Beza buah dada lelaki dan perempuan
Peribadi

Beza buah dada lelaki dan perempuan

Jam 9 malam tadi saya dapat panggilan dari encik suami di skype bersamaan 2 petang waktu Setif, Algeria.

Seperti biasa saya tidaklah terkejut walaupun sepatutnya jam 2 petang dia berada di tapak kerana kadang-kadang keadaan cuaca musim sejuk, hujan dan bersalji – kerja-kerja di tapak pembinaan tidak dapat diteruskan.

Saya agak terkejut bila suami beritahu dia baru balik dari hospital kerana terjatuh setinggi lebih kurang 3 meter di tempat pembinaan.   Bukan jatuh dari bangunan – dia kerja juruukur – jatuh dari sloop.

Nak tengok gambar ke?

Gambar seksi lah pula, nampak buah dada…. he he he

 

 

Ada sikit keretakkan di tulang rangka, doktor letak elastik bandage – macam plaster besar.

hahahaha………abang jangan marah tau… walaupun aurat lelaki  antara pusat hingga lutut tapi kalau nampak buah dada lelaki  orang pandang jijik . Nanti macam Faizal Tahir kena banned , abang tak boleh keluar kat blog ni 3 bulan. Tapi kalau perempuan, nampak segala lurah dendam , orang tak bising – ada nilai komersial katanya.

Kes sama macam pegang babi dengan pegang bukan mahram dengan sengaja apalagi bertujuan menaikan syahwat .  Dua-dua tu haram tapi kalau babi boleh di suci, pegang bukan mahram boleh ke suci? Fikir-fikirkan lah…. nampak ganas kan statement ni

 

– saya cari button save snap  kat skype tak jumpa –  print-screen je.

Tangan yang luka  – ini sewaktu dalam kereta untuk ke hospital.

” apasal darah abang lain?”

” kenapa……macam darah Mahsuri ke?”

” tak………macam sirap limau

Dia cakap – tangan tak sakit, luka saja tetapi doktor gadis bujang cun kat hospital beria-ia nak buat x-ray juga… kalau dia nak x-ray seluruh badan abang pun abang rela…. :twisted:

Di Algeria, bukan mudah untuk melihat wanita mereka secara bebas tetapi kata suami di hospital tadi, semua doktor ( doktor pelatih – dia ke Hospital Universiti ) perempuan berwajah Arab + Perancis. Adalah alasan dia nak sakit tiap bulan tu …….. plis plis plis…kamu jagan nakal!

Saya risau sebenarnya bila dia bercerita tentang kemalangan kerana 3 minggu sebelum ke Algeria , dia baru kemalangan hingga hilang ingatan – baca kisahnya di [sini]

Masa dia bertolak ke Algeria pun, keadaan dia belum pulih sepenuhnya- sikapnya tidak seperti biasa. Kami adik beradik di Malaysia bukan risaukan untuk berpisah jauh tetapi lebih risaukan perubahan sikap suami yang lebih pendiam.

Tetapi syukurlah – berkat bersengkang mata tiap hari melayan cerita dalam talian, sikapnya kembali pulih seperti biasa. Beza masa 7 jam menyebabkan saya terpaksa bangun 4-5 pagi untuk berbual dengan suami atau ada ketikanya saya menanti dia balik dari kerja – 12 malam waktu Malaysia semata-mata ingin berbual sehinggalah kadang-kadang mencecah jam 2 pagi.

Suami saya kerja di tapak pembinaan – jadi waktu makan tenghari ( 7-8 malam waktu Malaysia ) dan selepas waktu kerja ( 12 malam waktu Malaysia ) barulah kami dapat beronline. Dia dah 3 bulan berada di Algeria bekerja dengan COJAAL untuk East-West Algeria Highway Construction Project sepanjang 1,216 kilometer.

COJAAL = a joint venture comprising five of Japan’s largest companies: Kajima and Taisei, Japan’s two largest contractors; general contractors Hazama and Nishimatsu; and trading house Itochu.

