Perjalanan Dengan Bas Dari Phnom Penh Ke Ho Chin Minh Melalui Moc Bai
Percutian

Perjalanan Dengan Bas Dari Phnom Penh Ke Ho Chin Minh Melalui Moc Bai

Ini adalah kisah tertunda dari pakej percutian akhir tahun ke Kemboja dan Vietnam. Saya ni pemalas sikit bab nak upload gambar dan mengimbau kembali kenangan dan laluan yang telah dilalui.

Kalau nak tau cerita lepas, boleh baca entri terdahulu :-

Selepas 5 hari dan 2 malam di Phnom Penh , 2 malam di Siem Reap, pada malam terakhirnya kami makan malam bersama tetamu istimewa. Beliau dapat tahu rombongan kami ada di Kemboja dan menjemput kami untuk makan malam bersama.  Ahli asal rombongan kami dari Kuala Lumpur tinggal 9 orang kerana 2 orang telah kembali awal ke Malaysia.

datuk azmin syed mokhtar

Beliau adalah Datuk Azmin, adik kepada Syed Mokhtar al Bukhary. Individu yang kurang dipotretkan oleh media.

azmin syed mohktar

Sungguh santai majlis berlangsung. Kami bercerita mengenai dunia blogging , tentang ayam itik lembu kerbau.

Esok paginya, selepas check out dari Holiday Villa Phnom Penh, kami bersarapan  di hotel sementara menunggu van shuttle dari syarikat bas ekspres yang akan pick up bawa ke stesen bas.  Bersesak-senak kami 9 orang dan 2 pelancong lain naik van dengan bagasi masing-masing yang gedabak.

Ingat ke jauh…rupanya stesen bas tu kalau berjalan kaki adalah 100 langkah. hihihi…naik van tak sampai 2 minit campur kesesakan awal pagi.  Stesen bas di depan Central Market ( Psah Thom Thmey ) tu macam stesen bas kat pekan Sabak Bernam saja.

Bas yang akan menyeberang sempadan Kemboja dan memasuki sempadan Vietnam di Moc Bai melalui National Highway 1 mengambil masa 6 jam.  Perjalanan darat  lebih kurang 280 kilometer dan akan melintasi Sungai Mekong di Neak Loeung dengan feri.

Bas Phnom Penh Sorya 168 Bus Company yang dinaiki agak luas, mempunyai tandas dan mempunyai kemudahan wifi percuma.

Tambang bas dari Central Market,  Phnom Penh  ke Pham Ngu Lao, Ho Chi Minh City adalah 7 USD.  Pembantu bas akan berikan air minuman dan tisu lembab. Kemudian dia akan menerangkan beberapa panduan yang perlu diikuti sepanjang perjalanan dan prosuder meninggalkan sempadan Kemboja dan memasuki negara Vietnam. Dia gunakan bahasa Khmer dan Inggeris, tetapi malangnya sound sistem tak berapa baik, tak berapa nak jelas apa yang diterangkan.

BAS PELANCONG

Passport akan dikutip. Saya agak untuk exit stamps sebab apabila passport dikembali sewaktu melintasi Border Exit Control, passport telah pun dicop. Kalau kat KLIA, kita cuma scan ibujari sahaja tetapi sewaktu memasuki dan keluar dari Kemboja, kesemua 10 jari akan discan.   Mula-mula ibu jari kanan, ibu jari kiri, empat jari lain belah kanan dan empat jari belah kiri.  4 kali scan.  Jangan hilang jari pula kalau masuk Kemboja..hihi

Perjalanan dengan bas akan sampai ke tebing Sunga Mekong di Neak Loeung antara daerah Kandal dan Prey Veng. Bas lori, kereta, motorsikal, basikal dan semua orang akan menaiki feri untuk menyeberang sungai dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.

neak loeung ferry

Di atas feri yang bergerak, ada ramai penjual kuih, buah-buahan dan beberapa jenis lagi makanan .  Kita boleh turun tetapi kebanyakkan penumpang bas kami tidak turun.  Masil awal pagi kot.

feri neak lueong

Saya beli buah mangga  dengan harga 1500 Riel (KHR) .  1 USD lebih kurang 4000 Riel. Saya berdiri di tangga bas dan minta tolong pembantu pemandu bertanyakan harga. Dia bercakap bahasa Khymer dan katanya 1500 Riel ( tak sampai pun 0.5 USD) Nasib baik saya ada matawang Kemboja.

Ada ahli kumpulan kami , dia bertanya terus kepada penjual dan dia cakap ” One Dollar”… Matawang Amerika paling kecil disini adalah One Dollar.  Kalau gunakan matawang Kemboja baru 3000 Riel tak sampai pun 1 USD.

Sewaktu di Kemboja, kami tak guna matawang Kemboja ( Riel) tetapi menggunakan matawang Amerika yang lebih meluas digunakan di kawasan bandar.

hiasan buah-buahan

Kreatifkan, sampai terliur.  Buah mangga dipotong seperti kelopak bunga dan ditabur asam masin.

