Sekarang 2.30 pagi……terjaga dan tunggu depan pc kot² cik abang ada talian internet di sana. Wifi dia ada masalah tu, dari siang tak dapat berhubung.
Kita di Malaysia dah 1hb Disember…. dia masih bulan November… 7.30 malam Bercinta jarak jauh macam ni lah…. zon waktu berbeza kena bangun awal pagi macam ni nak cari…mana laki aku…..mana laki aku….
Awal malam tadi waktu nak tidur , Intan bercerita tentang kawan² dia. Sembang² biasa sambil dia gosok belakang saya sebelum tidur…tabiat yang susah betul nak dibuang…kena digosok baru lena. Dah abang tak ada, Intan yang kena dera!
Dari satu bab ke satu bab anak beranak ni bergossip – sampai satu ketika dia cakap “Puspa sekarang tinggal dengan mak dia je… mak dengan ayah dia duduk jauh²……. ayah dia ada perempuan lain. Sekarang mak dia dah kerja sebab ayah dia tak bagi duit”
Terkedu! Anak 11 tahun boleh cerita dengan kawan² tentang ayah yang ‘ada perempuan lain’ di sekolah . Kisah rumangtangga hubungan 3rd party!
Konflik rumah tangga bukan membabitkan suami dan isteri sahaja tetapi anak² yang biasanya menerima kesan emosi tanpa disedari. Ibubapa masing² nak rebut piala kemenangan!
ops…tak boleh sambung entri ….dah ada voice call tu…nak berdating!
advance betui budak2 skrg.?
haih.. memang tak sepatutnya anak jadi korban..
Zaman sekarang ni dah macam-macam pendedahan yang budak2 dapat.
budak2 skrg dah advnce, cpt je tgkap …
hmmmmm rumahku syurgaku … dohh hope bukan mitos
mak ayah kena hati-hati, jangan sampai anak-anak terdedah kepada benda-benda negatif macam ni.
salam..
skrang zaman canggih..
bebudak umo 10 tahun sekrang pun dan sama fikiran umo 15 tahun kita dulu dulu
salam kak jie,
pengalaman yang pernah saya dengari sewaktu saya kecil dulu..
mendengar keluhan, melihat dengan mata sedniri.. rakan-rakan yang menjadi anak mangsa penceraian..
Anak2 zaman moden dah celik pemikiran. ada kisah sepupu saya berumur 6 tahun, tanpa rasa malu bercerita hal dalam kelambu mak ayah dia pada kami. terkezut & kelakar la org yg mendengarnya ni. Tp Kalu mak dia tahu, sure dah “kena” bdk nih 😉
ksian nya … macam nie la…. kehidupan di dunia …. setiap nya ada…. dugaan dan … kita kena tabah mengahadapi dugaan…. 😐
mmg pun.. jgn kata mak ayah tak bersama.. lau mak ayah gaduh2 pun beri kesan.. mungkin masa kecik tak nmpak sgt, tapi bila besar nampak la..
de jugak yg buat sama seperti mak ayah buat terhadap org lain.. sbb tu anak2 kena didik betul2.. kan kak jie?
anak2 zaman skang mmg dah bijak… ibu bapa pun patut bijak dalam menangani masalah rumahtangga agar anak2 tak tau
aduhaiii… kisah rumah tangga yg melibatkan anak2 mcm nilah yg merisaukan maza..
mintak simpanglah kejadian seperti ini daripada berlaku pada maza atau sabahat serta saudara mara maza itew.. huhuhu
😥 😥 😥
org tua2 kalau bercerita tak alert sekeliling…
even ada budak sekeliling pun,selalunya kita beranggapan mereka tak faham apa yang kita ceritakan..padahal..semua dorg faham dan simpan..budak sekarang mmg advance dalam semua hal..mereka sudah faham apa yang berlaku di sekeliling mereka..
risau plak dengar camtu..tak kesiankan anak2 ke?
tu la, kesian dekat anak2 yg jadi mangsa masalah rumahtangga…
kakjie selamat berdating untuk jarak yang jauh
Perkara ni semua akan bagi effect bila diorang dah besar nanti. So, parent memainkan peranan yang sangat penting. Budak-budak diorang tak kan tanya benda tu betul atau salah, diorang tau ikut jer.
kanak2 skg mmg jauh lebih matang dari zaman kite kecik2 dulu.. semua perkara depa dh advance..
budak2 selalunya lebih selesa bercerita dengan kawan2 daripada family sendiri (contohnya, emak saudara, sepupu dsbnya)
mungkin budaya berbincang dalam keluarga itu tidak di terapkan sejak azali dan sebab itu budak2 lebih memilih bercerita dengan kawan berbanding keluarga..
anak kak jie kan bijak, mestilah dia pandai bab2 ni. lagi pun budak zaman sekarang, semua benda dia nak tahu. hehe
Kasihan pada si anak + si ibu tu..
Lelaki tu memang tak bertanggungjawab !!
kanak-kanak sekarang memang lebih matang dari usia mereka!
anak-anak pun dewasa sebelum masanya. Kasihan
gosok jangan tak gosok.. 😆
kesian kat anak2 tu je.. maybe bila besar dia akan lakukan perkara yg sama.. dengan alasan,”dulu parents aku buat macam ni gak”..
atau lagi teruk,anak tu menyimpan dendam.. mcm drama tv slalu tu..
awainya komen….tak tidoq ka?ha ha ha.
fuh!!!
kanak2 bergossip….
anak2 jadi mangsa..