Siri Kenapa :  Lelaki Dan Proton
Pengetahuan Am

Siri Kenapa : Lelaki Dan Proton

“mama…kenapa pagi² ramai orang lelaki kat ‘tujuh -sebelas’ ?

Beli sarapan

“tak nampak nasi lemak pun…?”

Pagi² lelaki sarapan bukan untuk perut.   Ramai lelaki yang gagah perkasa, ada kuasa seperti Superman perlu ambil ‘ kryptonite’ sebagai  sarapan ‘ super jumbo’.  Contoh bahan dalam sarapan  lelaki mengandungi :

  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)

p/s- Sekolah Intan depan 7-11 , dia tanya apa yang dia nampak setiap hari.
p/s -Cerita original Superman dilahirkan di Kal-El , Planet Krypton – Kal-El tu…KL… Kuala Lumpur!

“mama…. kenapa signal FL mama belah kiri?”

  • Proton cipta untuk orang kidal.
  • Di Malaysia signal hanya satu aksesori kereta, perhiasan sahaja.
  • Purata hujan di Malaysia 3000mm setahun bererti pemandu lebih kerap guna wiper dari signal.
  • Wiper lebih banyak kegunaan seperti letak tiket parking, iklan jutawan segera , Pak Long nak bagi pinjam duit pun guna wiper.


*hari ni saya bawa kereta Jepun, dua tiga kali tersilap masuk simpang ‘bagi wiper’

Inspirasi diri sendiri
Bersaksi bulan matahari

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Siri Kenapa : Lelaki Dan Proton

  1. Rasanya proton dah tukar lama dah format baru signal-wiper ni… rasanya semenjak waja tak silap saya…. tak tahu lah sebab apa…

    ayat paling best:
    “Wiper lebih banyak kegunaan seperti letak tiket parking, iklan jutawan segera , Pak Long nak bagi pinjam duit pun guna wiper.”

    heheheheheheh
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Akhirnya- berakhir jugaMy Profile

  2. haii nape rase pelik … memang depa suka benda-benda tak baik n yang tak berape baik nie . yang penting ade umphh :mrgreen: . nikmati idup sebelum mati, mati lom tau bila..kan gitu brader smokesmoke?

  3. eeh bertuah saya. Mula-mula pakai tiara, pastu chevrolet dan kini baru seminggu fl. ketiga-tiganya signal d kiri, wiper kanan no problemmm

  4. utk kereta2 proton keluaran terbaru mmg signal kat sebelah kiri cam kete continental (bmw, mercedes etc.)~ dulu2 je signal kat seblah kanan mungkin sebab kita byk pindah teknologi dari mitsubishi (jepun) dulu2 kan~ now proton da mula berdikari dgn enjin campro yg dibangunkan sendiri, mungkin proton nak ada identiti sendiri dengan membuat kelainan~ kalau tgk inspira, even tachometer (meter RPM) pun disebelah kiri berbanding lancer gt disebelah kanan (terbalik)~ btw, sy bukan smoker~ membazir je bakar duit camtu, better bli bende laen yg nampak cam mekap kereta ke~ huhuh~

  5. Kebanyakkan kereta continental mempunyai signal sebelah kiri berbanding kereta Jepun signal sebelah kanan. Beruntung saya kerana kereta Proton dicipta untuk orang kidal seperti saya :-). Selalunya barang konsumer hanya dicipta untuk orang kanan. Err..saya bukan berhaluan kiri atau kanan 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Cut the rope sebaik Angry BirdMy Profile

  6. ada citer smallville lah kat sini..smallville serendah.. 😀
    lepas proton berhenti kerjasama dengan mitshubisi, semua keretanya signal kiri, bermula dengan savvy..kata orang proton, ini stail europe
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Kerjaya Sebagai BloggerMy Profile

  7. wkakaka.. alasan kenapa batang signal tu letak di sebelah kiri.. hehehe… awesome.. tak terfikir lak maza sampai ke situ gitew..

    psst: Waja pulak signalnya disebelah lain.. entahlah.. ikut suka2 dia kot nak letak belah mana pun.. hehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sah!My Profile

  8. bagi saya senang kalau signal sebelah kiri…walaupun sebenarnya tak pernah pandu pun kereta yang belah kiri…tapi kadang2 tersalah juga dengan wiper..hehehe

    New Entry: Pemandu Lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan

  9. Saya bukan lelaki gagah perkasa aka superman… so sarapan pagi setakat makan makan biasa jer…

    Menarik plaks penerangan mengenai signal kat belah kiri tuh. 😀 kereta sawi (savvy) ni pun kedudukan signal belah kiri gak. Tiap kali saya tukar kereta saya (signal kanan) ke kereta isteri (signal kiri), memang jadi aa kes gunakan wiper untuk membelok. huhuhu
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Ubahsuaian lampu kereta yang melampauMy Profile

Comments are closed.