Kat belakang tu tempat kerja suami. Kami singgah dalam perjalanan nak balik Kedah. Dari rumah selepas sahur dan sampai Cameron Highland hampir 9.30 pagi.
Tempat kerja berdekatan Robinson Fall Jungle Wall, jadi kami berjungle tracking di bulan puasa sementara suami siapkan kerja.
Melalui laluan denaihati sejuk dan lembab seperti ini, saya suka tengok lumut yang menempek di atas batu.
Di sepanjang laluan track di tanam epal cameron. Buah epal ni kecik-kecik saja . Beli kat pasar buah yang masak dan besarยฒ harganya RM 6.00 sekilo. Rasanya hampir seperti honeydew.
Kawasan jungle walk ni juga banyak ditanam blackberry. ย Sebiji buah yang ranum hampir-hampir menjadi mangsa kerakusan saya….tiba-tiba anak-anak menjerit
” puasalah mama….”
Kalaulah teringat selepas makan, dapat ย juga ย saya ceritakan disini bagaimana rasanya buah blackberry Cameron Hihgland tu …Bunga blackberry, manis berwarna purple
Hujung minggu mesti meriah kat pasar. Walaupun cuti hujung minggu hingga Isnin , keadaan tak sesak seperti selalu di Cameron Highland. Disebabkan tidak ramai pelancong, boleh dapatkan strawberry dengan lebih murah. Sekilo RM 16 ( boleh pilih sendiri ).
Turun dari Cameron melalui Kampung Raja – Simpang Pulai untuk meneruskan perjalanan ke utara. Singgah berbuka puasa di Masjid Kampung Melayu Sg. Rapat, Ipoh.
Sampai di Baling hampir 10.30 malam melalui Lebuhraya Kuala-Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu – Baling. Berhenti makan behun sup gear box super duper .
Lepas sahur pagi tadi, bertolak balik kerana Along perlu balik ke asrama sebelum jam 6 petang. Perjalanan melalui Pengkalan Hulu yang diseliputi kabus.
Dah layan gambar? Ok saya ada 2 soalan mudah yang ditanya anak-anak sepanjang perjalanan ke Cameron. Saya perlukan pendapat bernas lagi berkas dari kawan-kawan.
1- Kenapa sepanjang jalan ke Cameron, walaupun hutan tiada seekor monyet pun kelihatan. ( dibandingkan jalan ke Batu Arang dari Rawang )
2- Kenapa semakin tinggi, semakin sejuk sedangkan kita semakin dekat dengan matahari.
Homework ni!
Jawapan Angah :
1- Sebab sepanjang jalan ke Cameron ada banyak perkampungan orang asli, semua monyet telah menjadi BBQ
2- Udara di tempat tinggi lebih lembab kerana mengandungi banyak air. Wap panas telah naik ke atas dalam proses penyejatan dan bergerak ke kawasan gunung , berat dengan air dan akan turun sebagai hujan , sebab itulah udara lebih sejuk. ( Saya tak yakin dengan jawapan dia sebenarnya…. )
best jawapan angah no 1 tu. haha.. sebab hutan masih tak terusik, jadi tak perlu kera dan monyet keluar ke jalan cari makanan.
genting highlands dah pernah sampai tapi cameron highlands tak pernah pergi lagi…
Sekali sekala masuk hutan ni bagusn juga untuk percambahan minda. Dapat banyak ilham. Saya belum pernah sampai cameron highland sekalipun duk kat pahang. ๐
ha3. bolh jadi gak jawanapn angah tu. yang no 1 tu lawak geli la plk d bulan posa ni.. tgh lapar2 kan, dia cakap org asli makan monyet pulak… terbantut selera. he3
.-= JHafiz´s last blog ..Kayuh Perlahanยฒ =-.
Salam Kak Jie,
Mahu try jawab soklan tu.
1. Cuaca sejuk camtu tak sesuai utk kehidupan monyet2 sekeluarga. Depa mana ada bju sejuk nak melindungi badan..haha..
2. Bila kedudukan kita tinggi atas paras laut (latitude), pressure akan semakin rendah mengikut ketingian. Pressure rendah biasa berkaitan ngan cuaca tempat tu. Klu pressure rendah, suhu pun rendah. Sbb tu ada alat yang dapat digunakan utk meramal cuaca based on pressure sesuatu tmpt. Tak ingat apa namanya ntah, huhu.. Boleh cek kat Buku Fizik Form 4 (Force n Pressure).
*Sila betulkan jawapan di atas jika salah. TQ.
.-= kakeru´s last blog ..Saat Berkali Aku Bangkit =-.
gambar atas tu.. posing macam nak buat kulit album kumpulan muzik je..hehe
.-= Lan Bingka´s last blog ..Dah lama tak cuti sakit =-.
Nak penah lagi sampai Cameron.. asyik tengok gambar orang ke sana jee..
.-= nuaeman´s last blog ..Benarkah Syaitan Dibelenggu? =-.
@nuaeman, lor..tak pernah sampai ka? Plan next wedding anniversarylah… ๐
Cantik dan damai kawasan peng.hulu tu, lama dah tak pi. Syok jugak ni kalau boleh bercuti kat situ. Sat nya Kak Jie balik, tapi okey gak lah dari tak dapat balik ๐
.-= iza´s last blog ..Boleh berikan saya satu tiket? =-.
@iza, ikut hati nk dok lama tapi nk buat mcm mana, kita cuti anak2 tak cuti… ๐
Jalan kat pengkalan hulu tu memang selalu diseliputi awan ke Kujie?
Kak Long ada gak beberapa kali bermalam di sana…huh memang sejuk!
.-= Kak Long´s last blog ..Simbol bunga mawar =-.
