Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu
Percutian

Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

Terengganu memang terkenal dengan kawasan pelancongan pesisir pantai yang menarik. Antara kawasan pantai yang popular seperti Pantai Teluk Mak Nik  atau Monica Bay, Rantau Abang , Pantai Kemasik, Teluk LIpat atau Pantai Kelulut.

Kalau menginap di Kuala Terengganu sendiri, banyak kawasan menarik yang boleh dikunjungi.  Ini adalah lokasi yang kami jejak sepanjang sehari di bandar Kuala Terengganu.  Abaikan lokasi membeli belah atau kawasan sesak tengah bandar.  Saya bercuti memang mengelak keadaan seperti itu.  Dah cukup apa yang Kuala Lumpur hidangkan sepanjang tahun.

Kuala Terengganu Bukit Besar
Pemandangan Bandar Kuala Terengganu dari atas Bukit Besar.

 Bukit Besar Kuala Terengganu
Intan masih ingat dia pernah bergambar di lokasi ini tahun 2009. Semuanya telah berubah – Intan yang makin remaja, slope yang dah dikonktik, pokok yang semakin merimbun. Mungkin yang tak pernah berubah adalah kenangan dan memori juga kebetulan warna baju yang masih sama!

Maaf, gambar kanak-kanak Intan tahun 2009 terpaksa diblurkan.

Baca entri lawatan kami sekeluarga ke Bukit Besar pada tahun 2009 – Bukit Besar, Kuala Terengganu 

Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Lokasi yang mudah dan terdekat untuk melihat mentari pagi. GPS Coordinate Pantai Baru Buruk 5.324925,103.154077.

rainbow at beach

Nampak pelangi?  Pelangi pagi

Pantai Batu Buruk tidak sesuai untuk mandi mandi.  Malah ada papantandan larangan untuk mandi di sini untuk keselamatan pengunjung pantai.

Deretan pohon rhu di tepi pesisir pantai yang bersih memberi kelebihan untuk aktiviti keluarga sambil menikmati pemandangan dan hembusan angin Laut China Selatan.

Selepas itu, jangan lupa kunjungi Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu terletak lebih kurang 16 KM dari Bandar Kuala Terengganu. Lokasi pesisiran pantai yang menarik untuk dilawati di Kuala Terengganu.

Untuk ke sini, cari arah ke Seberang Takir/ Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu atau Universiti Darul Iman.  Ini adalah kawasan pesisir pantai yang panjang.  Jangan risau… terus memandu disekitar perkampungan dan nikmati pemandangan yang memukau.

Kawasan di sini memang terkenal dengan beberapa lokasi makan-makan pelancong popular seperti Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209, ICT Warung Pok Long, Pantai Teluk Ketapang atau ICT Warung Pok Nong di Mengabang Telipot.

Pantai Tok Jembal

Pantai Tok Jembal – lokasi pendaratan bot-bot nelayan penduduk tempatan.

Benteng Hakisan Pantai Tok Jembal

Pesisir pantai telah dibina benteng hakisan ombak.

Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

Selepas menikmati udara laut yang segar, jangan lepaskan peluang cari ICT.

Ada banyak warung yang menjual ikan celup tepung di sepanjang pantai. Saya pernah makan di Ikan Celup Tepung Pok Long, baca si ini – ICT dan i-City Kuala Terengganu

Antara warung ikan celup tepung yang top dan fofular di sini adalah Warung Pok Nong, tetapi saya jarang mencari yang popular. Saya jarang ikut mainstream, mesti mencuba kelainan. Kami ke Warung Buka Pulok,  Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.

ikan celup tepung kuala terengganu
Seekor ikan segar yang dicelup tepung berharga RM 2.50

Sotong Celup Tepung
Mesti cuba sotong goreng tepung.

Serius menikmati makanan laut di sini sangat berbeza. Semuanya segar baru mendarat dari laut.  Keropok dan segala jenis nasi semuanya sedap.

Nota :   Kalau nak maklumat kawasan percutian menarik di Malaysia, baca entri saya yang lain di sini – Tempat Menarik di Malaysia

Nota ii – Semua gambar menggunakan telefon Samsung Galaxy s3

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

    1. kalau dari atah simpang 4 trafik light mydin
      terus akan jumpa simpang tiga….ambil kiri
      kawasan kiri tu kan taman ….sebelah kanan tu ada jalan mendaki ke Bukit Besar

  1. PM akan ke Kuala Terengganu bulan depan , tak sabar dah nih…hehe

    PM paling rindu pantai di Pulau Redang dan Pulau Perhentian , rindu nak jumpa ikan Nemo…huhu

  2. Tengok gambar ikan goreng dan sotong goreng tepung terasa la ni gak nak ke sana..memang sedap sebab dah pernah makan cara diaorang goreng , suka sangat.

  3. assalamualaikum.

    wah bestnya gi sana.

    sy baru balik dari besut ada kursus.

    insya-Allah sy sampai di sana.

    nota: rindu pergi pantai, tapi dah ombak kat sana.

  4. Saya rindu dengan angin laut Terengganu, selepas 12 tahun rindu itu semakin kuat. Hati saya seolah2 tertinggal di sana…

    Bila ke negeri Pantai Timur saya lebih tertarik untuk mencuba makanannya yang pelbagai dan bagi saya sangat menarik.

    1. yup…. kalau makan kat sana, kami tak suka satu tempat..
      biasanya makan sikit sikit sebab nak cuba banyak tempat..hahaha tamak

      tapi kalau seafood memang sedap

  5. Saya ni nama je orang Terengganu, tapi bukannya tahu sangat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu ni. Terima kasih la kak sebab kongsi maklumat ni. Nanti boleh nak cari I-City Kuala Terengganu.

  6. mula2 nak cakap… OHHH DAH ADA TEMPLATE BARU!

    tak dinafikan memang pantai tok jembal best tengok mentari pagi. dulu selalu buru mentari pagi.

    sayang sekali dah tak cantik sngat pantai tu

    1. masa post entri ni… kak jie mmg teringat dia

      wohhh…. dah dia betul betul jadi pengomen pertama..seeee….seeeee……

Comments are closed.