Tempat sesuai bawa anak-anak bercuti
Percutian

Tempat sesuai bawa anak-anak bercuti

Senarai tempat lain yang menarik untuk dilawati – klik sini Tempat Menarik Untuk Dilawati

 

Musim cuti sekolah dan biasanya anak-anak saudara saya datang ber’summer camp’. menghabiskan cuti seminggu dua di rumah saya. Mereka tiada masalah kerana mereka boleh memancing, mandi air terjun , main ps2 sampai lebam atau paling mudah terjun kolam sampai kecut.

Jumaat petang , 2 orang anak saudara saya dah sampai dari Meru, Klang. Syasya dan Aqmal. Aqmal habiskan zaman kanak-kanak sebelum pulang semula untuk bersunat pada hujung minggu depan. Seminggu kemudian bilik saya sudah ditempah oleh Iwan, anak saudara saya dari Kuala Selangor dan Insya Allah hari Khamis nanti emak, adik ipar juga anak-anak saudara saya dari Kedah pula akan datang.

Meriahnya!

Kebiasaanya saya akan bawa mereka keluar ke tempat-tempat menarik yang terdekat. Sebenarnya ada banyak pilihan untuk dilawati dalam sehari di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya

Menara Kuala Lumpur
Dibuka setiap Isnin – Ahad dari jam 9.00 pagi – 10.00 malam .

Tiket Menara Kuala Lumpur:

Dewasa – Rm 15 RM 38
Kanak- kanak ( 4-12 thn ) – Rm 9 RM 28
Warga emas – Rm 13 ( tak pasti ada lagi ke tidak untuk kategori ini )

 

Zoo Negara – Tempat yang paling saya suka . Sangat sesuai untuk anak-anak kerana keselesaan dan ruang bebas untuk mereka bergerak.

Dibuka setiap hari dari 9.00am – 5.00pm
Tiket Masuk ke Zoo Negara 2014

Harga tiket Zoo Negara 2014

  • Dewasa – RM 30.00
  • Kanak-kanak 3-12 tahun – RM 15.00
  • Warga Emas 65 tahun ke atas – RM 15.00
  • OKU – Percuma

Harga Tiket Rombongan sekolah ke Zoo Negara – Kanak-kanak RM 8 dan guru pengiring RM 10

 

harga tiket zoo negara 2014
harga tiket zoo negara 2014


 

Multi-Animal Show – (Sea Lion / Macaques / Macaws)

Setiap hari : 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Jumaat)

Pusat Sains Negara – Ini juga tempat pilihan saya, selalu bawa anak-anak ke sini kerana terlalu banyak maklumat dan disampaikan dalam bentuk yang menarik.  Baca entri percutian di Pusat Sains di sini >

Rock Music Di Pusat Sains Negara

Dibuka : Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad (Tutup pada hari Jumaat )

9.00 pagi – 5.00 ptg

Tiket Masuk Pusat Sains Negara :

13 tahun ke atas – RM 6.00
7 – 12 tahun – RM 3.00
Warga emas ( 55 tahun ke atas ) – RM 3.00
Lokasi : Di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti
Baca entri percutian di Pusat Sains di sini

Muzium Negara – Bila kali terakhir pergi Muzium?   Saya tak pasti kenapa muzium selalunya menjadi pilihan yang terakhir.   Mungkin sebab tempatnya yang suram.   Saya pernah melawat Muzium Negeri Selangor, dan hanya kami anak beranak pelawat yang ada. Sunyi dan menyeramkan…

 

Baca entri percutian di Muzium Negara di sini > Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara
Dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
9 pagi hingga 6 petang

Bayaran : 13 tahun ke atas – RM 2.00
Percuma untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan berpakaian seragam sekolah.

Taman Burung Kuala Lumpur – Taman burung bebas terbesar di dunia, terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Ada pertunjukan burung pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang setiap hari.

Harga Tiket Masuk Taman Burung KL

Warganegara – RM 15.00
Kanak-kanak di bawah 12 tahun – RM 6.00
Bukan warganegara – RM 35.00

Baca entri percutian di Taman Burung di sini  ( link )

Genting HighlandDari rumah hanya 20 minit ke Awana Skyway. Tiket pergi-balik – RM 10 seorang.

