Ape kes ‘nak luruh jantung’ tu?
Ops…lupa nak cerita.
Kes macam ni, on the way balik dari Putrajaya hari tu, saya masuk highway dari Bangi dan keluar melalui Plaza Tol Nilai.
Memandu tak laju pun, dalam 80-90km/h je sebab memang bersantai hari minggu tak kejar apa². Saya, Intan, Iza dan Ima ( adik Iza yang datang dari Langkawi )
Sampai di Plaza Tol Nilai, saya keluarkan duit RM 2.20 tepat. Dah tau dah berapa harga tol sebab pergi tadi pun kami ikut laluan Nilai – Bangi.
# Smartag tak ada, Along bawa Serena siap pakej smartag! Kad touch & go ada 2-3 keping tapi tak cukup nilai. Jarang guna jarang tambah nilai.
Ok, sambung cerita.
Sampai kat pondok tol, saya bagi tiket dan duit secukup rasa. Dekat papan elektronik dah terpapar RM 2.20.
Lampu hijau dan saya tekan minyak. Pelan² tekan..maklum kereta baru…hehe
Gerak je………….dum! Palang plaza tol tu jatuh dari langit atas cermin depan kereta menutup laluan.
Terkejut bagai nak luruh jantung! Aweks gedik yang riuh bersembang dalam kereta serentak menjerit “arhhhggghhh!” Tipu je…Intan tidur nyenyak tak peduli bom meletup pun.
Palang tu memang terbuka ternganga selepas kereta di depan saya berlalu tapi bila saya bergerak nak melepasi gerbang plaza tol, palang boleh turun dengan tiba-tiba.
Nasib baik tak pecah cermin depan. Ada kesan cat putih dari palang.
Sewaktu jurutol yang sihat segar bugar itu keluar dari pondoknya untuk membetulkan palang, saya lihat palang tersebut sudah terkehel seolah-olah ini bukan kali pertama berlaku. Macam dah biasa berlaku.
Dia pun tak terkejut beruk…………selamber badak je dengan muka ketat!
Jurutol lelaki yang sihat segar bugar tu cuma minta saya mengundur sedikit untuk dia angkat palang dari cermin depan kereta dan betulkan.
Tiada kata maaf.
Saya faham, saya memandu proton saga saja! Proton saga hutang bank pun belum habis bayar.
learn to walk away and to deal with my own feelings…
insuran..dan dua tiga kerja yg menyusahkan nak kena urus
hehehehe…jantung je nak luruh
terkejut lah…tiba2 dummm depan mata
tak calar cermin tu….ada kesan cat putih dari palang
dah cuci hilang
erk….etika tu tak termasuk dlm ‘manual’ kerja kot
rasanya entri ni sopan santun dah ni….kiranya dah sabar ni
hehehe 😆
baca komen di atas tu, ramai juga yang pernah kena… kita ni boleh tolak ansur…sikit2 je….abaikan je
lagi pun tak de yg serius pun…share dgn kawan2
sekurang2 ckp..’minta maaf kak…’
bukan luak pun kalau buat baik dgn org
seriau betul kalau lalau kat smart tag, takut tak lepas, berderet orang kat belakang…malu uikkk 😆
rasanya tiap plaza tol ada cctv kan..
nak berhenti, nak isi borang, nak jumpa org tu orang ni…adeih…rasanya dia org ada cctv kot , boleh tengok
apa la punya orang. patutnya mintak la maaf ke apa kan . sejuk la sikit hati orang.budi bahasa budaya bangsa
nasib baik xteruk kena kt keta tuh. dah la tkejut,sakit ati pulak dgn budak tol dgn muka ketat.sabau je la.sy rasa dh byk kali jadi,agaknya nk tggu kena kat bumbung keta lamborghini baru nak tukar kot?
wahh, ini gila..patut minta ganti rugi tu..
