Motivasi

Kalau udang dibuat gulai,Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri

Kesian Intan… terpaksa siapkan kerja² sekolah tak kira tempat.

 

Saya ada temujanji dengan penyewa rumah di Serdang.  Tak ada pilihan terpaksa usung juga dia ke hulur ke hilir walaupun kerja sekolah menimbun hari ini.

Budak yang menyewa rumah saya sejak 3 tahun   telah  serahkan  kembali rumah dalam keadaan sebaik-baiknya.

Sekejap rasanya dah 3 tahun, dah habis belajar.  Katanya dapat kerja di Melaka , kalau di KL memang dia bercadang ingin terus menyewa.

Ada ramai yang pernah menyewa rumah saya, tetapi dia adalah penyewa yang paling baik pernah saya jumpa.  Kalau balik cuti semester, dia akan telefon dulu beritahu sewa bulan ini lewat – atau kadang2 kelewatan sehari pun dia akan telefon minta maaf.

Jumpa petang tadi, berpuluh² kali ucapan terimakasih keluar dari mulutnya.  Semua  3 set lengkap kunci bilik dipulangkan walaupun pada asalnya saya cuma beri mereka satu set kunci.  Dia tunjukkan setiap bilik dan rumah yang tiada cacat atau rosak.

Saya rasa bersalah kerana membuatkan dia menunggu hingga lewat petang sedangkan dia akan pulang ke Kota Tinggi.  Saya mohon maaf atas kelewatan tersebut.

” Tak apa kak……….. dulu masa saya nak masuk rumah ni pun, abang tunggu saya”

Tersentuh sungguh.  Benda sekecil² itu yang kita buat 3 tahun dulu ( saya pun dah lupa ) masih lagi dikenang untuk dibalas.

“Deposit api dan air RM 200 tu kakak tak payah pulangkan, bil air kami tak pernah bayar…memang dapat percuma rm 11, bil elektrik tak pernah sampai RM100.  Kalau bill akan datang lebih RM 200, kakak telefon saya , kalau kurang tak apalah…. tak perlu pulangkan baki”

Sebelum masing² berpisah, saya mohon maaf salah silap dan segala kekurangan yang ada.  Semoga dia berjaya dalam dunia kerjaya barunya.

” Kak… nak minta tolong…”

” Minta tolong sampaikan pada abang, terimakasih…”

Sebak pula… sedih pula untuk melepaskan anak muda ini.  Baik budi bahasa.

Saya pun agak lega kerana selesai menguruskan urusan ini walaupun penat memandu lebih 100 kilometer dalam kesesakan  hujan selebat-lebatnya.  Rasa puas kerana dapat menjalankan satu amanah dan tanggungjawap seorang isteri iaitu menjaga harta suami.

 

* harta suami bukan semata²  benda atau  material , mak mertua juga harta suami.  Jadi kenalah jaga mak mertua elok² – itu juga harta suami.

 

tazkirah malam Jumaat….wwwiiiiii!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Kalau udang dibuat gulai,Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri

  1. Salam. Saya tertarik dan terharu dengan citer akak nie. Alhamdulillah, akak dapt penyewa yang baik..dan sudah tentu akak juga tuan rumah yang baik. Sebagai orang yang berpengalaman, bolehkah saya bertanya beberapa soalan berkaitan penyewaan rumah? Adakah akak ada membuat surat perjanjian kepada penyewa (pelajar)? Bila cuti semester adakah bayaran sewa tetap perlu dibayar atau tidak perlu? Maaf,saya minta pendapat akak kerana saya sebenarnya ingin menyewakan rumah utk kediaman pelajar..tetapi saya tiada pengalaman. bolehkah akk membantu saya?. terima kasi byk2.

      1. Saya mmg bercadang ingin membuat surat perjanjian n mengutip sewa seperti berikut. Setelah mendapat pandangan dari akk, ia memberi keyakinan kepada saya untuk menyewakan rumah saya kerana itu adalah hak tuan rumah..betul tak kak. Terima kasih banyak2 yer akak. Semoga saya mendapat penyewa yang baik seperti akak juga.

  2. tak pernah merasa ‘pulangkan’ balik rumah kat tuan rumah sebab kene keluar dari rumah sebab tuan rumah yang suruh 🙁

  3. Alaaaa anak muda ni…muda sangat laaa sebab baru abes ngaji, kalau tak nak juga berkenalan :mrgreen:

    Patot ler Kak Jie penat pagi ni..takpe, jumpa orang baik2, penat pun dalam senyum jer.
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Apa barangMy Profile

  4. Assalamualaikum Kak Jie,

    Sini ada pengunguman sedikit. Kepada sesiapa yang mahu menyertai ‘peraduan rebut buku travelog’, boleh ke link blog saya.

    Tumpang iklan ye.

  5. Assalamualaikum,
    Ish! ish! ish! anak sape lah tu…nak pi intai2 buat calon menantu

    Budak2 macam tu dah pupus sekarang ni, sesiapa ada anak, baik sambar cepat-cepat, kerjapun dah ada tu hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Aku Gila SEOMy Profile

  6. Benar, saya setuju! Wang itu alat kehidupan. Budi bahasa itu melambangkan akhlak utama. Itu juga agama kita tekankan dalam setiap urusan. Itu juga pembawaan Rasul, idola kita. Akhlak yang baik. Sejuk hati dan mudah urusan kita.

    Memang benar, bab penyewa rumah ni, kekadang ada yang tak bernasib baik. Cth mak saya sendiri. 2 kali ditipu. Yang tak bayar sewa dan lari cabut tengah malam pun ada. Saya pun syukur 3 penyewa setakat ni ok aje.

  7. seronok kalau dapat penyewa dan tuan rumah yang baik, tidak mcm sy sekarang….tuan rumah banyak masalah…

    selalu minta advance sewa la, nak pinjam duit la…janji 26 setiap bulan tapi kadang, 23 ataupun 25 dah telefon minta sewa…minta saja takper siap marah2 lagi, ugut nak naikkan sewa

    padahal semua benda sy buat kat rumah dia, janji ms nak masuk dulu nak pasang semua benda tapi sy masa rumah kosong, lampu, kipas, paip sinki semuanya sy buat sendiri

    dari hari mula2 serah kunci sampai skrg dah tak pernah jumpa…bila mengadu rosak itu ini, semuanya suruh sy buat…tapi sy tak kisah repair itu ini, cuma terkilan bila tiba bab bayar sewa, tiap bulan mesti nak gaduh2
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kisah hantu di ofis kuMy Profile

  8. desa serdang belakang minlon
    ahad ni nk pi kemas2, cuci apa yg patut
    nak cari penyewa baru
    kena bagi cantik2 dulu baru bagi org tgok 😆

  9. bagus dapat penyewa yang sebaik itu..kita pun tak penin kepala bila saat terakhir memulangkan kunci rumah

  10. uh!!sungguh tinggi budi bahasa dia.kaau jumpa orang yang macam ni, sememangnya membuatkan diri segan dengan dia kerana budi pekerti dia yang tinggi.terharu juga dibuatnya!

  11. Tak ramai yang berpeluang sebegitu kak.
    Syurga dibawah telapak kaki ibu,
    syurga isteri pada……

Comments are closed.