Hampir sebulan Encik Pajero tersadai di bawah pokok ceri tak boleh nak hidupkan engin. Saya bercadang nak masukkan dalam garaj – kesian dia , hari-hari ditaburi daun kering dan bertempek tahi burung.
Saya dah cuba nak guna jumper cable tapi kudrat tak cukup power nak buka penyepit.
Petang Ahad adik ipar saya datang, saya minta dia tolong. Sekali cuba je dah boleh hidup. Lega, maksudnya tak adalah major problem. Pada tanggapan saya masalah bateri saja.
Sebelum masuk dalam garaj, saya cadang nak bawa Encik Pajero pusing² taman – baru gerak 50 meter saya tekan brek terus mati!
Betul² di tengah simpang.
Kemudian jiran tepi keluar, jiran depan keluar, jiran jauh pun datang – dengan isteri masing².
Sementara para suami mengodek kereta, isteri² bergossip bertanya khabar.
Jadi perhimpunan jiran tetangga di petang hari minggu. Yang lalu lalang berhenti menoleh. Tool box pun dibawa sekali.
Akhirnya masalah pun dapat dikenal puncanya. Bukan masalah bateri tetapi ‘tali pinggang’ yang dah putus terbelit² dalam.
Katanya, kalau bateri, sekali dah hidup dah tak ada masalah lagi.
Untuk sementara dipasang juga supaya kereta dapat hidupm dapat gerak balik ke rumah dan cukup untuk saya bawa ke workshop nanti.
Petang esoknya saya selamat memandu 3.5KM bawa kereta ke workshop tukar fan belt baru dengan kos RM29.00 ( termasuk upah RM10.00)
Malamnya Along call ” mama, kereta rosak ke semalam?”
“Mana tau…?”
“Semalam kawan Along telefon cakap dia nampak kereta kita rosak kat simpang”
Bukan saja jiran² yang prihatin , malah kawan² anak saya pun ambil tahu. Bangga dengan anak muda seperti ini.
Jiran saya yang baiki kereta semalam tu memang kawan baik suami. Pernah suami SMS dia minta tolong tengokkan paip air di rumah kami yang disyaki bocor .
Masa tu juga dia call suami di Algeria. Saya pun tak pernah buat panggilan telefon ke Algeria… kami hanya bersembang melalui YM Video Call saja ( tapi sekarang, dah hampir seminggu tak bertemu ditalian, internet di sana ada masalah)
Kalau setakat jiran tolong potong pokok bunga kertas sebatang tu bukan isu besar le kan….kan.. tak perlulah nak kesian sebab malas. Persekitaran kejiranan kami memang mempunyai hubungan yang akrab. Tolong menolong amalan mulia. Ibadat bukan semata-mata sembahyang, puasa, zakat atau haji sahaja.
Gambar ikhsan Yuana ( biras )
©kujie – ada yang tanya kenapa kereta saya rosak dalam entri Masin Mulut….sebab tu yg keluarkan cerita lengkap ni.
silap saya, mana kenai benda2 tu..hehe
semlm cik abg tu baru dpt online, dia baca entri ni dia betulkan
sy edit je..tak perasan pun bapa punya pomen datang..haha
Oww… MAAFKAN saya ya, Encik Arol…
Saya yg terlambat baca rupanya. 😳
Terima Kasih,Kujie. Tolong bagitau. 💡
mula mula saya memang tulis timing belt…hehe
dia tak silap, sy yg silap
lepas tu semalam cik abang baca entri ni dia betulkan
kehkeh…saya mana le tau ape benda.tau bawa je 😆
Bang, tu bukan timing belt tapi fan belt/alternator belt.
Kalau timing belt yang putus, dah kong enjin Pajero tu.
selalunya mereka yg boleh jadi jiran yg berkualiti bila kebykan mereka terdiri dr surirmh ataupun punya masa yg banyak di rmh.
bagi saya yg bekerja shift, masih ada had utk berjiran.
apa2pun mmg best bila jiran2 dan kita saling kenal mengenali.
bagusnya jiran-jirang nih. hehe..
Apa yang penting kerjasama 🙂 Kalau rosak ditengah-tengah simpang akan menganggu lalulintas nanti
encik pajero saja bagi peluang bermesra dgn jiran2..