perghhh..suka-suka dia je ek..takde rasa bersalah langsung..eeee…geram betull
eiishh! bahaye ! 👿
wahhh…bahaya betul…kalau berderai cermin tu, memang kes naya… nanti saya buat aduan kat menteri tol yer…
ye la tu…awak tu kidblogger
kak jie ni makcikblogger 😆
sibbaik windshield tu tak pch….kalau pecah,satu hal pulak…
akak buatla open letter msuk dlm paper…mane tau kalau2 dorg akan “terbukak mata” dgn surat tuu…kan??
sib baik takde ape2 yg buruk jadii…. 😕
Penah dengar yg palang kat tol tu sumer dr jenis plastik jer…tp gua tak le penah check betol ke idaknyer..
oh. dulu pernah terkena masa naik kete bos. kat smart tag punya lane. da detect smart tag, palang terangkat, laki bos tekan minyak dan tetibe palang turun balik. nasib tak pecah cermin sebab naik bmw. kalu pecah, kompom bos saman 40 juta. perghhh..
Iza cuma sempat jerit harlus “KAK JIEEEE” tengok2 palang tu dah ada depan batang idung kita…memang cuak sangat time tuh, berderau darah, sentap sekejap 😯
Bila dah rasa takdak yang cedera parah, err maksudnya takdak yang retak, kemek, baru nafas boleh teratur semula. Alhamdulillah, tak da jadi yg teruk.
Tapi mamat tembun tu wat selambaa jaa… huh!! 🙄
gaduh je kak..mintak ganti. klu sy, sy buat macam tu dah
uiks. kereta baru plak tu. huhuhu. jauh-jauhkan lah kecederaan kekal… 🙄
mungkin budak tol rasa,tu bukan salah dia.tapi salah management tak reti2 nk tukar palang baru/repair.buat apa dia mintak maaf.bukan dia tahu pun benda tu nak jatuh.management/palang tu lah yg patut mintak maaf ye dak? 😆
mampoih kalau semua orang kat dunia ni fikir macam ni
bahaya betul lah. nasib takde apa-apa, kalau pecah cermin depan, tak tau nak kata apa dah. kereta kena, orang pun kena,,PLUS lagilah kena.
setahu saya, dia ada 2 kawalan, sensor untuk pastikan tiada kenderaan yang sedang lalu semasa palang ingin jatuh, dan butang manual untuk angkat palang tuh. Tapi tak tahulah kalau lain kaunter tol, lain pulak sistem dia.
Tak pasti sistem palang tu manual ke mcm mana – maksudnya juru tol picit2 button baru dia buka dgn sendiri ke atau ada sensor.
Sebab bila kereta depan tu keluar, dia tak tutup pun, palang tu masih terbuka.
cat putih dari palang..balik basuh dah hilang
kalau ada kesan kekal mungkin entri ni berakhir dgn episod lain- ada segmen $%$&* 18SG 😆
kak jie tak pernah guna disqus… jadi tak dptlah nak bagi tunjuk ajar.
biasanya tutor kak jie dah try baru ajar org.
lagi satu..kat nav atas tu ada segmen “Tanya Kak Jie”
situlah kaunter pertanyaan 😆
mana de marah.. entri ni tak de perkataan %$#@^&&** 18SG pun 😆
hehehe…..tu biras sy dah dtg – orang toll
tak buat report pun pasai tak cedera, cermin tak pecah..cuma jantung je nak luruh..yang tu boleh buat repot dak?
😆 cuma dari jantung tu berjangkit sikit sampai kat hati pasai dia tak say sorry pun….
alamak k jie, booth yg mana satu nie? kite hari2 lalu tol nilai tu. kena jaga2 lah lepas nie ek.. ishk bahaya lah cam nie
Utk pengetahuan semua dari saya yg kerja dlm bidang toll. Kita boleh buat report pada toll consession (bukan report polis) dan claim ganti rugi pada syarikat toll (bukan insurance kereta kita). Berenti naik plaza isi borang, sekiranya berlaku apa2 kecederaan pada kita atau kenderaan kita semasa menggunakan lebuhraya yang disebabkan oleh kecuaian syarikat toll. Sekian..
saga baru tu kan, fuhhh
sakit hati bukan sbb palang jatuh jek, tpi sbb takde kata maaf dan budi bahasa yg patutnye di ucap dulu sebelum angkat palang tu….teruknye…klu pecah cermin tu nk tggjwb tak? iskhhh
spekulasi – Palang itu jatuh sebab ada penyangak kereta nak pecahkan cermin supaya bleh repair on the spot dengan harga 3 kali ganda. Pihak PLUS/staff bekerjasama dengan penyangak kereta ini..
