Peribadi

Céwi Pertama Kali Ikut Rombongan

Intan céwi !

Biarlahhhh………….  dia jerit.

Tiap pagi bangun tidur –  “wahhh…dah Rabu”.

Esok, ” yesss….. dah Khamis”

kemudian , ” oyeeehhh…oyeehhhhh…dah Jumaat.  Esok nak pergi rombongan”

Dari tarikh saya tandatangan surat kebenaran dan hulurkan RM25.00 untuk ikuti rombongan sekolah, dah bernanah telinga dengar gedik pasal rombongan.

Seronok dan teruja tatau nak cakap.  Sebab dia saja ada peneman saya, kena layanlah juga…kehkeh.  Tak kan nak bercakap dengan Nemo dan Dory… budak berdua tu makan je pandai.  Dah pandai makan bersuap.

Kalau hari biasa, esok nak pergi sekolah , malam nak tidur baru nak kapurkan kasut.    Hari ini bila bangun pagi tadi, saya tengok kasut sekolah cantik putih melepak ada tepi katil.

“Biarlah, Intan kanak² lagi…” itu saja ayat pembela diri.

Pagi tadi saya hantar dia ke sekolah macam biasa.  Dia suruh tunggu – nak babai babai katanya.

Tapi saya balik juga, malas nak tunggu.  BUkan nak pergi rombongan mana pun. Pergi Kuala Lumpur, jaraknya 35 kilometer saja.

Melawat Zoo Negara yang dah 4-5 kali dia pergi.   Dalam senarai lawatan termasuk Pusat Sains yang lebih 10 kali dia jejak, Petrosains , KLCC yang awal tahun ini dia masuk.

Tapi mesti berbeza pergi dengan kawan², dengan cikgu dan yang paling utama dapat naik bas sekolah yang besar.  Naik bas, itu yang seronok.

35 tahun lepas, waktu sekolah rendah saya pun pernah pergi rombongan .  Saya tak berapa ingat lokasi² tepat tetapi yang tak luput hadir sepintas dalam ingatan adalah suasana di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.  Kami melawat ibu negeri Kedah, Alor Setar.

Tahun 1981, saya ikut rombongan sekolah ke Cameron Highland.  Sejuknya mencengkap ke tulang.  Asrama tempat penginapan berbunyi sepanjang masa di tiup angin.  Tahun 1991 pergi lagi untuk berbulan madu… pheeewit!

Intan dah hantar SMS – ” bas dah bertolak”

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Céwi Pertama Kali Ikut Rombongan

  1. masa kecik memang best pi rombongan ngan kawan-kawan. tapi bila anak saya dah sekolah rendah nanti cam tak berani lak nak lepaskan anak pi rombongan sekolah. 🙂

  2. hehe masa sekolah mmg excited kalau ada rombongan2 ni. betul cakap mama, eksaited sebab dapat naik bas! hahaha. sebab bas besar/tinggi, pastu ada kawan2.boleh sembang2 riuh/nyanyi dlm bas.

    masa yonna sekolah menengah, jarang sangat dah keluar dgn mak ayah :p refer duduk rumah tak pun keluar dgn kawan. biasalah, keluar dgn mak ayah ala2 skema sikit -___- hahaha.

    tapi bila dah ala2 tua ni, rasa nak pi mana2 semua dgn family :p

  3. Assalamualaikum,
    Hu hu hu anak buah saya selalu cakap dengan ummi dia “best kan naik bas” padahal setiap hari ummi dia terkejar sana sini hantar depa dengan kereta.
    Dapat naik komuter, bas…fuhhhh hepi semacam je

    Seronok juga pergi dengan kawan2 kan…boleh ambil gambar penuh dengan muka semua orang …

  4. Zaman sekolah rendah (1980), pernah ikut rombongan sekali saja.

    Pergi Pulau Pinang. 2 bas besar Central Province Wellesley Transport. (sekarang City Liner ambil alih)

    Seronok tak terhingga.

    Kawan2 lain pergi KL dan tempat2 lain, tapi saya tak berpeluang sebab keluarga tak mampu nak bayar tambang dan penginapan.

    Selepas dapat lesen memandu lori dan bas, baru lah saya sampai di KL dan Seluruh Semenanjung.

    Sudahnya… Tua di perjalanan… 😳

  5. mlm nanti mesti intan cerita mcm2.”Intan…cerita, jgn bagi mama tidur”. hehehe.
    masa sek dulu saya juga ada mengikuti lawatan ke KL. Yang paling seronok dan diingati sampai sekarang ialah kami dibawa melawat kilang duit syiling. mata duitan sungguh….

  6. ce mak cik jie ajar dia buat aktiviti lasak lak..bungee jumping ke..makan ulat sagu ke…meredah hutan ke..paragliding ke..tak pun ketuk ketampi..baru rare

    gua kalau di takdirkan kawen dan ada anak gua nak ajar camtu haha..kalau laa kan

  7. walaupun dah pergi banyak kali, kemeriahan dan suasana bersama kawan kawan dalam rombongan berbeza. family paling ramai pon 6 orang tapi kalau rombongan 40 orang / 1 bas..

    hehehe

  8. Lain rasanya bila pergi ramai2 dengan kawan2 walaupun tempat tu dah pergi banyak kali..

    Teringat zaman sekolah dulu..
    Menggamit nostalgia betul 😀

  9. Mesti seronok dapat pergi rombongan sekolah… perasaan apabila dapat menyertai rombongan waktu zaman budak sekolah ni memang seronok sangat-sangat, bukan sebab tempat tuh dah pergi ataupun belum, tapi sebab faktor2 lain. 😀

Comments are closed.