@Kak Long, Kawasan tu memang berkabus kalau lalu awal pagi atau lewat malam…sejuk mata memandang
@Kujie, Gajah pun suka tempat2 mcm tu kan..termasuklah rusa dan harimau sekali…wkakakaa
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing #3 =-.
jawapan no satu itu, angah menjawab dengan excellent.. hehehe
jawapan no.2 .. mestilah sejuk, kalau tak sejuk jadilah ia panas.. hehehe
apa mcm, bernas tak jawapan maza? kuikuikui
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing #3 =-.
@maza, dlm perjalanan tu , seronok tgok banglo orang asli tepi lereng bukit, pandai dia org buat tanpa mencemarkan alam sekitar…tanpa hakisan tanah… ๐
betul juga jawapan tu…he he he…tiada yg tidak betul melainkan betul sebetulnya… ( nnt anak murid baling dgn buku teks )
awat sat sgt balik ke Baling…puas ke berpuasa di kmpung tu. sy pun suka laluan perjalanan spt yg digambarkan, nyaman, kehijauan..back to the nature.
.-= kenari´s last blog ..Larat ke nak makan semuanya… =-.
@kenari, puas tak puas, itu saja kesempatan yang ada. mmg best lalu area tu, bersempadan dgn Thailang lagi..berkabus ๐
aaa..nk tambah lg. cahaya matahari di permukaan bumi dipantulkan kembali. dats y panas. kalo kat atas xde tmpt cahaya matahari tu nk dipantulkn semula. dats y sejuttt ehehehe ๐
@y[o]n, gigihnya jawapan dia….tak kenal putus asa…heheheh….itu pun boleh diterima….tapi kak jie tatau jawapan sebenarnya…sebab geografi tak belajar dulu, zaman kak jie belajar Ilmu Alam ๐
monyet semua lari ke andari townvilla tempat arin..sbb umah arin beberapa kali bahagian dapo kene pecah masuk ngan monyet..arghhhh!!!
.-= arin´s last blog ..Mana? =-.
@arin, hahahaha….betul ke monyet dah g sana? kena check kad pengenalan tu… ๐
jawapan no. dua sha boleh bagi…
kerana semakin tinggi udara semakin nipis:)
part monyet tuh tak sure…mungkinkah kerana tiada kuil di tepi jln?
opppppsss….sowiiii…
.-= cheryna´s last blog ..sha: apam tembam =-.
@cheryna, hehehehe………….ada kuil baru ade monyet ye…. ๐
nyaman rasanya…udara sejuk tiada pencemaran….
abgdin suka tu….
.-= Abg Din´s last blog ..Award – himpunan koleksi =-.
@Abg Din, tp kalau bawa lori memanjat ke sana tu seksa sikit..jalan dah le pusing2 , sempit pula tu
1. Monyet tgh puasa.. Nak jln2 tak larat.. ๐
2. tak pasti.. geograpi lemah dulu..
.-= zool´s last blog ..Air Katira yang best =-.
@zool, monyet mana berjalan..dia bergayot
nnt kita tanya cikgu geografi ye
Asalamualaikum
Melancung di bulan Puasa
muncung kena tahan le !!!
Terima kaseh salam hormat.
.-= pakcikli00´s last blog ..Senaman Tenaga Batin Power Gilerโฆ =-.
@pakcikli00, waalaikumsalam pakcikli
bukan melancong tu….2 in 1. cari duit sambil habiskan duit…dah kerje…tapi best kerje kt tempat perlancongan
Bagus juga mendekati sekali-sekala kan? ๐ War…saya nak Blackberry itu. ๐
.-= tekkaus´s last blog ..Come Paint My Love! =-.
@tekkaus, kami selalu bersembang bersoal jawap kalau berkumpul..bertukar2 pendapat
blackberry yang mana? yang ada keypad tu ke?
1. sbb habitat kt ctu x ssuai utk monyet membiak. mebi terlalu sejuk. monyet x reti nk beli slimut ๐
2. Terdapat empat struktur atmosfera bumi yang utama dari lapisan yang paling rendah ke lapisan yang paling tinggi, iaitu Troposfera, Stratosfera, Mesosfera dan Termosfera. Troposfera merupakan lapisan yang terendah, iaitu antara 8 โ 14 km.Di lapisan troposfera, pengurangan suhu secara umum menurut tinggi pada kadar min kira-kira 1oC bagi setiap 650 meter ๐
@y[o]n, hahahaha..kelakar tul jawapan no#1 tu. Beruang kutub boleh pula beli blanket ye…hehehe
no #2 – Jawapan lengkap tahap PMR ni…kena hafal lapisan2 tu …anak Kak Jie cakap, setiap kenaikan 136 meter dari aras laut, suhu akan turun 1ยบC. Mana yang betul ye…nak kena cari cikgu geografi ni…
1. Sejuk.. monyet takde sweater..
2. lapisan ozon semakin menipis, tekanan semakin rendah. (betul kah?? persoalan dijawab dengan soalan)
.-= samdaddycool´s last blog ..Bijak Berbelanja : Jihad Melawan Nafsu =-.
@samdaddycool, abis tu…beruang kutub pakai sweater ke…kehkeh ๐
n0#2 – mula2 jawap mcm tu juga…
seronoknya bulan puasa berada di tempat sejuk. tapi rasanya dok tempat sejuk lagi cepat lapar kan?
erk? pelik juga kan soklan kedua tu!?
@megat, tapi tak rasa sgt pun, entah sebab tak rasa puasa tu satu yang membebankan..anak2 pun ok je..mgkn juga sebab dah kerap sgt ke cameron.
jawaplah soalan tu..test memori ๐
anak2 ni biasa bertanya itu ini sewaktu kami mengembara