalan..dah

    langsung tak ada ‘respon’ kepada kita yg terkejut beruk dalam kereta ni..nasib baik tak pengsan

  5. terkejut tu yang satu hal nya
    dah tua2 ni…tiba2 berdetum depan mata
    tak ke melompat, nasib baik sempat brek..kalau masa tu terkejut tertekan minyak..mau esok masuk surat khabar kak jie 😆

  6. cakap sebaris je cukuplah…. bukan kita nak dia ampu2 ke
    sekurang2nya kita pelanggan
    ala…adap2 kita kadang2 saja2 utk berbasa basi

Comments are closed.