Cuti sekolah, ingat bolehlah update blog dengan lebih kencang……….tak juga! Malah makin tenggelam timbul adanya.
Cuti tak cuti tak ada beza pun sebenarnya..erk…tipu! Ada juga – kat rumah ada mak dengan anak saudara. Angah pun ada bawah ketiak ni. Sikit² mamamama…. sikit² mamamama….
Bezanya – kat rumah saya TV1 menjadi channel TV paling hot. Ialah..itu kan channel TV pilihan mak. Terpaksalah kita orang mengalah.
Yang tak berbeza – saya masih ada kelas setiap jam 9-11 pagi Isnin hingga Jumaat. Kelas orang dewasa tak ada cuti sekolah.
Untuk 3 minggu ini, Intan juga masih ke sekolah. Tradisi sekolah dia, murid Tahun 5 yang akan menduduki Tahun 6 ( tahun depan ) ada kelas tambahan di sekolah setiap Isnin – Jumaat dari jam 8-12.15 tenghari. Kelas tambahan anjuran pihak PIBG sekolah dengan bayaran RM 40 untuk 3 minggu , 4 jam sehari.
Kalau duduk kat rumah pun, hanya rajin berkebun di facebook saja, baik pergi tusyen.
Rutin saya masih sama – ke sekolah dan ke kelas .
**************************************************
Hari ini saya nak tanya pendapat pembaca di sini…. ini teori Angah. Dia bagi tahu ini ujikaji yang dia buat berulang kali dan inilah jawapan yang boleh disimpulkan.
Minum air dengan cara meneguk lebih puas dan boleh menghilangkan dahaga berbanding jika menggunakan straw. Kalau kita minum dengan straw – sekali sedut, dua kali sedut…. masih tak puas² tetapi kalau kita teguk terus – sekali saja terus rasa puas walaupun menggunakan kuantiti air yang sama.
Budak tu minum air pun nak dibuat ujikaji… hehehe
Jadi pada pembaca yang bijaksana – apakata selepas ini tolong sahkan ‘penemuan terhebat abad ini’ . Atau perlukah kita jemput Adam Savage dari MythBusters untuk buat ujikaji ni. Kalau Adam Savage tak nak, Grant Imahara pun boleh kot!
rindunya dengan dia orang semua ni………..nak peluk ketat²
©kujie – esok nak ke Bangi. Hari Ahad, kakak ipar saya buat ‘majlis sambut menantu’ .
Kalau cuti kan ada masa lebih bersama keluarga kak..:p
ok la tu kak jie.. die de sifat ingin tahu.. hehee..
bagus sek intan ek..
minum air dgn meneguk awet muda berbanding minum dgn straw. sebab minum dgn cara meneguk akan membuat otot2 sekitar muka berfungsi berbanding menggunakan straw.
tapiii segan juga nak minum air buah kat kedai mkn dgn cara meneguk. hihiii…
dah penuh….maknanya banyak…tentulah puas.
apa kata buat eksperimen ni…terjun kolam renang, nganga mulut, sah puas!! sampai bulat perut…wakaka (idea mat sentul) 😆
wakakaka…….. sporting gilo anak beranok ni…
tak pernah terfikir pun, tapi kalau minum secara meneguk memang puas
ya.. betul2.. bila kita guna straw… lagi banyak tenaga yang diperlukan..
kak jie, famili kak jie semua memang pakai kaca mata yerk?
uish.. adakah itu teori fluid mechanics?.. huhu
yep. saya juga setuju dgn teori yg angah bagi. teguk lagi puas berbanding guna straw. pandai angah buat kesimpulan ye. x terpikir plak. tp slalu je perasan bende mcm ni.
betul tu.. minum pkai straw tak puas.. kene teguk baru lega tekak..
betul ke ni.. 😛 , boleh juga kalau takde aktiviti lain..kalau ada no yang saya boleh contact?
send to naman807 at gmail.com (kot masuk spam pulak)
hahaha…maza oi…budak2 tu tak kenal timba
dia tau baldi je 😆
tataulah Bangi lama ke baru…ikut highway…keluar je kat susur Bkt Mahkota..itu je yg Kak Jie tau 😆
dah dijemput ni
agaknya tenaga nak sedut tu yg buat kita tak puas minum walau kuantiti air yg sama
erk.. Kak Jie tak faham
dah tua2 …mcm gini lah
bangi lama ek..uish..segannya tiba² pergi..hehe
wah…. nak kena try juga teori ni 😆
Salam…terimakasih kerana sudi membaca
Angah tu banyak benda yang nak ditanya..nak dibincang…kalau memandu dgn dia..sedar tak sedar dah sampai 😆
Bukit Mahkota – ahad kat Club House Bkt Mahkota – kalau sudi , datanglah
salam,
sy baru mula jd pembaca kat blog ni. anak K.Jie, Angah seorg yg suka berfikir ye. bagus.
dua tahun saya ajar sains form 4, tapi tak boleh bagi jawapan..
jawapan saya, minumlah air suam, baru puas, air sejuk memang tak puas(org² lama cakap, tapi memang betul..hehe)
bangi seksyen berapa k.jie?
wah..siap ada experimen tu…menarik gk finding angah tu..hehehe
Abang saya pulak cakap, minum air dlm cawan/gelas yg penuh lebih puas daripada minum dari cawan/gelas yg tidak penuh.
bila minum gune straw akan minum byk sket drpd minum teguk je. So nk pastikan xkurang air kenalah minum air dr straw….
hehehe…tapi kalau dari botol…nampak tak berapa nk sopan kan… bagi kita perempuan ni
he he he…. budak tu cari bahan nak berbual
dia memang ada saja benda nak disembangkan
nak2 kalau kita dok menaip….dia dok kat sebelah
dok pok pek pok pek…dgn teori dgn analisis
bila kita tak bagi perhatian..dia kata..
‘mama ni………..guna satu deria je…deria yg lain dah katup ke?”
hahaha 😆
Ini tusyen wajib – bukan pilihan
semua murid Tahun 5 bercuti 3 minggu saja 😀
budak2 sekolah ni hantar je pergi tution.. dari duduk melepak buang masa kat rumah..hehe..
Saya sahkan teori ini memang betul. Sekalu tegur, masuk dengan kuantiti banyak berbanding guna straw.
Lagipun, guna straw perlukan tenaga sedut.. sedangkan kalau teguk, nganga mulut dan air meluncur laju..
Boleh lah patenkan penemuan ini.. 🙂
Yes2…
Bila teguk lagi puas dr hisap guna straw..
lambat!!! Hahaha
setuju dengan hasil ujikaji angah..
nikmat dari keadaan itu berbeza..
ye betul tu k.jie..meneguk cara paling puas sekali bila minum air apa sekalipun.. 😛
rasanya yang bertiga tu k.jie dah dapat peluk ketat2..cuma menunggu yang berkumis tu je kan… 😛
sebenarnya minum dengan timba lagi berkesan.. sekali “rawww”, curah dalam mulut dengan muka-muka sekali dapat minum..
hahhahaha