Zaman kanak- kanak saya dulu, rumah orang kaya saja ada TV. Itu pun hitam putih jenis sliding berkaki kayu . Bukan ada elektrik, guna generator.
Hari Jumaat malam sabtu kami beramai-ramai satu kampung tengok cerita melayu. Kalau cerita hantu , perjalanan balik tu lebih mendebarkan. Pokok bergoyang pun dah ada yang memecut macam Mumtaz Jaafar.
Kalau show international tengok Donny and Marie Osmond. Alahai tengok orang putih menari-nari dan menyanyi sambil main kasut roda kat salji. Satu lagi yang saya ingat watak Maya dalam Space 1999 yang bulu kening berbintik-bintik. Masa tu tak terbayangkan tahun 1999 bila masanya .
Tengok Hawaii Five-O lagi best dari CSI sebab jalan penyiasatan lebih real dan mudah diproses oleh otak tanpa akronim yang ganjil. Tipu sikit².
Selebriti TV masa tu Taufik Latif host Bintang RTM , popular macam Aznil Nawawi dengan Akademi Fantasia. Lagu wajib popular Bintang RTM, Tudung Periuk….♫ pandai menari….♪ menarilah lah lagu ♪ menari lagu putera mahkota♫ hai tudung periuk……♫ tudunglah periuk hai pandailah menari ♫
Pembaca berita pula Wan Chik Daud, Constance Haslam atau Harjit.S.Hullon. Salah seorang pembaca berita lelaki TV hitam putih sekarang adalah jiran sebelah rumah saya. Dia dah colourful, bukan hitam putih lagi!
Banyak kenangan, kan? Dah..dah…….. pi tidoQ
©kujie – entri maksud tersurat – TV kat rumah saya dah 2-3 bulan keluar warna belang merah, biru dan hijau di bahagian atas skrin!
umah saya masih ada fesyen alas berkait….mak bagi dulu…
masih teringat tv kat umah nenek
masih ada lagi sampai sekarang..
aku panggil “tv ada pintu”
besar tapi skrin tidak ler besar mana..
p.s. peminat kak wan chik daud.. hu3
family saya pun pernah ada tv jenis ni. tu adalah tv pertama yg dibeli oleh ayah saya
Hmm… kenangan ni…
Hari biasa TV mula siaran pukul 5 petang. Pukul 4.30 kena on siap2 nak tunggu valve dia panas. TV sekarang guna IC, takyah tunggu2 dah. Instant start.
Hari Sabtu/Ahad mula siaran pukul 3 petang. (betul ke?)
Nak tukar channel kena pusing tombol “tek,tek,tek” bunyi dia.
TV ada dua saluran saja. Semua RTM punya.
Brand paling top National. (ingat lagi Telefunken?)
Kalau nak tengok warna-warni, ada jual plastik belang warna hijau biru dan merah macam filter kat depan crt monitor pc tu.
Lesen TV, 25 ringgit setahun (masa tu lambang $ bukan RM)
Agaknya la, kalau masa tu bagitau kat orang, subuh2 dah boleh tgk TV mcm sekarang ni, boleh kena tuduh sewel ke apa?
eh akak sempat ek rasa tv hitam putih???woooo stylo woo. hehehehe!!!! skrng ni rumah papan pun, tv takmo kalah. flat screen uolsss -..-
ha ah.. betol tu.. compare dgn CSI, kadang2 CSI tu mcm tak logik.. buat pening kepala je..
TV hitam putih, sliding berkaki kayu masih ada satu kat rumah mak di kampung.. tapi masa beli tu.. orang lain dahpun ade TV kaler
zaman saya rasanya dah ada tv colour ni…cuma bezanya dulu tak ada remote control. volume control jenis sliding. hehehe…jenama national. pergh! tv dulu2 berkualiti itnggi.20 tahun pon masih tahan. masih ingat waktu kecik2 dulu, tengah tengok tv, kartun doremon, tiba-tiba screen jadi gelap. ketuk2 sikit, ada balik. lama2 ketuk2 pon gambar tak kuar-kuar gak. hehehe
asyik duduk ngadap flat screen je ngape tak membuncitnya perut wahahaha
Salam kak jie, cerita pasal tv kayu ni mmg byk bagi kesan kat saya. Kesan yang paling kuat adalah parut di kepala sebab lompat tangga terus tanduk bucu tv. TV kayu ni kan tajam bucunya. Dah berlekuk sampai skang!
atuk saya masih simpan tv kaki kayu. maybe ada kenangan disebaliknya
sesuai betul pendapat en aimannajmy dengan gambar kat atas tu.hehehe
dulu nak tekan channel kena bangkit pi kat TV..skang ni men remote control je..sebab orang jadi gemok pemalas nak guna tenaga hehe
tak de sapa pun tegur pasal gambar tu….sebab masing2 kena kat batang hidung sendiri 😆
saya tingkatan 4 baru mak dpt beli tv, masa tu dah warna warni, dapat yg 14 inci pun dah rasa happy, masa tu mmg seronok tgk tv
p/s: gambar kat atas tu betul2 menusuk kalbu
dah sampai masa juga tv tu kakjie….
kena beli yg baru lebih jimat..
sekarang tv HDD dgn Full LED pun dah murah..
