Peribadi

Dua Ribu

Semalam keluar makan bersama anak-anak.Kami raikan ulangtahun kelahiran Along pada 02/12 dan ulangtahun Angah yang tertunda pada 08/11. Hari Jumaat lepas, Angah balik dari asrama.   Selesai sudah SPM 2011.

Sebelum keluar, tweet ajak @azmanishak dan keluarga. Akhirnya malam tadi ada 3 orang Amirul – Amirul Syazwan ( Along ), Amirul Syafiq ( Angah ) dan Amirul Amin ( anak Azman )

gambar ihsan : azmanishak.com

Ini Entri yang ke 2000!

Banyaknya yang dok merapu ….. sedaya upaya tidak menulis membabitkan peribadi orang lain ( artis atau blogger ), memaparkan gambar yang mendedahkan aurat sendiri, orang² tersayang ahli keluarga dan  orang lain.   Saya akan tinggalkan blog ini suatu hari nanti, semoga tidak menambah beban di alam sana.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Dua Ribu

  1. saya suka baca yang part last tu…betul2 memberi kesedaran pada saya..lepasni kena check balik entri2 lama, dan delete mana yang tak patut..semoga sempat blog dibersihkan sebelum ajal datang menjemput…

  2. “tidak menulis membabitkan peribadi orang lain ( artis atau blogger ), memaparkan gambar yang mendedahkan aurat sendiri, orang² tersayang ahli keluarga dan orang lain”

    ayat ni patut jadi undang2 para blogger sekalian :mrgreen:

  3. along dan angah sudah hampir serupa dgn wajah abahnya..
    kalau tak salah hemat seperti sang ayah melihat cermin apabila bertemu dgn mereka.. ahaks..

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  4. same la kak jie..
    takmo dah tulis gusip pasal artis…
    tulis hal peribadi yang ringan-ringan sudah..

    walaupun mampu tarik traffic tapi berdosa betul bagi kite yang menyebarkannye…

  5. spam comment sudah didelete, biasanya untuk satu hari ada 20-30 spam comment yang perlu didelete secara manual.

    Untuk spam Akismet ada 38,126 comments

  6. kadang2 entri peribadi sebaris dua je…. memang blog ini kisah kehidupan sendiri…tetapi cabarannya tetap besar sebab nak mengimbangkan supaya tiada pendedahan yang terlalu terbuka kepada umum 😆

  7. Saya pun rasa macam tu kak jie…
    Satu ketika nanti saya pasti akan tutup blog terus. atau mungkin berpesan jika ketiadaan saya ia harus ditutup.

    Saya respect kak jie… 2000 entri sangat banyak… saya ni pun nak delete mana2 entry yg tak berkaitan. hehehe….

  8. Happy B’day untuk Along dan Angah, All the best for you
    Spam comment-nya hanya dua saja, blognya nie Kak Jie nie bagus..

  9. terlebey dulu nak ucapkan terima kasih kat kak jie sebab belanje stick. sedap kemain… lepas tu nak mintak maaf kat along dengan angah, tak sempat nak beli hadiah. blur tak sempat nak pikir pasal beli hadiah pon. ape ape pon.. memang seronok sekali sekala AFK macam ni. twitter pon tak jenguk malam tadi masa makan.. just on je saje nak tengok kot kot ade notification dari roslan dengan eddie. memang ade. lepas tu melebam plak diskas pasal projek juta2 lemon dengan 2 orang tu sampai kepagi. hari ni kepala dah mereng tak cukup tidok. haha..

    Selamat Hari Lahir untuk angah dan along (amirul2) Semoga jadi insan cemerlang, anak solleh.. amin!

  10. Assalamu`alaikum kak,
    sebab itulah saya suka sangat dengan blog akak dan secara senyap-senyap menjadi pembaca tetap blog ini. Saya rasa sudah tiba masanya saya menghentikan semua eksperimen dan belajar untuk melupakan semua teori dan panduan yang pernah saya perolehi sepanjang 3 tahun berblog.

    Saya risau bila memikirkan kembali dosa yang telah saya kutip hanya disebabkan ingin melihat blog dan hasil Innity saya bertambah setiap bulan.

    Tiada gunanya traffik mencurah-curah dan hasil Innity beribu-riban sekiranya di alam yang sana nanti diri saya pula yang menanggung azab hasil daripada perbuatan tersebut. Peringatan daripada akak ini sangat terkesan di hati saya.

  11. komen yg ada 78k+, delete lebih 10k+
    komen yg letak icon, yg letak sepatah ‘nice’
    komen yg ada perkataan mencarut dan bahasa tak elok.

  12. kita bukan seghairah orang muda
    ada terdetik kt hati macam2
    takut, risau….sudahlah amalan sendiri pun senipis kulit bawang

  13. apapun semua kena beringat dn bermuhasabah diri setiap masa…kan kak jie…

    Sy suka lepak kat sini kalau free…suka baca entri kak jie yg merapu meraban tu tp penuh pengisian…. 😉

  14. tak boleh nak dibandingkan

    denaihati.com blog popular
    ada kontest hadiah segala bagai

    kujie2.com blog syok sendiri keluarga sendiri ke

    hehe :mrgreen:

  15. Teruskan berblogging kak Kujie.. Rakan-rakan kak Kujie masih lagi ternanti2 penulisan kak Kujie yang mendatang.. Even saya dan isteri pun selalu jadikan Kujie2 ni sebagai pendorong dan contoh terbaik.. 🙂

  16. kalau nak banding, kena banding dgn blogger yg seusia
    kak jie dh lama kumpul entri..hehehe
    itulah ada banyak yg kak jie delete

  17. saya pun risau dengan tulisan saya sendiri di blog saya. samalah macam kerisauan kujie. walau entri tak banyak mana, tapi tetap merisaukan, kan.

  18. Assalamualaikum,
    masih juga boleh terus menulis, walaupun tak nak ada perkara berbangkit di alam sana. Apa salahnya menulis sesuatu yang bermanfaat…manfaat itu sampai juga kepada kita bila “di sana”

  19. Banyaknya yang dah ditaip. Bayangkan menaip sebanyak 2000 artikel, menggunakan mesin taip dulu-dulu, mahu sakit jari-jemari dibuatnya. Keyboard komputer lembut. 🙂

  20. tahniah kak jie dah capai 2000 post…saya nak cuba ikut stail kak jie, tidak menceritakan pasal artis, tapi buat masa ni masih lagi cerita pasal artis…agaknya sebab nak traffic je kot.

Comments are closed.