Hamba Lahirkan Tuan
Anak

Hamba Lahirkan Tuan

Kalau mak tak memekak macam petir, mungkin anak-anak masih bergolek mengadap laptop dalam bilik. Sebenarnya kalau dia orang tak buat , saya boleh  buat sendiri. Bukan perlu sangat kudrat mereka tetapi lebih kepada pendedahan untuk mendapatkan pengalaman atau skil kemahiran hidup sebenar.

Ustazah pernah bercerita mengenai satu hadis yang bermaksud lebih kurang ( saya terlupa secara detailnya ) diakhir zaman nanti, hamba lahirkan tuan. Maksud hadis tersebut yang bermaksud anak yang memperlakukan ibunya seumpama si ibu adalah hambanya.

Gejala ini sudah ternampak , kan di zaman sekarang?

Memanglah mak tak kisah, mak dah faham , mak dah redha. Sebagai seorang hamba, sudah tentu dia tak kisah mengikut arahan tuannya. Ikut saja apa yang tuan dia cakap tanpa ada bantahan.

Mak kita ada bantah ke? Itulah yang dimaksudkan hadis ‘bila hamba melahirkan tuan…’. Tanpa kita sedar, kita lah tuan yang Rasulullah S.A.W  maksudkan.

Dia pakai t-shirt Geng Blogger!

Saya tak tahu masa depan anak-anak saya macam mana . Kita berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah.

Sebelum bertawakal, kenalah usaha dulu. Kenalah latih untuk suruh anak-anak buat itu dan ini. Kalau tak pernah disuruh, menternak lemak sajalah!

 

Akan datang, makbapa sendiri yang mengeluh sebab anak-anak tak mahu buat kerja rumah langsung.  Buat kerja rumah tu bukan untuk kesenangan si ibu tetapi lebih kepada ilmu yang akan digunakan apabila dewasa dan berkeluarga sendiri nanti.

Seseorang yang ringan tulang mudah untuk diterima dalam komuniti .  Disenangi kawan dan saudara mara.

Gunalah masa yang berharga dengan anak-anak. Entah sebulan dua lagi, dia akan sambung belajar jauh dari mata.

Sambil bersila sambil bersihkan celah² batu di taman, sambil bersembang pengalaman 2 tahun dia di asrama. Cerita cikgu, cerita kawan juga cerita masa depan.

“Kat Kedah,  Angah minta roti, dia bagi biskut.” hahahaha…!

 

 

Nota : Maksud hadis

  1. Hamba yang kemudian akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak.  Anak itu adalah tuan kepada ibunya sendiri.
  2. Ada sebahagian ulama yang berpendapat  anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa atau contoh gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

p/s mula2 menaip, saya rancang entri simple gambar anak² saja, tetiba boleh berleter berjela jela

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Hamba Lahirkan Tuan

  1. pernah gak kawan-kawan bergaduh berbalah kerana isu roti = biskut.

    jika kita berikan pendidikan yg baik kepada anak-anak. InsyaAllah. family adalah satu keutamaan

  2. “angah minta roti dapat biskut” 😆
    teringat cerita seorang kawan dari sinar harian kota bharu kelantan.masa kat rumah seorang penduduk di Kedah,tuan rumah jemput minum..”jemput makan roti”.
    dia tertunggu2 & tercari2 mana rotinya.kat depan dia ada biskut ja.sampai tuan rumah hulurkan pinggan tu kat dia baru dia perasan…biskut tu org Kedah panggil roti.

  3. seronok tengok adik beradik bertugas, hati pun senang. saya paling suka tengok macam nih, masing-masing tau tugas sendiri. mak pun senang hati tapi tu la sekarang ramai yang jadikan ibu sendiri sbg hamba. kadang-kadang saya tengok pun geram.

  4. bab menyapu, potong bawang tu nampak remeh
    tapi kalau tak pernah buat, nampak terkial2 nak buat

    kita ckp senang …tapi cuba buat. kena ada skil baru boleh capai piawaian :mrgreen:

  5. kalau topik yg dia cerita tu, kita tunjukkan minat…memang bersembang lama.

    angah mmg boleh sembang mcm2 topik – bab politik bab isu antarabangsa…dia tau

    tu yg seronok 😆

  6. samalah – faham sangat bab anak2 dulu dgn sekarang. beza sgt cara kita membesar dulu2.

    semua kerja rumah kena buat – termasuk jaga adik

    tapi kalau kita tak dpt nak ajar semua, sekurang2 nya kita cuba juga, jangan dibiar langsung.

    bukan utk siapa2…utk dia di masa akan dtg juga

  7. hehehe…dia pusing sampai pokok kunyit pokok pandan, rupanya nak cerita bab taman sekangkang anak kera kak jie yg semak samun tu…hiks!

  8. salam kak jie , kebetulan 2 hari lepas , saya dengan anak2 pergi kutip tanah di bawah flat untuk di tambahkan dalam pasu pokok kunyit dan pandan , itu sahaja pokok yang boleh kami tanam ,

    sebenarnya nak cakap , bestnya kalau saya ada laman macam kak jie , mesti seronok luangkan masa dengan anak2 di taman luas begitu .. 😳

  9. hihihi…

    anak dah naikkan taraf hidup… sbb tu panggil ‘Tuan’…

    kan best jadi ibu yg lahirkan anak-anak yg berjaya… semoga anak jadi org2 yg beriman…

  10. susah nak cakaplah bebudak skrng ni..kita baru je nak bla..bla..bla..diorang dah senyap dalam bilik…selagi kita tak berbunyi,tak dibuatnya….patut le mak saya dulu suka membebel kat saya…haaa..skrng dah melekat kat anak2 pulak..
    hhhmmm…agaknya ikut peel saya dulu kot

  11. mendidik anak dengan cara yg baik dan mesra dgn anak mampu buat anak faham sesuatu dengan lebih jelas dan mengikut kata

  12. bila baca sampai habis, baru saya paham tajuk entri ni..semoga saya dapat mendidik anak saya dengan cara yang betul..takutnya bila ibubapa sendiri dijadikan seperti seorang hamba..

  13. Dulu waktu kecik2 rajin juga…nyapu sampah…basuh baju…lipat kain…..sekarang dah malas….dah ada adik2 yang gantikan tempat…. 😆
    sekarang tak la kekok kalau nak buat kerja2 tu lagi dirumah bujang….

    *basuh baju pakai mesin..sental pakai tangan tengok 😆

  14. Sesekali keluarkan peluh membersihkan halaman memang bagus.. Biasa la tu kak, kadang2 buntu nak menulis entri tapi kalau idea datang mencurah2, panjang la entri hari tu.. Takpe, kami sudi membacanya.. 🙂

  15. jika hamba itu melahirkan anak buat tuannya, tidakkah statusnya dimerdekakan dan diberi taraf kedudukan…gulp…

  16. Untung budak sekarang kena “dera” dalam kawasan rumah jer.Masa saya kecik2 dulu kena tebas rumput dalam kebun Atuk.Masa tu mmg merungut sampai petang.

    Bila difikirkan semula,ada kebaikannya….cuti2 sekolah ni Along ,Angah tolong Mak yer 😆

  17. wah…saya yg pertama ke ni?
    Musim2 cuti ni ramai yg menternak lemak termasuklah saya.kalau bergotong royong sambil bercerita begitu, best jugak. Tmn pun tambah comel…

  18. Biarlah orang muda bercangkung lama-lama mencabut rumput. Kita ini kalau bercangkung lama sedikid ntah boleh bangun atau tidak nanti tidak tahulah. 🙂

Comments are closed.