©Kujie – ada yang suruh buat entri bergambar cerita tentang Algeria – mungkin untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman @ saya jemput suami sebagai penulis jemputan di blog ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

114 thoughts on “Beza buah dada lelaki dan perempuan

    1. @wanmus, kesian cik abang kena jadi model – anak2 kak jie baca – dia org tiap hari baca

      suami kak jie pun baca……..hehehe 😆

    1. @yanmie, kalau letak gambar yg tak disensor – lagi seronok kot..hehe

      semlm dah sembang2 – harap2 dah ok lah

  1. Retak tulang tetap berbahaya.tapi nasib baik tak patah.mungkin tak bergerak
    atau tersentuh bahagian retak kuat-kuat.

    Jururawat tu kita kena berhati-hati 😈 mana nak tahu ada udang disebalik kayu-kayan.
    .-= safar´s last blog ..Peraduan pengesahan pengalaman paypal 2010 =-.

  2. 3 meter… tinggi jugak tu. alhamdullilah tak teruk sangat. Tp still ngeri tengok darah…
    .-= Ismail N´s last blog ..Baby Roq Now One Year-Old… =-.

  3. fiuuhh, sy takbleyh tgk drh camni dpn mata, seriau hoho. 😆 ape pun semoga, suami kak jie cepat sembuh 😉
    .-= naz´s last blog ..Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging =-.

  4. tajuk entri mengkonpiuskan…hehe…

    konpem risau giler kan…dah la suami jauh di mata…haiissshhhhh….

    1. @norsaritanaini, ramai yg cakap tajuk kompius
      ramai yg tak dpt tangkap beza buah dada lelaki dan perempuan yang di maksudkan bila membabitkan Faizah Tahir

      yang tersirat dari yang tersurat 😆

      1. @Kujie, hahahahaha…sbb dah terbiasa sgt didedahkan dgn buah dada perempuan zaman sekarang…baju2 sekarang ni, Nauzubillah…

      2. @Kujie, faizah tahir ke faizal tahir kak ?, lelaki bukan buah dada kat,tapi lelaki lebih elok digelar pelada,eh pelada kan buah jugak …hentam je lah heheh
        .-= ishak´s last blog ..Banner kedua geng blogger =-.

  5. Syukurlah tak teruk tu…

    Nanti bolehlah cerita pasal algeria tu. Tie nak tahu gak!
    .-= Tie´s last blog ..Lipstick Tree =-.

    1. @Tie, ada banyak gambar Tie, gambar anak2 sekolah kt sana – uniform sekolah, gambar tumah tradisi, makanan tradisi… 😆

  6. waaaaaaaaah~! seksinye.. seb baik takde pape kan.. tapi statement

    “Kes sama macam pegang babi dengan pegang bukan mahram dengan sengaja apalagi bertujuan menaikan syahwat . Dua-dua tu haram tapi kalau babi boleh di suci, pegang bukan mahram boleh ke suci?”

    tu cam pernah dengar la.. hohohoho..
    .-= nikillas´s last blog ..iPod Shuffle 3rd Generation =-.

  7. i never believe in fairy tale until i read this post…
    so roman la u 2..
    huhu,…
    .-= Azah´s last blog ..Mama Pesan =-.

    1. @Azah, tiap org berbeza menyulam cinta
      ada yg perlu dicanang serata dunia dlm setiap entri
      seolah2 perlu untuk menyatakan supaya hati boleh dipercayai
      ada yg berkias – hanya sebaris
      tapi mendalam maksud dan memenuhi semua 😆

  8. tajuk entri yang menarik. semoga husband kak jie cepat sebuh ya~ 😮
    .-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.

  9. pehh… title mengujakan.. hahaha..

    err.. husband kak jie duk kat algeria brp lama erk? sampai siap highway tu ke? 🙄

    1. @~mrs azmi~, itulah…. pagi tadi ( kita dah 2 ptg ) sms dia

      katanya sakit gak masa gerak2 kat rusuk kiri
      tak boleh tarif nafas dalam2

      risau tau….

  10. aduhaiii.. berdebar2 pula rasanya bia disebut jatuh dan dijatuhkan. huhuhu

    buah dada lelaki dan perempuan memang ada bezanya..
    satu dilihat dgn rasa agak jijik
    satu lagi dilihat dgn rasa berahi..hingga menjilat jari gitew.. Kata mat saleh, “finger lickn’ good” hehehhe

    moga2 en. hubby itew cepat sembuh.. huhuhu
    meow… gitew. heheheh
    .-= maza´s last blog ..Selamat Jalan! (EL250) =-.