hehehe
psst: skrg ni jarang yg amat maza menonton tv, kasik kat atuk2 kat budak2 tu aje melayan cerita drama kegemaran dia org. si Capik, Roda2 Kuala Lumpur…. aderkkkk!!!
happy benar bila bapa kitaorang balik bawa tv..yahooo! happy setinggi gunung kinabalu…berebut2 kitaorang adik-beradik nak tengok…bergaduh bertumbuk gara2 tv je.. masing-masing nak duk depan tv..tu yang bergaduh tu…
hahahaha 😆
dulu masa kecik kat umah takda tv..so..malam2 merayap p umah jiran..betul lah kata kak jie tv dulu lain dari tv skg..banyak canggih..tapi yang tak syoknya tengah2 kitaorang tengok tv..mak panggil suruh balik…berkali2 jugalah mak panggil kitaorang buat acuh tak acuh…terkenang zaman dulu kala… 😆
Salah seorang yang selalu ada dalam tv hitam putih dulu ( lelaki, melayu ) jiran sebelah rumah ….kalau nak jumpa, mailah sini!
hahaha 😆
Saya berpeluang merasai pengalaman menonton tv hitam-putih berkabinet. Bila TV rosak, abah bukak belakang kabinet tv. Saya dok pusing2 cari orang yang hari-hari dok baca berita dalam TV tu… tapi tak jumpa. Hehehe..
cantik kan…. atas tu tutup dgn benang berkait..cantik, klasik….skrg ni dah tak jumpa org hias2 rumah alas dgn fesyen kain mengait ni 😆
kalau dah ada tv3 tu dah zaman warna warni….
Kak Jie ada tv sharp tahun 1990 elok je
ada tv sony tahun 1998, pun elok sgt2 lagi
tv kt ruang tahu skrg ni tahun 1997 kot…dah rosak tu..belang2 warna merah, biru hijau dah keluar 😐
korang generasi warna warni….tgok tv pun kat komputer, kat handphone 😆
Klasik sungguh,kan tv kita dulu dulu…zaman dinosour tu
TV kak jie sekarang ni pun…dah keluar belang2 warna kat skrin…adik ipar ketuk2 kat tepi tu
adeih…orang nak pakai sebulan dua lagi. 😆
Dulu time berita ada dua biji jam bulat – satu waktu semenanjung, satu waktu sabah dan sarawak yg berbeza setengah jam.
😆 😆
sekarang ni tengok kat AXN….seronok sangat walau nampak klasik tapi cara penyiasatan sgt ‘manusia’ bukan robot 😉
Tv dulu barang mewah….bukan senang nak dapat
sekarang ni TV pakai buang 😆
Salam kak jie..haha teringat TV kami dulu2, kalau nak cari siaran kena pusing tombol dia, satu lagi kan butang siaran dia semua no hilang sudah, mana tak nya, makan kuaci lepas tu nak tukar siaran pi tekan kat punat dia (tak de remote lagi, TV hitam puteh).Satu hal lagi, tv dulu tu, masa bukak gambar dia jadi kecikkk…lepas 20 minit baru lebar..ada masa kena tendang sikit kat belah tepi dia, baru gambar jadi besar..dah lahh tu, jiran2 semua dtg tengok ala2 panggung mini…
ye ye …dulu radio & tv kena ada lesen. Ingat lagi ada pegawai datang check kat rumah.
betul…. betul… betul…
dulu cerita agak real dan boleh diterima akal , sekarang banyak sgt teknik dan teknologi sampai dah tak cantik 😆
hahaha…. jadi kaki internet lagi bahaya..dulu tengok tv secara terbuka yang ditapis…kalau internet – kena ada daya tahan yang cukup kuat 😆
warna warni pula tu…hehe
budak zaman skarang gak la yang untung.. celik jer mata nampak dunia dah boleh tengok tv.. 💡
Dulu, saya suka tengok TV sampai kena marah dengan mak ayah. Sekarang, saya dah tak lagi selalu tengok TV sebab saya lagi suka melayan internet. Mak ayah saya mesti suka akan perubahan saya ni sebab dah tak jadi hantu TV. Agaknyalah kan.
😉
Dulu rancangan tak banyak, tapi berkualiti. 🙂
Agak lama juga saya merasa menonton hitam putih yang pada ketika itu memerlukan lesen. Apabila sudah ada adik baru dapat TV warna alasan beli kerana saya dapat report card keputusan semuanya biru tidak ada merah, alasan sebenarnya memang ada perancangan hendak tukar TV hitam putih kepada TV warna
kak jie..saya tak pernah pun tengok tv dulu² ni secara live..
Setakat tengok kat tv je..sedihhhh 😥
TV Saya bru jer tukar setelah TV lama yang dah berkhidmat 5 tahun tiba-tiba meletup…. 😀 😀 😀
dulu tgk tv minat sgt majalah 3, lepas tu tv kene kilat, habis bertahun2 xde tv. mmg abah x beli tv sebab xde duit, dan dia berpekin untuk bg anak2 skolah.
bila baca entri ni,teringat tv lama arwah atok nenek dulu punya..mmg siap dalam kotak kayu..boleh main tutup bukak..unik unik..;p
Hawaii Five-O best..
tv kat rumah rosak masa darjah 2..masa tu tengah tgk kickers..hehe..sampai ke ting 2 baru ada tv balik..