Tadi check saman trafik kat myeg.com.my. Tak terkejut pun dengan jumlah 18 saman – 13 saman suami dan 5 saman saya sebab memang dah tahu saman² lama sejak 2002.
Cadang nak bayar online melalui Myeg tetapi untuk semua saman tu saya kena bayar service charge RM 36. Kebetulan ada urusan lain di luar, saya buat keputusan untuk membayarnya di balai polis trafik KKB.
Siap dah setting dalam minda, mesti ramai orang – rupa²nya keadaan masih lapang. Mungkin baru 11 pagi. Orang lain sekejap saja berurusan dikaunter – saya yang paling lama tunggu print resit panjang berjela 18 keping.
Bakal saingan makcik rempit…hehe kena blurkan, takut nanti makbapa dia saman, kena usung pergi balai bergari pula!
Saman speeding je… memang makcik rempit. Tapi saman terbaru bulan Februari & March 2010 rasanya bukan saya. Ini mesti Along. Anak sapa la tu…..
Lepas selesai print semua tu, Encik Sarjan hulurkan 18 keping resit bayaran saman…
boleh jadi model Myeg atau PDRM ni
” ini aje….” macam blur je soalan
” kenapa? nak lagi……..” hahahaha
Cepat-cepat keluar… Jom Belajar Memandu
kredit : Angah paksa letak
Lepas tu pergi lepak kat Empangan Kuala Kubu Baru……… arggghhhh ………. terbang RM 1260.00 untuk selesaikan 18 saman yang telah diskaun 50%.
YES ! Year End Sale kat balai polis trafik
Cara Semak Saman Trafik
- Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar
- Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS
©kujie – Azam Tahun Baru 2011 – Makcik rempit nak pencen.
Pergh banyaknyer.HEHE