Salam hari Isnin kawan² – kembali bersiaran suam² kuku selepas cuti hujung minggu. Mood agak blues- blues.
Sedih pula baca komen di entri Adakah Isteri Yang Ditinggalkan Ini Isteri Pilihan?….. apasalah korang nak beremo juga ni?
Dua hari tak update blog bukan merajuk – sibuk saja. Maklum cuti sekolah, musim berkompang. Dua hari saya berkampung di rumah kakak ipar di Bukit Mahkota Bangi untuk majlis ‘sambut menantu’.
Alhamdulillah majlisnya selamat berlangsung semalam Ahad 28hb Nov. 2010. Ini perkahwinan anak saudara ( sebelah suami ) yang pertama ( cucu pertama yang berkahwin ) jadi bukan saja mak pengantin yang terlebih excited, makcik² pakcik dia pun sama seronok.
Dalam banyak² gambar saya suka yang ni… kami buat majlis di Club House, semua peralatan dah kemas – gelas pinggang mangkuk dah kemas…tiba² pengantin dahaya….kehkeh…mangkuk pun mangkuklah! Hidup berumahtangga kena pandai² sesuaikan diri mengikut keperluan yang ada.
Malamnya selesai saja majlis ‘buka hadiah’ – potong kek dan gelak tawa sambil masing² meluruskan kaki berhenti ‘break’ untuk seketika – bungkus lauk pauk apa yang patut dengan malas dan kepenatan terpaksa juga memandu balik lebih 90 kilometer.
Sepanjang perjalanan hujan lebat. Alhamdulillah – selamat tiba hampir 12 tenghmalam. Sms abang di Algeria beritahu kami selamat sampai , supaya dia di sana tak risau saya memandu malam² dengan anak² saja. Capai bantal – dummmmmmmmmm….. terbongkang tak ingat dunia dah!
Pagi tadi ingat nak bermalas-masalan macam Garfield, tapi ada kelas pukul 9. Syaitan bergayut² je kat kelopak mata – tapi…ustazah kata orang yang pergi pengajian tu seolah-olah berjalan atas sayap malaikat. Pokok² , burung² yang berkicau yang kita temui sepanjang perjalanan tu tak henti² berzikir mohon rahmat dari Allah untuk kita.
Alhamdulillah – tak perlu masak tengahari ni – panaskan nasi dan lauk tapau malam tadi.
Ahli keluarga bertambah, seorang lagi anak saudara datang bercuti di rumah. Anak saudara dari sebelah saya panggil “Mak Long”, anak saudara dari sebelah suami panggil “Mak Uda”. Menyahut saja mana yang mampu… Mak Long yang muda….kehkehkeh
Sekarang hujan gerimis, kabus di luar jendela – cuaca yang sesuai buat ‘tahi mata’. Nikmatnya….
Tapi tadi kawan² ajak pergi rumah Ustazah Zaiton pukul 3 petang – ‘main masak²’ katanya. Ustazah nak ajar masak tat telur.
Daripada buat ‘tahi mata’ baik pergi ‘main pondok²’ kan…. boleh pikat suami melalui perutnya! – ini tips rumahtangga ni.
p/s – tengah siapkan entri ini, ada voice call dari cik abang…. rindu tau 2 hari tak sempat nk sembang
©kujie – satu yang menghayati lebih baik dari seribu yang tak mengerti
ensem pengatin tu…hahaha 🙂
memang seronok ya dapat cuti dengan keluarga.
Jom terjah post menarik dari jawatan kosong 2011 ..3D Visualizer- Rendere- Animator Vacancy
mat saleh pun guna statement yang sama, nak pikat suami adalah melalui perutnya. Hahahaha..
Jom terjah post menarik dari pejol ..1st time Jumpa Dentist
hahaha mcm mengimbau balik memori zaman kanak2 bila bc bab main pondok2…indah sekali saat tue…x payah pening2 nak pikir segala kusut dia seperti hari ini…
(terima kasih dengan ucapan hari lahir kak jie kpd belalang)
Jom terjah post menarik dari belalang ..First Contest Dari SBT
adalah….. katering tu tertinggal 3 biji gelas
lepas Ifah minum…. Kak Tina sampai dgn 2 gelas
gelas tu dari meja depan
tapi masa tu dah telan pun… 😆
KakJie,
Pembetulan minum dalam mangkuk bukan sebab kita dah bawak balik semua barang. Tapi sebab kita tak bawak cawan dan gelas, cuma bawa pinggan saja.