Rasanya kat malaysia ni ramai yang ringan tulang, yang berat tulang tu ada jugak tapi hanya segelintir je…
jiran dua2 belah rumah saya cina, 😉
eh tukar timing belt kos nya RM29 jeke? lain tak rosak ke
biasanya kalau timing belt putus, problem lain banyak
Bahagia dan aman damai hidup ada jiran-jiran yang baik hati, dan prihatin. 🙂 Susah nak cari sekarang ni
bestkan tinggal dikejiranan yang masih mengekalkan tradisi mengambil berat jiran-jirannya..
murahnya kos ganti baru timing belt pajero…
Assalamualaikum,
Meriahnya jiran tetangga macam tu. Dulu-dulu saya pun ramah tamah juga dengan jiran tetangga, ada 2-3 peristiwa buatkan saya perlu hadkan keramahan dengan jiran-jiran. Cuba elakkan musibah. Apapun, tabik spring dengan jiran2 kak Jie…memang seronok kalau tinggal di kawasan macam tu
kalo semua rakyat Malaysia prihatin antara satu sama lain kan best..aman dunia ni…
hidup bermasyarakat kena saling bantu membantu..prihatin di antara satu sama lain..
yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing… 😀
itulah dia…untung hidup berjiran kan..
susah senang ada yang boleh menghulurkan bantuan sedaya mampu
Bagus la, masih ada jiran-jiran prihatin camni..
Selalunya bawak hal masing-masing je..
kawan yg komen negatif tu mungkin ada jiran yg tak semesra ni tu yg buat komen merepek. Tu orang tua kata tak kenal mata tak cinta
Seronok kalau ada jiran-jiran yang sebegitu kan? Sesetengah tempat tu, ada yang tak ambik kisah pun dengan hal sekeliling, masing-masing buat hal sendiri je…
rindu dengan suasana perjiranan yang macam ni..kat sini tak de la camtu..unless balik kampung..boleh sapa menyapa 😉
Untungla kak jie duduk kat kejiranan tu. Skrg ni dah susah nak cari org yg kita kenal jiran2.
Kira A la kalau dapat jiran camtu… jiran aku pun kira ok la..
kita kalau baik n ramah ngan orang lain, orang lain akan bersikap sama seperti kita…. kalau buat sombong, buat derk macam badak susah la sikit….
tu dia aih!! besaq gedabak haaa kereta kak jie…. ish ish ish….kereta saya kecikkkk ja. hehe
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing…
nasib jiran akak dari kg orang asli sebelah tu pun tak datang tolong, kalau tak dia orang angkat je pajero tu.hehe… 🙂
lagi bagus jika dalam neighborhood tu ade semua jenis pekerjaan senang cite..ade doc, ade engineer hehehe…tlg menolong xyah kuar duit
Baguslah kan ade kejiranan macam ni! berebut yang datang nak repair kete. Time kita susah ade orang tolong, nanti time org lain susah kita pulak boleh tolong balik.
wahhh, memang sepakat dan berkat….! itu bukan takat jiran, itu kejiranan sebenarnya.
untung kak jie…
dah lar ddk dgn jiran-jiran yang baik..
dapat lagi keta baru ..
dah ke mana aja keta baru kak jie?
alhamdulillah dapat kejiranan yang prihatin. zaman sekarang ni susah nak tgk jiran yang prohatin. masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Wahhhh..untung kak jie dapat jiran² yang prihatin..
Bukan sorand dua yang datang menolong tu..
Ramaiiii
Best kalo dapat jiran yang memahami isi hati kita… TAPI ada gak jiran yang tak memahami langsung huhu 🙁 terutamanya dari…err taknak cakaplah
Inilah yang orang kata Jiran epakat membawa berkat…. 😉
hidup dalam masyarakt yang tolong menolong ni seronok, kat taman sy ni bulan lepas ada jiran buat kerja kahwin, kami sama2 gotong royong, memang seronok dpt kenal jiran2
psst: tak der ke kuih2 dihidangkan sama ke?
hehehehhe
Beruntungnya kak Jie dapat jiran yang prihatin. Saya pula masih dalam proses berkenalan dengan jiran. Walhal dah 2 tahun pindah sini… 🙂
best kalau ada jiran2 yang prihatin 🙂