Ini adalah kisah percutiana kami yang masih beluh tercatat…. kena update kat blog untuk catatan kenangan peribadi. Untuk rujukan generasi akan datang juga pengetahuan kita bersama.
Dalam perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di Muzium FELDA Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Dua muzium dalam satu perjalanan.
Muzium FELDA Lurah Bilut telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada bulan September 2005. Muzium ini adalah pejabat lama FELDA Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958 dan telah diubahsuai.
FELDA Lurah Bilut yang terletak kira-kira 19 Kilometer dari bandar Bentong, Pahang merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1958
Bilut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam sungai air tawar secara berkumpulan . Nama sainstifiknya ialah Krytopterus Cryptopterus.
Muzium ini berkonsepkan rumah Melayu tradisional dan mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka juga kronologi pembukaan FELDA Lurah Bilut dan artifak-artifak lama yang berkaitan dengan sejarah FELDA Lurah Bilut .
Muzium FELDA Lurah Bilut dibuka setiap hari kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan .
Kumpulan pertama peneroka seramai 28 orang dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur tiba di Lurah Bilut pada 2 Ogos 1959 diketuai Ahmad Husin . Beliau yang lahir pada 1901 meninggal dunia pada 10 Februari 1984.
Semasa mula masuk ke rancangan, peneroka datang berseorangan. Isteri dan anak dibawa setelah mereka siap membina rumah kira-kira lima bulan kemudian. Peneroka di Lurah Bilut merupakan peneroka dalam erti sebenar.
Apabila peneroka tiba di tanah rancangan, tiada apa yang ada. Hutan belum ditebang, ladang belum ditanam dan rumah belum didirikan. Semuanya perlu dibuat sendiri dan mereka dibayar kira-kira RM69 sebulan.
Mereka ditempatkan di beberapa buah bangsal panjang sebagai rumah tumpangan sebelum rumah masing-masing yang didirikan secara bergotong-royong itu siap. Inilah ciri penting yang membezakan penempatan peneroka FELDA Lurah Bilut berbanding dengan rancanganFELDA yang lain, di mana rumah mereka siap dibina terlebih dahulu sebelum peneroka dipanggil masuk ke rancangan.
Pada 16 – 8 -1960 , seorang bayi perempuan anak pasangan peneroka Zainal bin Ali dan Radziah binti Othman telah dilahirkan menjadikan beliau adalah bayi pertama yang dilahirkan di FELDA Lurah Bilut. Disebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak sempurna di waktu itu, kebanyakkan peneroka akan menghantar isteri mereka balik ke kampung untuk melahirkan anak .
Pengurus Rancangan/ Manager Tuan Ding Charles seorang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu mencadangkan nama Norvelly memandangkan bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Velly.
Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah terawal yang berjaya melaksanakan konsep sekolah wawasan. Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lurah Bilut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lurah Bilut ditempatkan dalam satu kawasan . Mereka berkongsi menggunakan kemudahan seperti kantin, padang permainan, tandas serta tempat perhimpunan. Mereka juga melakukan aktiviti seperti sambutan hari guru, sukan dan aktiviti kokurikulum bersama-sama.
Sistem bekalan air bersih untuk peneroka di era 60’an hingga 70’an dipasang di pinggiran jalan dan kebiasaannya dikongsi bersama 8-10 buah rumah.
Sekiranya melalui perjalanan dari Bentong ke Raub, singgahlah ke FELDA Lurah Bilut ini. Bawa anak-anak untuk melihat dan mengetahui pelbagai kisah kepayahan generasi terdahulu yang berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Lihat dan baca kisah betapa gigih dan semangat generasi ini membangunkan kehidupan.
Melawat muzium seperti ini adalah satu bentuk pembelajaran yang baik bagi mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan sejarah negara. Kita boleh menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.
bagus. penerangan yang cukup jelas bagi sesiapa yang nak buat lawatan ke sana. masuk free je kan?
Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..Oh! budu kini berwajah baru. Phew!
selalu lalu sini bila blk kampung tapi x berkesempatan singgah
Jom terjah post menarik dari kesumaangsana ..Berkongsi Rasa Dengan Bakal2 Ibu !
kena betul2 set dalam jadual untuk bercuti
bukan utk balik kampung…
Saya sendiri sbg anak felda pown x pernah lg sampai di Lurah Bilut..mesti nk ajak suami n anak2 singgah..tima kasih atas perkongsian ni Kak Jie
Jom terjah post menarik dari ayu jamal ..Kekal anggun dengan La Praise
ooo.. kategori wajib pergi ni…singgahlah ada banyak koleksi yang kita sendiri tak pernah tengok
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kaloi Masak Lemak Tak Jadi
Jarang sekali sekarang ini orang pada berkunjung ke muzium, ajakan anda sangat positif sebba dimuzium ini banyak hal yang dapat kita pelajari
kebetulan, anak-anak saya suka ke tempat mcm ni
dah dibiasakan dari kecil , mungkin
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Pesta Flora Putrajaya 2012
lawa jugak ek muzium ni
Jom terjah post menarik dari ..Geram Aku Tengok Zizan Ni!
Kalau berpeluang mungkin kak jie boleh ambil gambar signboard Felda Bilut ni, sebab kat situ ada tertulis ‘Felda Pertama di Malaysia’.
Jom terjah post menarik dari faizul ..Demam bola dah habis? Ini cuma pemanasan!
yuppp..baru teringat.
dulu kak jie dok Bentong 3 tahun , abg terlibat dgn projek jln Bentong – Raub tu
site office betul2 tepi jalan masuk ke felda ni
keraplah dtg sini…..
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Masih Ada Masa Untuk Bergaya Di Hari Raya
Assalamualaikum,
Fuhhhhh bestnya nama Puan Norvalley tu, tercatat dalam sejarah lagi.
Saya pernah singgah Lembah Bilut ni, tapi sebab nak isi petrol dlm perjalanan ke KL…tak perasanpun ada muzium ni walaupun sempat singgah kat kedai2 yang ada situ
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Banjir Kilat Di Bandaraya George Town, Penang
tldr… tapi takpe nak singgah gak!!
Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Comeback Kali ke-5…
ila suka baca belog kak jie mcm2 cerita ada
Pekongsian yang menarik mengenai sejarah Bilut selain menonton filem Bilut.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012
tempat bersejarah untuk generasi baru Felda dan semua rarakyat malaysia…bleh tgok perjuangan orang dulu2
Baru tahu ada muzium lurah bilut. Sara byk pegi muzium kat area Melaka jer. 🙂
Jom terjah post menarik dari Sara ..Macam mana nak hubungi Cantikhiijabku
wahh, rajinnya kak jie berjalan-jalan.. 🙂
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
bayi pertama felda..mksdnya generasi kedua pertama la..
byk sumbngan dan jasa felda kat 100k keluarga peneroka…kalo x der x dpt nk bygkan 100k keluarga ni keadaannya sama mcm skng @ x..
Jom terjah post menarik dari Jebeng Otai™ ..Eyriqazz vs Denaihati : Patukkan Penguin
agaknya makcik Norvelly tu masih hidup ke ye ? kalo dapat dengar sejarah dari dia secara live mesti lagi syok..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..어깨동무 / Eoggaedongmu / Who’s got the tape
mengikut catatan di muzium 06/06/2012 , Puan Norvelly masih hidup. Beliau mempunyai 5 orang anak dan sekarang tinggal di Felda Lakum, Lancang Pahang.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Install Blog WordPress Dengan Softaculous