So adik2 kakak2 semua…*Peringatan* lain kali kalau buat kenduri guna caterer kena siap satu dozen set dinner yang lengkap sebagai backup.
Kesian dayoh yang kelewatan. Lauk ada, pinggan ada, gelas tada..
alamak..kak jie tunggu hp ke..sorry kak jie 😳
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Miming yang mengalahkan cikgu Shida!
Ya. Setuju…. Bila tgk budak2 g sekolah. teringat zaman2 kecik dulu…bestnya zaman budak2 kan, tak der masalah
lor……….kak jie masih dok merayau2 makan angin kat blog dia….cepat betul dia dtg rumah kak jie..hehe 😆
kak jie dah tua2 ni..blog bkn nk fofuler nak glemer sana sini aih..kak jie ada tanggungjawap lain di luar talian. itu yg penting…online berblog bila tanggungjawap utama dah selesai 😆
seronok baca komen kak kujie untuk latest entry saya
yups
masalahnya banyak blogger mahukan ganjaran kan…
kita berblog sebab seronok
diorang sebaliknya
haih
wah
den nak join la
best kut belajar masak
kisah masa kecil terlalu manis untuk di kenang kembali..
hehehe…skrg ni
budak2 tu tak main lagi pondok2 real bawah rumah
masing2 main secara virtual
yang tu kena tanya pihak suami² 😆
kami ni , kadang2 ada kawan2 jiran2 offer
sapa nak belajar satu2 jenis masakan
datanglah ke rumah
so …buat appointment…kawan2 berkumpul kat satu2 rumah
kita org belajar memasak…
rasa best…salah satu aktiviti offline bersosial dgn jiran tetangga
owh…tunggu juga Kak Jie
dalam sibuk2 dok belek hp kot2 ada msg
tak pa lah..hari minggu mmg masa dgn sedara mara
tunggu jemputan anak2 kak jie pula ye… 😆
3-4 tahun lagi kot
tiap org standard piawaian dia tak sama…mgkn dah cukup kot utk penuhi ‘kehendak’ dia…hehe 😆
kita tunggu dia balik…buat umpan 😆
tahun ni cucu pertama dalam keluarga suami ( anak sedara pertama ) kahwin…. tu yg makcik2 xcited giler…berkampung 2 hari 2 malam tu… 😆
tau lah dia nk bgtau ….dia pandai masak…hehe 😆
nanti kak jie cop SIRIM dgn ISO kat dahi tu 😆
dah tak de tetamu dah…kami je adik beradik dok mengemas tempat…
kami dah kemas semua barang..dah bawa balik ke rumah
itu je yg ada…hehe
perangat buleh mkn 2-3 hari….gantung periuk
tapi kalau ada laki kat rumah..tak leh wat mcm tu
kena masak gak yg baru
mcm tak puas, tak best dok perangat je bagi laki makan..hehe
perasaan semulajadi kot…isteri mesti nak serve terbaik utk dia 😆
‘main pondok²’ tu sebenarnya kan kak jie bagitau….kelas memasak kat rumah ustazah
la ni makcik² main pondok² pakai microwave….pakai oven je
set time……dok menyembang…tup2 dah masak 😆
itulah….dlm banyak² gambar
gambar pengantin perempuan kena dera tu yg best 😆
aishh….. pergi kelas belajar masak² tu diibaratkan mcm kita main pondok² time dulu²
skrg ni anak² dah tak main pondok² lagi..depa berkebun cucuk tanam kat FB… 😆
©kujie – satu yang menghayati lebih baik dari seribu yang tak mengerti
LIKE IT…
zaman canggih sekarang ni wujud lagi ke main pondok2 ni ye? kalau kat kampung suasana dan persekitaran mmg sesuai untuk main pondok2.. budak2 skarang ni tengok lebih pandai tengok smartphone untuk bersosial dari main ngan kawan2..
