Benda pertama yang saya klik setiap pagi bila buka blog adalah stats counter. Bukan check pelawat, trafik blog. Saya dah muak dengan angka².
Saya cari Locate > Countries > Kalau nampak Algeria , hati dah berbunga² riang. Itu tanda suami ada talian internet dan dia melawat ‘rumah’ waktu saya sedang tidur lena.
( salah satu sebab utama blog ini masih beroperasi – cerita harian untuk suami )
Dia susah untuk dapatkan talian internet sekarang. Kadang² kami dah berjanji untuk beronline serentak pada sekian sekian masa, sekian sekian hari.
Dia dah ok, saya pula yang tak dapat online. Hujan baru rintik, saya dah kena offline….. Kawasan perumahan kami mudah sangat kena petir. Modem dah 4-5 ketul hangus ( banyak kot dosa, kena panah petir…hihihi ). Kedudukan perumahan seperti kawah yang dikelilingi bukit bukau.
Bukan pasangan yang berdating kat KLSentral saja perlu tengok ramalan cuara, berdating online pun …
Saya bukan sahaja ada suami yang chomel, tetapi ada 2 penjaga zoo yang chomel – penguin dan panda. Korang juga chomel kalau klik pergi melawat zoo mereka!
Aku sudah sedia
Bertemu kekasih hati
Malangnya hujan turun
sungguh lebat sekali
Resahnya ku menunggu
Hatiku rasa kecewa
Apakah telah terjadi
Membuat ku gelisah
Hujan oh hujan lekas berhenti
Hujan oh hujan usah turun lagi
Lama sudah ku nanti
Kini dapat bersua
Hatiku sungguh gembira
Walau pun hujan turun
Bertemu dan bermesra
* rangkap last ni tunggu bulan depan
Sesiapa yang lahir tahun 60’an atau ada kakak lahir tahun 60’an mesti familiar dengan pasangan Uji Rashid & Hail Amir.
makcik jie oiiii…hari Jumaat ni, cuba bagi entri tazkirah sikit!
ini tips rumahtangga – bagaimana gunakan ruang yg minimum
utk berkomunikasi dlm perhubungan jarak jauh…
sweet nya. 🙂
soooo sewwiittttt….hehe agak2 t kalau hubby kak jie balik ,smpt x agaknya kak jie nk update blog hari2..??? hehehe
kenapa saya jadi penguin. ok la tu. penguin = linux. 😆
hujan itu turun membawa rahmat. 😆
Sangat comel. Jadi ingat kisah lama. 😀
Assalamualaikum,
Saya suka semua lagu-lagu lama…bila tengok tajuk entri ni, hati dah ikut nyanyi hu h u hu
Bulan depan tu dah tak lama kan…18 hari bulan pun dah tak lama. Sempat lagi cat rumah bahagian luar pulak 😉
hujan yg bersemi sewaktu cinta turun bersinar lalalalala luper
apa pasai asik kuar post tu lagik. eh bukan pomot eh. tak paham je
abis nanti abg ann dah balik, operasi guano? cite2 pun cik abg dah dpn mata
Manisnya macam gula-gula kapas. 😆
Senyum simpul lepas baca ni
salam kak jie…
saya datang lagi, suka dgn cerita ka jie ni, teringat masa jul dan chinta hati masa berjauhan… 👿
sweet la kak jie ni
saya yang salah
hujan ke yg salah
Assalam..
Dapat rasakan perasaan kak jie mcm mana sbb saya pun selalu ditinggalkan tp dlm malaysia je la..
Masa tu handphone dan internet mmg penting..
wahhh..kalau hail amir…saya memang minat sangat2…hari2 saya nyanyi lagu wajah kesayangan hamba… bukan ‘orang lama’ je yang minat dia kakjie…hehe 🙂
Dulu perkahwinan jarak jauh jugak.
Antara Malaysia dengan Dubai.
Kekadang suami call pepagi buta kita tengah syok tidur, sambil cakap kekadang boleh sampai tertidur dengan phone sebab mengantuk sangat.
Lagipun masa tu masih sibuk study nak habiskan degree.
Now, Alhamdulillah. Bila suami berhijrah ke Saudi dah boleh ikut sebab dah habis degree. 😉
Modem dah 4-5 ketul hangus ( banyak kot dosa, kena panah petir…hihihi ).
Suka ayat nie. Kalau iman tipis, mau terlajak masuk web tak tentu hala.
sabar k jie…. bulan depan, kejap je lagi. sempat le nak berlatih nyanyi “berlian cincin permata. itu tandanya cinta” hehehe
nak kena dedikasikan lagu ni lah…rasa best part tu… berlian cincin permata tu 😆
oopp sorry ada typo error; kalut sangat taip komen cepat2
*saya lahir tahun 1982; tapi saya sukaaaaa dgr lagu2 uji & hail amir. lagu feveret saya ialah “jikalau abang merindu”..sebab dalam lirik lagu tu ada cakap “jikalau abang menyinta; berilah tanda mata. berlian cincin permata; itu tandanya cinta”
say alahir tahun 1982; tapi saya sukaaaaa dgr lagu2 uji & hail amir. lagu feveret saya ialah “jikalau abang merindu”..sebab dlam lirik lagu tu ada cakap “jikalau abang menyinta; berilah tanda mata. berlian cincin permat; itu tandanya cinta”
hehe..romantiknye..camana nk locate sebab sama2 di malaysia..ok pergi melawat zoo yg di atas itu…
entahlah kak jie…saya belum faham “apa itu rindu suami”.
segan la nak komen..
i suka la, hihi nice betul….teringat bila berada di singapore dan dubai dulu, sms dan online je yg mampu mengubat rindu kat isteri…bila dah x dpt…terpaksa gunakan phone..hohoho sekali sekala boleh la
Alahai sweet sangat Abang Ann… penat Kak Jie pun hilang… mesti Kak Jie rasa melayang2, ringan macam tertelan mauripan
La ni petang2 ujan …rumah Iza atas bukit, letrik selalu trip. Adakah duk atas atau kawah bukit risiko modem rosak tu sama hehe 😉