Beza buah dada lelaki dan perempuan
Peribadi

Beza buah dada lelaki dan perempuan

Jam 9 malam tadi saya dapat panggilan dari encik suami di skype bersamaan 2 petang waktu Setif, Algeria.

Seperti biasa saya tidaklah terkejut walaupun sepatutnya jam 2 petang dia berada di tapak kerana kadang-kadang keadaan cuaca musim sejuk, hujan dan bersalji – kerja-kerja di tapak pembinaan tidak dapat diteruskan.

Saya agak terkejut bila suami beritahu dia baru balik dari hospital kerana terjatuh setinggi lebih kurang 3 meter di tempat pembinaan.   Bukan jatuh dari bangunan – dia kerja juruukur – jatuh dari sloop.

Nak tengok gambar ke?

Gambar seksi lah pula, nampak buah dada…. he he he

 

 

Ada sikit keretakkan di tulang rangka, doktor letak elastik bandage – macam plaster besar.

hahahaha………abang jangan marah tau… walaupun aurat lelaki  antara pusat hingga lutut tapi kalau nampak buah dada lelaki  orang pandang jijik . Nanti macam Faizal Tahir kena banned , abang tak boleh keluar kat blog ni 3 bulan. Tapi kalau perempuan, nampak segala lurah dendam , orang tak bising – ada nilai komersial katanya.

Kes sama macam pegang babi dengan pegang bukan mahram dengan sengaja apalagi bertujuan menaikan syahwat .  Dua-dua tu haram tapi kalau babi boleh di suci, pegang bukan mahram boleh ke suci? Fikir-fikirkan lah…. nampak ganas kan statement ni

 

– saya cari button save snap  kat skype tak jumpa –  print-screen je.

Tangan yang luka  – ini sewaktu dalam kereta untuk ke hospital.

” apasal darah abang lain?”

” kenapa……macam darah Mahsuri ke?”

” tak………macam sirap limau

Dia cakap – tangan tak sakit, luka saja tetapi doktor gadis bujang cun kat hospital beria-ia nak buat x-ray juga… kalau dia nak x-ray seluruh badan abang pun abang rela…. :twisted:

Di Algeria, bukan mudah untuk melihat wanita mereka secara bebas tetapi kata suami di hospital tadi, semua doktor ( doktor pelatih – dia ke Hospital Universiti ) perempuan berwajah Arab + Perancis. Adalah alasan dia nak sakit tiap bulan tu …….. plis plis plis…kamu jagan nakal!

Saya risau sebenarnya bila dia bercerita tentang kemalangan kerana 3 minggu sebelum ke Algeria , dia baru kemalangan hingga hilang ingatan – baca kisahnya di [sini]

Masa dia bertolak ke Algeria pun, keadaan dia belum pulih sepenuhnya- sikapnya tidak seperti biasa. Kami adik beradik di Malaysia bukan risaukan untuk berpisah jauh tetapi lebih risaukan perubahan sikap suami yang lebih pendiam.

Tetapi syukurlah – berkat bersengkang mata tiap hari melayan cerita dalam talian, sikapnya kembali pulih seperti biasa. Beza masa 7 jam menyebabkan saya terpaksa bangun 4-5 pagi untuk berbual dengan suami atau ada ketikanya saya menanti dia balik dari kerja – 12 malam waktu Malaysia semata-mata ingin berbual sehinggalah kadang-kadang mencecah jam 2 pagi.

Suami saya kerja di tapak pembinaan – jadi waktu makan tenghari ( 7-8 malam waktu Malaysia ) dan selepas waktu kerja ( 12 malam waktu Malaysia ) barulah kami dapat beronline. Dia dah 3 bulan berada di Algeria bekerja dengan COJAAL untuk East-West Algeria Highway Construction Project sepanjang 1,216 kilometer.

COJAAL = a joint venture comprising five of Japan’s largest companies: Kajima and Taisei, Japan’s two largest contractors; general contractors Hazama and Nishimatsu; and trading house Itochu.

©Kujie – ada yang suruh buat entri bergambar cerita tentang Algeria – mungkin untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman @ saya jemput suami sebagai penulis jemputan di blog ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

114 thoughts on “Beza buah dada lelaki dan perempuan

  1. minta-minta cepat sembuh.takut ho retak tulang.
    .-= mesticun´s last blog ..Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1 =-.

  2. panjangnya entry ..hehe….romantik betul kakjie ni..haha..
    .-= syin´s last blog ..Tahukah Anda? =-.

Comments are closed.