Sebelum sampai ke kawasan sempadan, bas akan berhenti 20 minit di sebuah restoran. Kami memang telah dibekalkan makanan kerana makanan di restoran tersebut tidak halal. Bilik air di sini bersih. Kat sini kami beli sim kad baru untuk digunakan di Vietnam. Perkhidmatan internet menggunakan sim kad Kemboja sudah tak boleh digunakan lagi.

Menyesal juga beli simkad di Vietnam, perkhidmatan internet sangatlah teruk di Vietnam berbanding di Kemboja. Perkhidmatan internet di Kemboja lebih baik dari segi keluasan kawasan capaian dan kelajuan berbanding Malaysia!

Kat sana, beli simkad, masuk dalam phone dah boleh digunakan.  Tak perlu daftar seperti di tempat kita.

Sebelum melalui Border Exit Control, passport akan dikembalikan dan kita perlu turun dari bas tanpa perlu bawa beg atau barang lain.  Scan kesepuluh jari tangan, dah selesai .. bye bye Kingdom of Cambodia

sempadan Vietnam

Bila dah selesai urusan dengan pihak Kemboja, kita kena naik bas semula. Passport sekali lagi akan dkutip. Bas bergerak melalui Free Zone dan berhenti di bangunan imigresen Vietnam.  Sekali lagi semua penumpang perlu turun  dan bawa semua barang milik sendiri. Masuk saja ke dalam bangunan, pembantu bas sudah ada dihadapan garisan menyerahkan kesemua passport penumpang bas kepasa petugas imigresen.

Kita hanya perlu menunggu nama dipanggil dan melepasi kaunter imigresen untuk ke kawasan pemeriksaan bagasi. Malang nasib kami pada hari tersebut, sebahagian penumpang telah selesai dalam beberapa minit dan sebahagian kumpulan kami tersangkut lebih 2 jam kerana  kerosakkan mesin scanner.

Dalam masa 2 jam, bertimbun-timbun passport dari pelbagai negara diletakkan oleh petugas bas ekpress yang akan memasuki Vietnam seperti kami.  Sewaktu menunggu ( berdiri sebenarnya ) kerana tempat duduk yang tidak mencukupi, kita boleh tengok pelbagai jenis manusia dari pelbagai jenis negara dengan pelbagai jenis bahasa.

Pembantu bas akan menunggu  untuk memastikan semua penumpang selesai urusan melepasi imigresen Vietnam.  Selepas berhenti 2 jam bas bergerak di dalam negara Vietnam.

Vietnam Border

Ini adalah pengalaman pertama menyeberang sempadan dua negara menggunakan perkhidmatan bas.  Semestinya rasa berbeza bila memasuki sesebuah negara melalui  udara menggunakan lapangan terbang  dan melalui jalan darat.  Perjalanan dengan bas lebih mendekatkan  kita dengan kehidupan sebenar sesebuah negara kerana banyak yang boleh kita lihat.

ho chin minh

Bila sampai di Ho Chin Minh lebih kurang jam 3.30 petang dan turun di tepi jalan di kawasan Pham Ngu Lao berdekatan roundabout Ben Thanh Market.  Tunggu teksi untuk ke hotel.

An Tam Hotel

Macam itik bercakap dengan ayam…. akhir sampai juga di hadapan An Tam sajalah Labu Hotel. Lokasi hotel yang sangat dekat dengan Ben Thanh Market dan kedai makanan halal. Hotel ini sesuai untuk mereka yang datang untuk membeli belah di Vietnam.  Bawah hotel ada deretak kedai yang menjual segala mak nenek barang yang orang Malaysia suka beli.  Urusniga di menggunakan matawang Ringgit Malaysia.  Senang je….

Cukup dah kot entri perjalanan satu hari dari Phnom Penh ke Ho Chin Minh, lain kali saya berkongsi kisah melawat Cu Chi Tunnels pula ye… tunggu bila rajin nak upload gambar dan menulis entri.

Tak banyak kisah di Vietnam kerana kami hanya tinggal semalam sahaja berbanding 4 malam di Kemboja.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Perjalanan Dengan Bas Dari Phnom Penh Ke Ho Chin Minh Melalui Moc Bai

  1. haha! amboi kemboja dari segi kelajuan internet memang laju lagi ek dari Malaysia. Tungg ahh! 😛
    Vietnam sama macam Malaysia, negara baru nak membangun 🙂

  2. Assalam…
    Best kan jalan2 makan angin. Saya pernah sampai Vietnam. Hotelnya pun best, murah dan bertaraf 5 bintang kalau di Malaysia…ada wifi, jakuzi, bilik pun luas dan selesa. Bab shopping lagi la….Dari Malaysia, bawak bagasi besar dan ringan. Balik Malaysia, bagasi berat.

Comments are closed.