Makcik Pun Nak Apple ipad 2 Malaysia
Pengetahuan Am

Makcik Pun Nak Apple ipad 2 Malaysia

Ramai blogger ‘geek’ bercerita mengenai Apple ipad 2 . Lagi hebat ada blogger Malaysia yang bermurah hati menganjurkan contest dengan hadiah utama Apple ipad 2. Klik untuk mengetahui syarat dan peraturannya > Apple ipad 2 Malaysia untuk dimenangi.

Apple has sent out press invites confirming that the new iPad 2 will be revealed on 2 March – www.techradar.com

Saya wakil  blogger makcik ‘geek’ pun cubalah kecoh sana sini mencari info mengenai Apple ipad 2.  Saya tak pernah ada gadget canggih cap Apple ni, yang ada cap Ayam je.   Selalu tengok ipod adik ipar yang selalu bertandang. Gebu dan mulus chasing putihnya.

Teringin?

Saya masih bernafsu , ok. Sudah semestinya. Tetapi ….  tapi… bab tetapi tu yang boleh mencipta 1001 alasan.

Korang teringin tak untuk memiliki Apple ipad2 secara PERCUMA?

Pemilik blog Hidup Untuk Memberi telah menganjurkan contest dengan hadiah mewah ini:

Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.
Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.
Hadiah Saguhati : 3 x RM100

Hadiah atas tajaan  Smartgold.biz dan Ray Ban Malaysia

Berminat untuk dapatkan hadiah mewah ini?  Join contest Denaihati Apple ipad2 Malaysia untuk teman setianya.

Harga ipad di Malaysia

16GB + Wifi 32GB + Wifi 64GB + Wifi
RM 1,549 RM 1849 RM 2149
16GB + Wifi +3G 32GB + Wifi + 3G 64GB + Wifi + 3G
RM 1,999 RM 2299 RM 2599

sumber : http://store.apple.com/my

Edit :

Ramai pula yang pelik – macam nampak kucing bertanduk bila saya join contest ini … hehehe.

Sebenarnya pada tahun 2009 saya pernah memenangi Pemenang untuk top 8 ranking dengan keywords Weblog Popular 1Malaysia di sini ( Weblog Pupular 1Malaysia dan Pememangnya )

Selepas tu ada beberapa contest lain saya tak join , bagi keselesaan kepada kawan² yang lain.  Kali ini saya join untuk memberi sokongan kepada denaihati.com yang menjadi  antara 10 top referrer kepada  kujie2.com

©kujie – ipod dengan ipad pun masih keliru…apelah Makcik Jie ni, tak geek langsung!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Makcik Pun Nak Apple ipad 2 Malaysia

  1. Woahhhhhhh hadiah best! Agak-agak Zida bleh join tak? teringin gak ada ipad segala ni. huhu

  2. takyah cakap ipad 1 ke, 2 ke, 3 ke, iphone pun tak penah khatam lagi hahaa T_____T mmg dalam gua sungguh :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari yonna ..GegelungMy Profile

  3. 😆 hahaha… Pakcik nak tergelak la tu.

    makcik ‘geek’. Rasa macam lepas ni nak tukar username jadi pakcik zul pulak… tapi tak ‘geek’ la. 😎

    Tentang contest tu, huu… pegi jenguk la nak tengok apa syarat2 dia.
    Depa semua guna istilah tinggi2.
    Tak paham apa satu pun.
    PR3 above? Bounce rate? Referrer ? Alahai…(garu2 uban)
    Duk diam2 dulu la, ngadap desktop pentium 3 ni. 😆
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..SLOW SesungguhnyaMy Profile

  4. wah…menarik menarik…macam nak je…

    p.s. kak jie…tgh setting rumah baru ni…tgh kelam kabut lagi… nanti nak tanya memacam nanti ye… 🙂

  5. Salam Kak Jie.

    Ini ikan sardin datang menyinggah.. Hehe :mrgreen: Wah blog Kak Jie, putih menciutkan, memang kena lah dengan Ipad 2. Sinonim dengan Pokchik Steve Jobs. Moga Kak Jie menang, InsyaALLAH,

    Kalau menang , apa lagi, boleh tayang kat sini :mrgreen:

    Selamat Hari Isnin

  6. Untuk teman-teman peminat setia kujie2.com adalah dimaklumkan bahawa walaupun blog anda bawah PR3 masih ada hadiah saguhati tapi paling best kalau bernasib baik blog anda akan tersenarai top 10 google.com.my jika guna keywords “iPad 2 Malaysia” mungkin juga bagi rezeki trafik almaklumlah demam iPad 2 baru bermula.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Bounce Rate 6455 Blog andaMy Profile

Comments are closed.