Rombongan Cik Kiah Terkandas di Stesen Keretapi Ipoh 4 Jam
Percutian

Rombongan Cik Kiah Terkandas di Stesen Keretapi Ipoh 4 Jam

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, keretapi Senandung Langkawi tiba tepat 10:52 malam. Riang ria kami 6 orang menaiki koc membimbit rambutan dan langsat buah tangan untuk adik di Langkawi.Sebelum menaiki keretapi di Tanjung Malim , pengawal stesen telah memberitahu bahawa kami akan menaiki bas di Stesen Ipoh ke Stesen Taiping kerana laluan antara Ipoh – Taiping ditutup akibat keretapi yang sebelum itu tergelincir.

Kami tiba di Ipoh hampir jam 1 pagi dan terkandas hampir 4 jam sebelum menaiki bas ke Stesen Keretapi Taiping. Kami adalah group terakhir yang menaiki bas.

Perjalanan dari Ipoh akan singgah di Kuala Kangsar untuk menurunkan penumpang di situ. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 miniti.

Sampai di stesen Taiping, berampung lagi kami di dalam koc. Sehingga jam 7.10 pagi ketika entri ini ditulis, pengawal stesen sedang meniup wisel menandakan keretapi akan bergerak sebentar lagi.

Betul-betul rombongan Cik Kiah dengan bungkusan rambutan dan langsat. Nasib baik anak2 dah besar, masing-masing bawa beg sendiri.

Selamat pagi cinta …. tiap yang berlaku ada hikmahnya.. Kerana kelewatan ini, saya berpeluang melihat pemandang indah seperti ini.

…. Keretapi dah bergerak..harap-harap tak adalah orang yang buat aduan bom palsu seperti minggu lepas pada perjalanan balik nanti. Tentu susah nak berpindah randah kerana beg sekarang telah beranak pinak… Hehehe

Saya jumpa Blogger Shai bersama isteri , kami satu koc. Saya rasa-rasa macam kenal … Saya pergi dekat dan intai jari pasangan ini. Merah berinai! Sah ini Shai kerana saya ada menerima kad jemputan perkahwinannya pada Nov 2011. Hehehehe…. Menarik tak dunia blog?

Saya pernah jumpa Blogger Zana di majlis perkahwinan jiran saya. Dia yang tegur ” ini Kak Jie ye…”

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Rombongan Cik Kiah Terkandas di Stesen Keretapi Ipoh 4 Jam

  1. kami group terakhir naik bas…mmg sengaja tunggu yang last, sebab tren akan tunggu semua penumpang baru bergerak. bas siap pergi ke Kuala Kangsar, dapat tidur lena.

    Saya org pertama turun dari tren di Arau….huhuhu…dan mendapat teksi pertama. Ikut pengalaman, bila kt Arau mesti turun cepat2 utk dapatkan teksi, biasanya bilangan teksi tak mencukupi dgn penumpang keretapi. 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan LIMA 2011 Yang BerhargaMy Profile

  2. Hi..
    Terbaca blog ni,.. sya salah sorang yg terperangkap dlm tren ni, nk pergi Langkawi juger.. tapi yg bestnya dpt tdo dgn nyenyak bler tren ni berhenti. Kami satu trip naik first bas sbb guner salah sorang family yg duduk cabin.. kitorang duduk katil saje.. Samerlaa dpt tengok permandangan Tasik Bukit Merah sambil borak2 ngan Train Master kat cafe. Satu pengalaman yg menarik sepanjang perjalanan.

    catty

  3. Thanks for sharing the post..I think you had a good experience from that..It is cool..

Comments are closed.