    1. @maza,

      Errk !! Apalah pokcik ni !! Naik loya bila baca…. yek yek !! 😆
      .-= Tie´s last blog ..Lipstick Tree =-.

  11. alhamdulillah.. setidak-tidaknya tidaklah memudaratkan diri. Syukur segalanya selamat.
    .-= Ikhtiar2u´s last blog ..IPT Islam Tidak Semestinya Kursus Agama =-.

  12. Fuh tajuk.. nanti mesti ada org google huhuhu… Sabar lah kak jie.. nanti husband kak jie insyaAllah akan sembuh.. alo lo comey jer kak jie merindu 🙂
    .-= yati´s last blog ..selamat pagi keindahan selamat tinggal kenangan =-.

  13. 😳 hehe tajuk entri bukan main lg yer.. seronok singgah kt blog kak jie ni..
    .-= tpinky´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

      1. @Kujie, ye ker.. tp sy pndatang baru dlm dunia blog ni kak.. sllu sggah kt sini.. belajar2 mana yg patut.. SEO tu apa kak heheheh
        .-= tpinky´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  14. Sabar ye kak kujie. nanti suami balik boleh lepas rindu puas puas. haha
    .-= Fahmishah´s last blog ..Hugo Element Sample, Anywhere In Your Element =-.

  15. tajuk entry jek dah seksi… apatah lagi gambar! hehehe 😆
    sabar yek kak jie… hanya isteri yang jarak jauh seperti kak jie je yang paham bagaimana menahan perasaan dan kerisauan. tabah yek kak jie 😉

    1. @mrs sufian, tak perlu bagitahu beza – semua org dah tau

      betullah tu – risau sbb kita tak tahu keadaan mcm mana – lagi2 bab jatuh ni
      sakit bukan masa tu – esok2 bangun pagi barulah rasa

  16. Salam kak jie..
    Bykkan bersabar ye kak jie..Kelakar lak tgk tajuk entri kak jie kali nie..erm,kakjie borak ari2 gune skype ke ek?
    .-= oh!dawie´s last blog ..Happy New Year 2010 =-.

    1. @oh!dawie, tajuk tu bukan saja2 tapi mmg ade sangkut dgn isi – he he he…

      kak jie guna skype – tapi kalau nak share gambar guna YM

      1. Kalau borak gune skype,xsangkut2 ke kak jie?penah gk try sblom nie..cm tersekat2 jer..
        .-= oh!dawie´s last blog ..Happy New Year 2010 =-.

        1. @oh!dawie, bergantung dng kelajuan internet semua benda ni… lebih selasa guna skype dr YM, kadang2 kalau adik beradik lain ada kt YM, kami berconference kt YM juga 😆

          1. ooo..rasenye 1 mbps dah laju kn kak jie?kalau guna webcam xdelay ke ek?
            .-= oh!dawie´s last blog ..Happy New Year 2010 =-.

  17. salam kak jie,

    lama sungguh x msk blog kak jie ni…first of all, salam awal muharam n hepi new yr!
    alololo…baca title sungguh memberangsangkan..kehkehkehkeh…semoga suami kak jie cepat sembuh ye…ayat xleh tahan..darah mcm sirap limau..hiks..gurau dlm kerisauan ye kak jie.
    .-= Kim´s last blog ..2010 indeed!! =-.

    1. @Kim, sesekali bertandang bertanya khabar, tak pe…. jgn lupa terus 😆

      kak jie pun dah buka sekolah ni, kurang masa utk berfoye-foye kat cyber lagi.

      tapi mmg darah dia kaler lain – mgkn cuaca sejuk kor

  18. Kagum dengan tajuk entry ni, tenguk tenguk muncul muka abang… :mrgreen:

    Harap abang kak jie cepat sembuh, dah macam tu pun masih semangat nak kerja sambil takmo mc, salute betul laa. Masih tersengih sebab takmo kak jie risau. Kak Jie jangan sedey2 tau, kena ingatkan ni, nanti gembeng kucing parsi lagi 😉
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Selamat Malam…. =-.

    1. @iza~de~bintang, itulah – dia tak nak MC, masa dok sembang2 tu dia boleh lagi dok menyebut – patut masa ni kat tempat keje ni 😯

      Sikap asal dia mmg mcm tu Iza – nak lawak je sbb tu masa dia jatuh motor tu perubahan ketara sgt, ramai yg susah hati

      mana de nangis….. 😥

  19. Sabar ye kak Jie, jgn
    susah hati byk sgt.
    Nanti asben kak Jie
    sembuh laa tuh.
    .-= Eriyza´s last blog ..Membuat Baca Selanjutnya Versi Blogspot =-.