Jom terjah post menarik dari techtalk res-q ..Apple iPad Termurah di Malaysia
indah sungguh gambar tu, dengan mangkuk pun jadilah…
p/s: ayat last kakjie ni penuh makna dan tersirat…i like
Jom terjah post menarik dari mijie ..Cerita semalam yang hangat
main pondok2… best! pastu kene ligan ngan mak sebab abih sume buntut periuk yang cantik bersih jadi legam!
dah besar2 pun main pondok2..
menarik jugak ney… 😀
Jom terjah post menarik dari fikri91 ..TAG HEUER GRAND CARRERA CALIBRE 16 BLACK RM180
haha. tu lah, dah haus sgt tu bro.
ps: tapi cmne blh terkantoi ngn org ramai ni. hehe
Jom terjah post menarik dari Affan ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka
benda yang best bila org kahwin, ada lauk lebih ambik. panaskan, makan.
takpayah nak masak. hehe
Jom terjah post menarik dari Affan ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka
amboi pengantin. mangkuk pun jadi la ye..hehe..
Jom terjah post menarik dari serol ..Isu logo halal JAKIM-tak habis-habis
hhmm, perlu dicoba nie…
salam hangat dari Indonesia
Diana
Jom terjah post menarik dari resep masakan ..Diskon gila disduscom
suka quote yang paling last..
“satu yang menghayati lebih baik dari seribu yang tak mengerti”
Jom terjah post menarik dari JMR ..Tips Untuk Bapa- JANGAN BIARKAN anak LELAKI anda berperangai gini!!!
hehe, igt isteri je ker bleh pikat suami ngan perut? suami pun bleh buat yang sebalik nye.. hoho, tambah2 kalo yang tak kawen pun dah mantap abes masak.. hohohoho

Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Post ke-100 PascaSPM!!!
tahun ini musim kawan kawen sudah mulai suam2 tak macam dua tahun lepas..
rasanya kali ini mahu bercuti2 malaysia lah pula. tapi tak tahu lagi nak ke mana sbb Budgetnya pun ciput.. huhuhu
Jom terjah post menarik dari maza ..Di Tepi Pantai lalala
kujie… dah pandai buat tat telur nanti kena pos ke algeria, saya kat sini pun terliur apatah lagi kat algeria sana
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..lain dan tak sama
lama sgt dah rasenye zmn main pondok2 tu..skrg ni kena masak real punye je kan…hehe… 😆
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Mimpi ape tah drive kereta pagi-pagi
tips pikat suami yang ni saya masih tak pas lagi…yerla, suami msk lagi sedap dari si isteri, nak wat cemana kan…
Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Jalan Penyelesaian- Hubungan Tanpa Restu
salam kak jie..ade award cantik utk kak jie..kalau sudi, amiklah yer.. 🙂
Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..lelaki gebu pujaan malayaOh! Menarik Gilerrr
kak jie, sorry..
petang semalam keluarga kakak datang, saya ajak depa pergi tengok² rumah kat Bandar Saujana Putra
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Cikgu Pun Nak Ada Blog Ek eleh
main pondok2
bila fikir lawak jer
haahaha
yups
memang itu rahsia pikat suami tu
ekekeke
tu yang best tue..asal cuti skolah makan free…
Jom terjah post menarik dari Cik Su ..Kenapa Tak Dapat Buffered Earning
kak jie,
suami main apa pulak nak pikat isteri? hehehe
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Jangan Marah- Nanti Kena Makan
pernah jugak dulu main mcm ni 😛
Aku kalau main pondok2 masa kecik, selalu kena jadi tukang pergi pasal beli ‘sayur2an’ dan ‘bahan2 masakan’ menggunakan pokok duit2 sebagai duit 🙂
Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..DUTCH LADY KID
zaman muda2 dulu..
bila main pondok2, slalu kena jadi ayah..heheeee
Jom terjah post menarik dari mie ..– projek rahsia malam pertama –