Masih lagi cerita di kaunter bayar saman trafik. Itu kisah mahal RM 1260, mesti kena update syok sendiri bersiri dua tiga entri , kan…
Tapi kisah ini agak ngeri dan boleh buat ramai pembaca muntah berdarah.
Waktu beratur ( dalam kehidupan online saya seorang pembaca yang aktif, kat offline pun masih nak membaca sambil beratur ) tiba-tiba Angah, Intan dan Wani tak nampak bayang. Entah lesap pergi mana. Saya mulalah mencari² – walau ini balai polis, manalah tau ada kes tergempar budak kena culik dalam balai polis, kan…. ada penculik nak cipta rekod dunia. Masuk Kosmo @ Metro muka depan, dapatlah blogger skop berita hangat untuk update blog.
Dalam terintai² cari anak² – manalah budak² ni.
Tiba-tiba, uncle cina yang beratur di belakang saya bersuara.
“Tak apa…dia dengan adik awak tu…adik awak boleh jaga”
heh! Rasa rasa nak calonkan pakcik ni untuk anugerah pingat Datuk sempena Keputeraan Sultan tahun depan je.
” Tu bukan adik saya , uncle…….. tu anak nombor dua”
” Aiya……butul ka?
Ayo Uncle, ini bukan rancang tv Just For Laughs Gags
” Lu belapa umo? Banyak muda….”
Uncle, kalau nak cakap macam tu, pelan² Uncle, laki saya kat Angeria tu kalau dia dengar, tidur tak lena. Sudahlah kat sana sekarang salji turn hari² sampai talian internet pun masih down duatiga hari.
Dalam perjalanan balik, saya beritahu Angah dan kesimpulan dari drama sebak ini adalah :-
- mama terlalu muda untuk jadi mama Angah
- Angah terlalu tua untuk ada mama semuda mama
Yang mana satu agaknya jawapan lebih tepat?
Tahu apa jawapan Angah?
Nampak tua waktu muda tak pe mama, jangan nampak tua waktu dah tua!
Anak tu………..sikit pun tak mau bagi can mama dia kembang semangkuk.
Eh…seronok sangat menulis, lupa nak tanya… korang dah muntah?
©kujie – makcik rempit saja mengubat duka tak dapat YES di shopping complex , cuma mampu berYES kat balai polis saja
Ok… 😉
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Bila tahi lalat banyak di kaki
Hua.. saya lagi sadis kak.. jalan dengan mak.. orang fikir saya husband mak saya.. wakaka..
Jom terjah post menarik dari Aretikz ..1 Dolar 11 Sen
Tentu hubby tak senang duduk 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Live blog melalui iPhone 3g – disebalik takbir
kira mmg awet muda la ni ek kak jie.. hihii
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Jangan Membazir- Itu Amalan Syaitan
ok juga tuh kak jie…mungkin lebih baik dari buat entri cedukan…

Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Malik Mirza tersenyum sambil…
hehe…ayat makan dalam juga tuh…keh3
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kari kepala ikan Malik Mirza…
Yang perempuan dalam gambar tu kak jie ke?
hehe…ecehhh…
ayu la kak jie ni..
phewwiittt….nak kenal bleh..?
Jom terjah post menarik dari Lee ..Kenapa Aku Buang Duit
Salam,
Alamak! hot la uncle tu…macam nak berkenalan dengan dia je 😉
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia
wah…mama muda la ni..haha…takpe kak jie…nt msuk zoo or muzium ckp budak skola lagi..kot2 dorg caya ke..hahaha
Jom terjah post menarik dari fendidahada ..Sindiket Penipuan Bertopengkan Maybank