Ketika berada di puncak Gunung Jerai, pasti akan nampak sebuah jambatan yang menyambungkan tanah besar ke sebuah pulau nun jauh sayup mata memandang. Menurut petugas resort di puncak Gunung Jerai, itu adalah Jambatan Pulau Bunting yang terletak di daerah Yan, Kedah.
Kami mengambil keputusan untuk pergi ke jambatan tersebut. Agak pelik kerana binaan sebesar itu tiada dalam lokasi perlancongan di negeri Kedah. Apa yang misterinya?
Berpandukan GPS, kami turun dari Gunung Jerai dan memasuki Jalan Sedaka di Daerah Yan. Tanpa papantanda, akhirnya kami pun sampai juga ke Jambatan Pulau Bunting selepas melalui jalan tanah dan batu, lopak dan semak samun.
Khabarnya projek politik ini terhenti apabila bertukarnya kerajaan di Kedah dan sekarang menjadi port memancing yang popular. Ada beberapa peniaga yang menjual kuih dan minuman di jambatan tersebut dan turut menyediakan sewaan motorsikal dengan hargal RM 5 sebuah.
Inilah jalan masuk ke Jambatan Pulau Bunting tersebut.
Jambatan sepanjang 2.3 Kilometer ini milik JKR dibina antara tahun 2002 hingga 2005 oleh Gamuda. Ianya menghubungkan Dulang Kecil,Yan ke Pulau Bunting yang tidak berpenghuni.
Binaan jambatan ini memang cantik tetapi apabila tidak disenggara dengan baik, ada binaan yang telah rosak atau bersepah. Pemandangan yang cantik itu diburukkan lagi dengan sikap pengunjung yang membuang sampah seperti plastik, botol minuman merata-rata.
Berapa agaknya nilai Gajah Putih ini?
Jambatan dengan gerbang ( arch ) di bahagian tengah.
nk pg sana jugak…
Jom terjah post menarik dari mfirdauslatif ..Tasha
Projek Jambatan Pulau Bunting… saya baru pagi tadi ke sana, rasa sedih sangat2 kenapa projek yang telah diluluskan tidak di teruskan. Jangan kita menunding jari mencari siapa yang salah. Saya berharap pihak yang berwajib dapat meneruskan projek pulau Bunting agar ia tidak menjadi projek gajah putih.
Inilah projek yang tak ada hujung pangkal…. sekejap nak buat pelabuhan, sekejap nak buat refinery, sekejap nak buat power station, sekejap untuk pelancungan. Memang projek politik dan pembaziran….buat dulu baru nak minta kelulusan dan memang tak lulus pun sebab tu tak boleh dibuka. Jambatan ni dah terbiar beberapa tahun sebelum bertukar kerajaan yang ada sekarang.
bagus sekali pemandangan lautnya..
selamat menikmati perjalanan
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Cikarang Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta Depok
sungguh indah pemandangan dari atas bukit..
Jom terjah post menarik dari donnyien ..Artis undangan?
Kalau dilihat didalam gambar kawasan sekitar dan pemandangan agak cantik. Malangnya tidak dikomersialkan sebagai destinasi pelancongan.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sambutan Hari Lahir abang Ngah dan Baby Aslah
tengok atas gunung tu cantik jer jembatan tu..emmm untung kak jie boleh pergi jalan-jalan melihat alam..hehe..seronoknya…
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #33 – Alhamdulillah
agaknya tujuan asal nak membangunkan pulau tu….tapi tak sempat dah bertukar kerajaan…..
Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Trip #2 : Sanrio Hello Kitty Town
Bila bertukar kerajaan, memang akan ada projek-projek yang dihentikan.
Mungkin sebab tak menguntungkan atau merugikan.
Power gak kakjie tau pasal jambatan tu ye.
Ehem, silalah buat shortfilem ala2 Pasport Ekspres, tapi untuk Kedah :p
Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Produk dan Perkhidmatan Percuma dan Berbayar Yang Diinginkan Daripada Eizil Network
kalau dah terbentang depan mata, mesti nak tau dan nak pergi
rasa pelik kerana benda cantik besar mcm tu…tak pernah diwartakan atau dipromosikan…. sbb tu teruja nak pergi tengok.
tahun lepas dah nampak tapi masa tu kami anak beranak je… tak berani sgt nak menjelajah mcm tu…
tempat ni post org rempit dan muda mudi dating…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Stalaktit dan Stalagmit Di Gua Tempurung
Mungkin jutaan juga nilai jambatan ini. Mungkin juga tujuan asal adalah utk membangunkan pulau yg takde umat ni kan.
Sayang sungguh.
Jom terjah post menarik dari faizul ..Smart Camera Samsung NX1000
bacaan kt internet katanya nak buat pelabuhan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Day #3 – Somtam
Pernah lalu disini tetapi tak pernah ke jambatan. Ada apa bila sampai ke hujung jambatan kak Kujie?
GPS pernah membawa kami sekeluarga melalui jalan perkampungan SIAM dari Machang, Kelantan menuju Ke Jitra.
Sangat membimbangkan, tetapi ia pengalaman perjalanan.
Jom terjah post menarik dari hisham ..iPhone 5 Gadget Impian
jambatan ini patutnya menghubungkan ke pulau bunting yang tak berpenghuni? kenapa nak buat jalan ke tempat yang tak ada penghuni pula ek?
Jom terjah post menarik dari Puan Bardboo ..African Safari di Toulouse | Bawa Ammar Tengok Binatang
syok la kak, adventure sungguh…
dayah rasa dah bertahun dayah tak explore benda benda cam gini…
kalau dulu tu , memanjang je ambik tahu..
kalau skrg , dyh belum tentu jejak kaki ke jambatan nih .. takat dgr cerita je la.. sejak beberapa tahun nih tak lasak dah..
Jom terjah post menarik dari dayah ..apa yang kita mahu dalam hidup kita?