 

 

Tiket  Genting Highland :

ALL PARK – Indoor Theme Park, Outdoor Theme Park & Wet Park
Dewasa ( 13 thn ke atas ) – RM 51 – RM 59
Kanak-kanak ( 90cm & 13 thn ke bawah ) & Warga Emas ( 60thn ) – RM 36 – RM 41
FAMILY PACKAGE (2 dewasa & 2 kanak-kanak) – RM 167 – RM 192

OUTDOOR THEME PARK
Dewasa ( 13 thn ke atas ) – RM 38 – RM 66
Kanak-kanak ( 90cm & 13 thn ke bawah ) & Warga Emas ( 60thn ) – RM 27 – RM47
FAMILY PACKAGE (2 dewasa & 2 kanak-kanak) – RM 125 – RM 215

Maklumat tiket : SINI –  Tiket bergantung kepada pakej hari biasa atau peak days – weekends, school holidays and public holidays.

Baca Juga

Hari ini saya akan berombongan cik kiah ke salah satu tempat ini….. di mana ye?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Tempat sesuai bawa anak-anak bercuti

  1. brapa harga package utk 3 hari 2mlm 2 kanak2 & 2 dewasa,termasuk tambang dr miri swak?

  2. Time cuti sekolah ni anak-anak yang paling seronok. Cuma mak bapak je yang tak berapa seronok sebab terlebih belanja sudah. Heehehe

  3. 🙂 thanks syuhada ats peringatan tu. betul la kwn2 klu nk ke genting tlg bw jaket.klu x mgigil.

  4. 😀 sy pun teringin nak p genting. lama x p. dulu p ngan lawatan koperasi sek. best tau.

  5. Memang best sebab ada macam macam burung kat dalam tu. Tapi penat berjalan..besar tempatnya..Yang syoknya bila last sekali akan dapat berehat kat kawasan air terjun buatan. Tak boleh mandi tau… 😆

  6. kt atas tu ada teropong
    blh tgk pemandangan jauh la
    sy pegi dgn rombongan free thn lps
    kalo pegi sndiri mcm xbebaloi kot
    terpulangla pd minat org

  7. best nyer dpt melancong……………..
    kalau blh nk pegi tmn burung… mesti bez an????????????????

  8. Teringin nak pergi Menara KL. Tapi tak pasti berbaloi atau tidak bayar RM38 untuk naik ke atas….

    Apa yg menarik yer di Menara KL nie?

  9. Bagus laa info kak jie.. dah kira macam desnitation guide pulak.. 🙂

    nuaemans last blog post..Aktiviti Cuti Sekolah : Berkhatan

  10. dalam banyak2 tu…aku baru pergi 2 tempat jer…eshhh apa nak jadi dengan aku ni

    kitas last blog post..Ilmu Paling Utama !

  11. Ingat nak ke Zoo Negara jugak…

    Masa balik kg raya puasa hari tu, lalu kat kg mana ntah si adik kata dia nampak anjing. Apa ke hal anjing ada kat kg di Kelate pulak tu, tgk2 rupanya kambing…

    Ntah nak gelak ke nak marah. .. huhu 😕

    intans last blog post..Menu Hari Minggu Yang Lalu

  12. menara KL dah turun harga ya.. dulu rasanya masa neeza naik, lebih mahal.. dan zoo naik harga pulak.. ada tambang binatang kat dalam tu ke kak Jie? tambah semut dan cacing kot hehehe…

    jom la cuti cuti saudi arabia hehehehhh

    Neezas last blog post..tanya soalan..

  13. kak jie sebut zoo negara…baru saya ingat dh lama sangat saya tak pegi sana..dah jadi aper pon tak tahu la..hehe..muzium pn dh lama jugak tak pegi.. 😎

    |1f34|-|1r3s last blog post..What does your blog tell your readers?

  14. kenapa tak masukkan stadium negara sekali sebagai tempat wajib lawat…?

    divas last blog post..Kisah Kucing Diva…

Comments are closed.