Kenyataan – Palang itu rosak..
@dilema yang dihadapi oleh brader ondscene.. hehhehe
uishhh nasib baikkk.. klu pecah cermin kereta tu siapa la nk ganti huhuhu
huhuu.. patutnya palang yg nakal, gedik2 mau mengurat anak dan mak org tulah yg kena mintak maaf.. buatnya terhenti barang seminit dua jantung hati pengarang jatung karang, mcm mana? huhuhu
psst: cermin keta baru itu calar tak? hehehehe
Kak Jie, ada kesan calar tak kat kereta?
psst…saya yakin, kesan calar akibat muka badak + ketat tu lebih melekat…
adoii,.takkan begitu saja…ni yg nak marah ni…kereta baru tau..tak kira la kereta apa pun..sabar ek kak jie..
Hah??!! Kata maaf langsung tak ada?? Kalau kena dengan saya mesti dah mengamuk…Apapu, perkara ni tak sepatutnya berlaku kalau pihak pengurusan alert. Takkan nak pungut duit je kot, pastu bab baik pulih langsung tak nak sentuh…
Tak kira lah pakai kereta apapun, barang berharga tu. Kita beli dan bayar dengan duit titik peluh, kereta baru lagi…memang pun jantung boleh jatuh 😯
saya pun selalu terbayang palang tu akan jatuh..bukan kat plaza tul je tp kat entrance nak masuk shopping kompleks pun..
tp patut benda gitu x berlaku sbb kita adalah pengguna berbayar..dah bayar tuh bg la servis leklok sket kan..
saya pulak kat smart tag rawang masa belum duduk rawang dulu. masuk takla laju mana smart tag dah bunyi tit.tit.. jalan jela terus sekali palang tu tak naik!
rase nak berdiri tekan brek!huuhu sib baik sempat berenti kurang seinci dari palang
er, dan akaun disqus tu pun sebenarnya saya dah penah cuba nak delete, tapi tak berjaya..
maaflah tanya soalan kat artikel salah.
kalau kakjie boleh tolong tengok saya hargai sangat-sangat..
terima kasih.
er, untuk hilangkan marah, apa kata kakjie tukar tajuk kejap.
kemudian datang singgah artikel saya.
saya tak tahu apa masalahnya, tapi dari pagi tadi nak reply komen tak boleh.
kakjie boleh tolong tengokkan dak?
diharapkan kakjie masih mampu bersabar..
report. tu terbaik. agar tak ada kepala orang yang kene
p.s apa pun, Saya Bukan Alien, Saya OK! 😆
huuu… memang boleh gugur jantung kak.. kes saye plak bkn salah palang, tapi salah saye yg khayal.. @ jusco-org depan lalu bawah palang lepas masukkn tiket.. tapi saye boleh ikut join die lalu juga tanpa masukan tiket saye.. terpinga2 kenapa palang tu hentam bumbung kereta, bile emosi dh stabil, br nk termalu-malu btl bile sume org dok perhati ..
cuba kalau akak bawa bmw ke…kete mewah2 sket…mesti gelabah ayam jurutol tu.
kalau tinggal kesan napa akak tak ngomel je ngn jurutol tu.??
tak patut betul…dgn tak ckp maaf nye.
ehhh bahaya betul…ni kena komplen kat PLUS ni…sib baik tak hentak pala orang..huhuhu
Saya selalu terbayang palang tuh akan jatuh, tapi tak pernah alaminya, tak sangka plaks, palang tuh memang boleh jatuh sendiri erk, huhuhu… nasib baik tak pecah, kalau pecah, satu keje plaks nak kena gi baiki kereta baru.
Kena buat laporan aa kot, supaya pihak pengurusan boleh baiki palang tersebut, kalau tak lagi banyak kereta lain yang akan menjadi mangsa.