Tanpa rancang, adik dari Tanjong Malim telefon ajak pergi mandi manda bersama ikan kelah di Santuari Ikan Sungai Chiling , Kuala Kubu Bharu . Dia pernah ke sana , kami saja yang belum.
Santuari Ikan Sungai Chiling merupakan habitat semula jadi ikan kelah yang terdekat untuk dikunjungi orang ramai dengan bayaran kemasukan RM 1.00 seorang. Pelawat hanya dibenar melihat dan memberi makan tidak dibenarkan memancing ikan kelah.
Memandu melalui Ampang Pecah – Kuala Kubu Baru arah ke jalan Bukit Fraser mesti melalui Empangan Kuala Kubu Bharu. Saya melihat proses pembinaan empangan ini dari mula hinggalah sewaktu sudah dilimpahi air.
Selepas empangan, mesti jumpa jambatan sempit yang klasik ini. Park kereta selepas jambatan kerana jalan masuk utama Santuari Ikan Sungai Chiling berada di sebelah kanan.
Park saja kereta, nampak adik dan keluarganya tengah berkelah makan tepi kereta. Adoi… kata nak berkelah tepi sungai, ini makan tepi jalanraya. Tak menyempat-yempat!
Selepas makan, kami meneruskan perjalanan memasuki kawasan laluan ke Santuari Ikan Sungai Chiling.
Saya snap signboard tersebut tetapi tidak membacanya!
Ohhh…….sungguh kecewa !
Selepas berjalan masuk hampir 50 meter, ternampak pintu masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling ini ditutup. Pusat ini dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja! Hari ni Khamis….. tak ada rezeki lagilah nak mandi sambil bermanja-manjaan dengan ikan kelah.
Kami berpatah balik dan turun melalui susur jalan ke bawah untuk mandi. Menuruni tebing jalan hanya berpaut dengan akar² pokok. Tak dapat masuk , mandi sekadar dipinggiran pun cukuplah.
Hanya kami adik beradik anak beranak mandi di sini. Mana orang lain? hahaha…semua masih bergumbira ber’open house’.
Ini rakaman secara amatur yang dibuat oleh adik saya pada kunjungan ke Santuari Ikan Sungai Chiling.
Moral of the story :
- Dapatkan maklumat sebelum redah!
- Apa juga keadaan, masih ada cara untuk menikmati hari dengan lebih indah!
Bagaimana untuk ke lokasi Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu.
Dari Kuala Lumpur ke Rawang, terus ke utara melepasi Serendah, Batang Kali dan Rasa. Belok kanan ke Ampang Pecah sehingga simpang tiga Kuala Kubu Bharu. Belok kanan ke arah Bukit Fraser sehingga melepasi Empangan Kuala Kubu Bharu.
Entri pengalaman ke Santuari Ikan Sungai Chiling
terbaik . dah lame x pegi tempat2 camni . . .
Jom terjah post menarik dari Amim ..Jom Makan Tikus Goreng !
best ni nk kene gi jgk ni…kat mana ye neh…
Jom terjah post menarik dari jay kay ..Wujudkah Polis Trafik Yg Busuk Hati-Kisah Sehari Sebelum Raya
salam…slmt beraye. syoknyer mandi manda 😛
Jom terjah post menarik dari gina marna ..Sungai Petang Syurga KELAH
tak pernah lagi gi sana.. ingat nak kesana jugalah nanti bila masa agak lapang
Selalu menjala kat umah kak jie tak pernah dapat pun mmg takder pun kat situ hehehe
bercuti sambil beraya…sungguh menarik pemandangannya
Woohoo.. meriahnya… tak pernah tahu plaks ada tempat berkelah kat situ, aritu lalu gak jalan tuh waktu konvoi naik motor naik ke bukit fraser. 😀 nanti bolehlah cuba pergi plaks…
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Blues hari raya
kawasan ni kawasan hutan simpan & kawasan pemeliharaan ikan.. limit hari utk penjagaan.. nak masuk pon kene bayar sorg RM1.. klu nak best dr pintu masuk tu jln kaki 45-60min.. ade air terjun yg sgt best..
betul tu.. jauh jauh la dari tempat kerja… 😆
Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..Food Technologist – Food Science Vacancy KL – Malacca
dekat area empangan kkb?wahhhh~
macam menarik!tk pernah lagi sampai sane…uhuhu
nak pegi!
Jom terjah post menarik dari nabiel ..Maut Tidak Kenal Waktu – Kisah 3
dah lama tak mandi air terjun..jealous2…kesejukan dan nikmat mandi air terjun memang sukar dilupakan
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Video Lucah Fasha Sandha Bakal Tersebar
wahh bestnya..nak kene try pergi jugak ni..
selamat hari raya kak jie
Jom terjah post menarik dari wanmus ..Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh
Jooom melawat kolam arowana kami pulak
nanti aku hantar video ikan kelah tu…
Dah lama tak bermandi-mandian gini. Kena kiv dulu. Tunggu lepas exam budak-budak tu..
Jom terjah post menarik dari Tie ..Sibuk
sejak mandi sungai chilling duluuuuuuuuuuuuu tu, sampai sudah belum lagi dapat mandi sungai lagi….haish
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Lebaran tahun ini akan tiba tak lama lagi
nak dapatkan kawasan aman damai macam ni, nanti alasan jauh dari bandar pula..jauh dari tempat kerja….
soalan ini sy tak tau nak jawap sebab saya tak dpt contact pun pihak pengurusan – tak nampak orang pun 😆
nasib baik x kene gigit n ikan kelah yer
Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Susah la kalau macam ni- tak ada ke kemudahan untuk kita
meriah kak jie “beraya” hehe
Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Nak beli viagra
Fuh, happy family.. bestnye kalau semua family begini.
kenapa tempat tu dibuka hanya pada jumaat, sabtu dan ahad? tak cukup orang jaga kawasan?
Jom terjah post menarik dari Masa DAH Time ..Hari Malaysia
k jie, cantiklah tptnya. terasa nak pi plak weekend nie
Jom terjah post menarik dari CikLilyPutih ..Selamat Hari Malaysia – 16 Sept 2010
bestnyer….tengok gambar kak jie terasa sangat “chill” la tempat tu….cool …. 😆
seronoknya, kakjie ni program mengejut ke?
Jom terjah post menarik dari mijie ..Sesi kopi panas bersama sangilapi
lama tak madi sungai.. sungai di kampung pun dah x rupa sungai dah.. 🙁
Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..JAUH
wah bestnya…teringin nak buat rumah dekat kwsn mcm tu…damai sikit
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Ayuh Kembali Berjihad!