Masih lagi cerita di kaunter bayar saman trafik. Itu kisah mahal RM 1260, mesti kena update syok sendiri bersiri dua tiga entri , kan…
Tapi kisah ini agak ngeri dan boleh buat ramai pembaca muntah berdarah.
Waktu beratur ( dalam kehidupan online saya seorang pembaca yang aktif, kat offline pun masih nak membaca sambil beratur ) tiba-tiba Angah, Intan dan Wani tak nampak bayang. Entah lesap pergi mana. Saya mulalah mencari² – walau ini balai polis, manalah tau ada kes tergempar budak kena culik dalam balai polis, kan…. ada penculik nak cipta rekod dunia. Masuk Kosmo @ Metro muka depan, dapatlah blogger skop berita hangat untuk update blog.
Dalam terintai² cari anak² – manalah budak² ni.
Tiba-tiba, uncle cina yang beratur di belakang saya bersuara.
“Tak apa…dia dengan adik awak tu…adik awak boleh jaga”
heh! Rasa rasa nak calonkan pakcik ni untuk anugerah pingat Datuk sempena Keputeraan Sultan tahun depan je.
” Tu bukan adik saya , uncle…….. tu anak nombor dua”
” Aiya……butul ka?
Ayo Uncle, ini bukan rancang tv Just For Laughs Gags
” Lu belapa umo? Banyak muda….”
Uncle, kalau nak cakap macam tu, pelan² Uncle, laki saya kat Angeria tu kalau dia dengar, tidur tak lena. Sudahlah kat sana sekarang salji turn hari² sampai talian internet pun masih down duatiga hari.
Dalam perjalanan balik, saya beritahu Angah dan kesimpulan dari drama sebak ini adalah :-
- mama terlalu muda untuk jadi mama Angah
- Angah terlalu tua untuk ada mama semuda mama
Yang mana satu agaknya jawapan lebih tepat?
Tahu apa jawapan Angah?
Nampak tua waktu muda tak pe mama, jangan nampak tua waktu dah tua!
Anak tu………..sikit pun tak mau bagi can mama dia kembang semangkuk.
Eh…seronok sangat menulis, lupa nak tanya… korang dah muntah?
©kujie – makcik rempit saja mengubat duka tak dapat YES di shopping complex , cuma mampu berYES kat balai polis saja
Ok… 😉
Hua.. saya lagi sadis kak.. jalan dengan mak.. orang fikir saya husband mak saya.. wakaka..
Tentu hubby tak senang duduk 🙂
kira mmg awet muda la ni ek kak jie.. hihii
ok juga tuh kak jie…mungkin lebih baik dari buat entri cedukan…
hehe…ayat makan dalam juga tuh…keh3
Yang perempuan dalam gambar tu kak jie ke?
hehe…ecehhh…
ayu la kak jie ni..
phewwiittt….nak kenal bleh..?
Salam,
Alamak! hot la uncle tu…macam nak berkenalan dengan dia je 😉
wah…mama muda la ni..haha…takpe kak jie…nt msuk zoo or muzium ckp budak skola lagi..kot2 dorg caya ke..hahaha