  20. Mesti macam2 perasaan gelisah di dalam hati bila dapat tahu suami sendiri kemalangan. Tetapi, walauapapun kita doakan semoga suami kak jie selamat pulang ke tanah air.
    .-= CypherHackz´s last blog ..Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah =-.

  21. pasti ada suatu perasaan yang sukar digambarkan dari seorang isteri. yang pasti bukan saya yang dapat rasa sebab saya bertitle suami (ha3).

    sabarlah kak, bila dah berjauhan ni perlu banyak bersabar. kadang2 buatkan hati lebuh cepat tersentuh.

    tapi yang saya lebih jeles adalah tajuk yang menangkap pembaca dan kandungan yang penuh dengan keyword!
    .-= megat´s last blog ..Oh! Anak Aku Ke Sekolah!? =-.

    1. @megat, kalau depan mata – boleh juga kita tengok2
      ini .. ribu-ribu kilometer 😐
      lagi pula- dia baru je jatuh motor

      tapi dia memang semula jadi….wat lawak je lagi

      tajuk tu ada kaintan juga – isu semasa – lelaki bersinglet ramai yg mencemuh
      tapi perempuan nampak segala lurah dendam – boleh pula terima

    1. @beliamuda, risau juga kalau bab jatuh2 ni..dia tak sakan masa tu
      esok pagi bangun tidur- merasalah badan sakit2

      1. @Kujie, ngeri. ngeri dengan tajuk and keywords. haha. keciannye… kat kaki2 hamsap… dok google baik punye barang siap wat (SafeSearch Filtering: Do not filter my search results). tp jumpa artikel nie. hik hik hik. 😆
        .-= Sweet Thinker´s last blog ..Si Cantik Ainul Mardhiah Dambaan Gua =-.

        1. @Sweet Thinker, salah satu pengajaran – mengajar mereka bezakan benda yang salah – banyak pandangan yang salah perlu dibetulkan.

          walau pun SEO nampak lucah , ambil kesempatan tetapi bila sampai kat sini, dia akan baca sesuatu yang kak jie harap dapat memembusi hati suci mereka…hahahaha

          masalahnya ramai yg buat keyword ganas utk SEO tapi isi dia kosong – 😆

            1. @Sweet Extremist Thinker, itulah beza main SEO Kak Jie dgn orang yang semata-mata nak dapatkan trafik.

              2 i 1 – dapatkan trafik tetapi dalam masa yang sama selitkan juga sikit-sikit pengajaran/ peringatan .

              erk… pagi2 dah sarapan cili padi -sapa suruh…hehehe..nak sirap limau? 😆

          1. @Kujie, Wah.. kak jie dah jadi pakar SEO yang beretika.. heh
            .-= nuaeman´s last blog ..Benarkah Blogadvertisingstore tidak membayar bloggers? =-.

    1. @khairul azri, alhamdullah – cuma risau seorang isteri
      suami jauh – sakit sikit pun bukan depan mata
      buat lawak sesama sendir just nak control perasaan masing2

      1. @Kujie, itu semua dugaanya…..(lagu hujan)
        .-= ishak´s last blog ..Banner kedua geng blogger =-.

      2. @Kujie, tumpang komen kat sini. kat bawah tuh sayup sangat la
        kak jie. hehehe..

        tapi kan.. ngeri tengok tangan retak keluar darah.
        harap cepat la recover kan. yang bab sensored tuh
        memang tak bleh tahan.. hahaha… kalau aku,
        segan giler half naked even sensored macam tuh.
        no no no~ hehehe tak kuasernye tayang body.
        cik adik sorang tengok udah le. kang ramai plak
        yang tergoda 😛

        1. @Kreuger, betul tuh..bab sensored tuh mmg takleh hingat punyerla.. :mrgreen:

          Harap Kak Jie & famili hepi sokmo..

          p/s: Banyak betul komen, berpeluh nak sampai paling bawah..hehehe 🙄
          .-= hafizmd´s last blog ..Penangan Tahun Baru =-.

Comments are closed.