Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik
Peribadi

Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik

Tadi check saman trafik kat myeg.com.my.  Tak terkejut pun dengan jumlah 18 saman – 13 saman suami dan 5 saman saya sebab memang dah tahu saman² lama sejak 2002.

Cadang nak bayar online melalui Myeg tetapi untuk semua saman tu saya kena bayar service charge RM 36.  Kebetulan ada urusan lain di luar, saya buat keputusan untuk membayarnya di balai polis  trafik KKB.

Siap dah setting dalam minda, mesti ramai orang – rupa²nya keadaan masih lapang.  Mungkin baru 11 pagi.  Orang lain sekejap saja berurusan dikaunter – saya yang paling lama tunggu print resit panjang berjela 18 keping.

Bakal saingan makcik rempit…hehe kena blurkan, takut nanti makbapa dia saman, kena usung pergi balai bergari pula!


Saman speeding je… memang makcik rempit. Tapi saman terbaru bulan Februari & March 2010 rasanya bukan saya. Ini mesti Along.  Anak sapa la tu…..:lol:

Lepas selesai print semua tu, Encik Sarjan hulurkan 18 keping resit bayaran saman…

boleh jadi model Myeg atau PDRM ni

” ini aje….” macam blur je soalan
” kenapa? nak lagi……..” hahahaha

Cepat-cepat keluar… Jom Belajar Memandu

kredit : Angah paksa letak

Lepas tu pergi lepak kat Empangan Kuala Kubu Baru……… arggghhhh ………. terbang RM 1260.00 untuk selesaikan 18 saman yang telah diskaun 50%.

YES ! Year End  Sale kat balai polis trafik

Cara Semak Saman Trafik

  1. Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar
  2. Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

©kujie – Azam Tahun Baru 2011 – Makcik rempit nak pencen.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik

  1. sekarang ni dah perlahan dah………..betul
    dalam 7-8 bulan ni…terasa sangat cara pemanduan
    selalu ingat abang kat sana.. kalau apa2 jadi
    kesian dia kt sana……..bukan dekat

    insap….insap 😆

  2. Mula2 tu ingat sesak, sebab hari Isnin
    masuk balai, parking pun senang
    tapi lepas siap tu tengok belakang berderet orang beratur…hehehe..sebab tunggu lama sangat nak print berjela

  3. perghhhhh…memang rempit ni…puh. kalau saya 18 tu, mau pitam!!!dapat bayar 5 saman jer…lagi 2 tak kesampaian…adoiii

  4. syukur untuk tahun ini maza tidak mengumpul apa2 saman trafik.

    barangkali ada org menuduh maza tidak menyumbangkan apa2 terhadap negara dengan ‘bersedekah’ duit saman.. tak ngapalah..

    petua maza adalah mudah.. pandulah kenderaan anda lebih perlahan daripada kereta kuda dan sedikit laju daripada kereta lembu, walaupun anda hendak ke Alor Star dari Singapura atau Borneo!…hahaha
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cik Asyura KL ini KotorMy Profile

  5. Banyak tu saman, jangan di bayar sangat saman ni.. nanti Polis “Eh, no plate ni selalu bayar saman, apa lagi bagi je saman” kan bertambah lagi 18..hehe

  6. samala kita! Y.E.S bayar saman.. tapi resit saya pendek je… sume saman zaman baru dapat kete dulu…. :mrgreen:

    skang ai dah jadi pemandu berhemah 😆

Comments are closed.