Hari kedua di Kemboja, selepas sarapan dan membeli belah singkat di Central Market, kami ke Tuol Sleng Genocide Museum atau pusat penyeksaan Tuol Sleng iaitu tempat penyeksaan tahana di lakukan sewaktu pemerintahan Khmer Rouge pada tahun 1975 – 1979.
Tuol Sleng didalam bahasa Khmer bermaksud “Bukit Pohon Beracun”. Khmer Rouge pula adalah istilah Perancis yang bermaksud Khmer Merah, iaitu organisasi komunis yang memerintah Kemboja dari tahun 1975-1979.
Ini adalah pintu masuk utama ke Tuol Sleng Genocide Museum. Pelawat asing dikenakan tiket masuk 3 USD seorang.
Komplek blok penjara 3 tingkat ini asalnya adalah sekolah Tuol Svay Prey Secondary School dan diberi nama Security Prison 21 (S-21). Pada hari lawatan, suasana rasa sepi dan sunyi walaupun ramai pelawat yang lalu lalang di depan mata. Masing-masing seolah-olah bisu tidak mampu untuk bercakap. Hanya melihat dan menelan sendiri pengalaman masing-masing.
Disekeliling komplek penjara ini dipasang dawai kawat berduri yang berlapis-lapis bertujuan menghalang tahanan melepaskan diri.
Dibelakang Tugu Peringatan Tuol Sleng adalah 14 kubur mangsa terakhir tahanan Khmer Rouge termasuk seorang perempuan.
Kekejaman ini sukar digambarkan kerana ada manusia sanggup memotretkan mangsa seksaannya. Pemimpin Khmer Rouge iaitu Pol Pot dilahirkan di Wilayah Kompong Thrum pada 19 Mei 1925 dengan nama Salothi Sar. Pol Pot mula berkuasa di Kemboja pada 1975 dan menjadikan Kemboja negara Komunis.
Walaupun jumlah sebenar mangsa tahanan tidak dapat direkodkan, dipercayai dari tahun 1975 sampai 1979,terdapat lebih 17.000 orang telah meninggal dunia di Tuol Sleng akibat diseksa. Mereka diseksa berulang-ulang kali dan angka kematian antara 1.000-1.500 tahanan setiap hari.
Di seluruh Kemboja sahaja, lebih 2 juta orang mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.
Antara gambar mangsa wanita yang pernah diseksa di penjara ini
Kekejaman yang melangkau batas-batas kemanusiaan sehingga kanak-kanak juga tidak terlepas dari menerima seksaan sehingga mati dibunuh dengan kejam.
Diantara 17.000 orang yang meninggal dalam tragedi penyeksaan beramai-ramai di Tuol Sleng , terdapat 7 orang yang masih hidup, dan hanya 3 orang yang diketahui namanya, Mereka yang dapat ketahui ialah Chum Mey, Bou Meng dan Chim Math.
Bou Meng boleh ditemui sewaktu lawatan ini. Bou Meng yang isterinya meninggal di dalam penjara merupakan seorang pelukis dan tugasnya adalah melukis setiap kejadian penyeksaan yang dilakukan oleh tentara Khmer Rouge. Antara sebab beliau tidak dibunuh.
Lukisan di dinding salah satu bilik tahanan yang mengambarkan bagaimana derita yang ditanggung oleh mangsa.
Semua bangunan muzium ini tidak dicat ataupun diganti lantainya dan kita boleh rasa kesat bau hanyir darah tahanan.
Sebenarnya saya tak melawat kesemua ruang penjara ini, tak punya kekuatan untuk merakam sejarah kelam seperti ini. Cukup sekadar tahu dan faham bagaimana fungsi penjara Tuol Sleng juga bentuk seksaan yang diterima. Saya tak sanggup nak masuk dalam setiap bilik dan melihat.
Nota catatan kembara ini hanyalah untuk berkongsi suatu pengalaman yang menjadi sejarah penting sebuah negara Kemboja.
Kasihan mereka yang menjadi korban tersebut. Semoga mereka diterima di sisi Tuhan yang paling terbaik
Terima kasih atas sharingnya Kak Jie, kita dapat pengajaran dan wawasan yang berharga dari sharing perjalanan Kak Jie ini
Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP Script
Tak dapat saya bayangkan kalau disiksa sedemikian rupa. Moga Allah jauhkan dari cubaan yang tak mampu dihadapi!
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Panduan melaksanakan azam tahun baru menjadi usahawan
Baca jer pun dah rasa seram sejuk. Kejamnya….
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Atasi Keguguran Rambut
Sejarah hitam kemboja….thanks kak jie berkongsi =)
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jangan Nak Layan Emosi Sangat! Nanti Gemuk….
mau berhantu tempat tu .. eiii~
kecik2 dulu dah dengar tentang kekejaman askar Khmer rouge…
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Nenek menang RM1 juta
peh..siap ada gambar lagi tu.
Jom terjah post menarik dari titan ..Bersepah-sepah.
Satu lagi yang akak tertinggal dalm post nie – ingat tak seorang lalaki dekat masa nak keluar dari tempat nie (depan tempat Bou Meng). Dia bekas tahanan yang selamat – sebab dia tukang baiki typewriter. Hehehe… Patut dia pun ada dalam post nie… Hehehehe…
Jom terjah post menarik dari Izzuddin Fauzi ..Facebook Maybank Malaysia Paling Mesra
kak jie tak tau yang tu…. sebab tu tak tulis dalam ni
kalau tau , tulislah
Bou Meng sebab nampak dan tahu.
Tak semua Kak Jie tau sebab lawatan pendek 1 jam tu.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh
Separuh dari populasi penduduk Islam Cham dibunuh oleh Khmer Rouge.
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How to Embed Facebook Posts in A Blog Or Website
Tak boleh mengamalkan agama pada masa tu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh
sejarah hitam phnom penh..
Jom terjah post menarik dari fahmimustakim ..Pengalaman Menggunakan iPhone 5S
Pemerintahan regim Khmer Rouge ni merupakan sejarah hitam peradaban dunia dan kemboja khususnya. tak dapat nak bayangkan seksaan yang diterima oleh tahanan penjara itu.
Jom terjah post menarik dari Fadhil ..Misi Tercapai
tengok gini pun dah seram..aritu tgk kat tv Qi pernah gi tempat ni, dia pun cakap seram lagi2 bila masuk ke tempat bunuh dan bilik sel tahanan..
Jom terjah post menarik dari wanmus ..Buat Duit Dengan Rumah Lelong
Kesan kekejaman meninggalkan parut didalam memori rakyat Kemboja selamanya.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Penubuhan Celebrity Support Group oleh JKJR Selangor
Sejarah yang sangat kejam tapi memberi seribu satu pengajaran buat generasi hari ini. Saya sangat suka travel sebegini (i.e. ke muzium , historical sites & architectural landmark)
tahun 2013 – ini adalah muzium ke 8 yang dilawati
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh