Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?
Percutian

Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?

Masih lagi cerita  dari percutian 12 hari .

Dalam perjalanan balik dari Tasik Kenyir, kami memang merancang untuk singgah ke muzium Kuala Lipis. Tak ada maklumat apa, cuma mendengar cerita dari seorang rakan.


Bertanya kepada kakitangan di Pejabat Pos Kuala Lipis, dia pun tak tahu dengan alasan dia bukan orang situ. Kebetulan seorang kakitangan poslaju yang berada disitu sudi menunjukkan jalan. Akhirnya tiba juga kami ke Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis.

Bangunan yang dibina pada tahun 1920 ini adalah bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang

Muzium ini menempatkan sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional dan sejarah perlombongan emas Lipis.

Pekan Kuala Lipis diasaskan oleh Hj Wan Daud Bin Wan Pahang pada tahun 1863.  Nama ‘Lipis’ dikaitkan dengan sejenis tumbuhan herba yang dikenali sebagai ‘Serau Lipis’ ( Pavetta indica).

Perkataan ‘Lipis’ juga merujuk kepada perbuatan ‘melepih’ atau menganyam dan menjalin daun rumbia. Sebutan asal bagi Lipis adalah ‘Lepih'( loghat Lipis )

Antara barang yang dipamirkan adalah  alat-alat tradisi memasak.   Nampak  saja penapis cendol ,  teringat kenangan dulu-dulu.  Bila tiba musim panas, mak selalu buatkan cendol.  Terbaru aroma wanginya pandan.

 

Orga diperbuat daripada tembaga kuning merupakan salah satu alat untuk menghisap rokok atau candu pada masa dahulu.

Gobek digunakan untuk melumatkan sirih .  Badanya diperbuat daripada buluh dan alunya daripada batang besi.

Antara tokoh terkenal dari Kuala Lipis –  Tuan Haji Ahmad bin Amin Al-Hafiz yang dilahirkan pada tahun 1934.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dilahirkan di sini ketika ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien, mendiami rumah ini ketika beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Di dinding muzium ini terdapat satu catatan yang menimbulkan persoalan kepada kami.

Dalam kisah yang tercatat, ditulis ‘ Bidan kerajaan Hospital Kuala Lipis yang dikenali sebagai Mak Teh yang menyambut kelahiran Najib waktu itu’.

Pada muka yang sama terdapat gambar seorang wanita dengan catatan  ‘Puan Fatimah ( Mak Da )  Bidan yang menyambut kelahiran Najib’.

Mana satu yang betul?  Adakah Mak Teh dan Mak Da itu panggil yang serupa kepada orang yang sama.  Kalau sama kenapa perlu ditulis berbeza pada mukasurat yang sama.

Kami bercadang untuk bertanya kepada kakitangan muzium apabila turun ke tingkat bawah, tetapi terlupa.

Sehingga kita, masih lagi tertanya-tanya fakta manakah yang betul.  Bila membabitkan catatan sejarah, perkara ini perlu jelas dan difahami.

 

 

Ini bukan bidannya………….. ini intan berpayung payung.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Muzium Warisan Kuala Lipis – Siapa Sebenarnya Bidan Perdana Menteri?

  1. Assalamualaikum,

    Dalam setahun, beberapa kali lalu lalang Lipis, tak pernah singgah pun di pekannya…apa lagi menyinggah muzium 😉 —-> hati terpanggil2 nak cepat sampai kampung 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Osman Kering Kritikal?My Profile

Comments are closed.