Masjid Kayu Seberang Jertih Ulul Albab
Percutian

Masjid Kayu Seberang Jertih Ulul Albab

Masjid Kayu Seberang Jertih, Kg Seberang Jertih atau nama rasminya Masjid Ulul Albab Seberang Jertih.

Ini kali kedua saya berpeluang singgah di Masjid Kayu Seberang Jertih . Tiap kali singgah, tidak pernah melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar di sini.

menara masjid kayu seberang jertih

Dari persimpangan jalan utama kita sudah boleh melihat keindahan seni binanya dengan semua pintu utama masjid diukir dengan ukiran awan larat dengan motif bunga selain ukiran ayat suci al-Quran

masjid kayu kampung seberang jertih

Masjid ini dibina bagi menggantikan masjid lama yang terletak di kawasan tapak yang sama yang dibina pada era sebelum kemerdekaan.

lokasi masjid kayu seberang jertih

Masjid Kayu Seberang Takir ini menggunakan 90 peratus kayu cengal serta selebihnya kayu nyatoh dan bala. Hanya tiang utama bangunan masjid dan lantai menggunakan konkrit tetapi permukaannya dilapisi dengan kayu bala.

masjid sebenar jertih

Bangunan masjid ini setinggi tiga tingkat dan mempunyai serambi iaitu ruang terbuka di tingkat dua tempat solat.

masjid seberang jertih

Selain itu, bangunan masjid turut dilengkapi dengan kemudahan  bilik mesyuarat, bilik musafir, dewan kuliah, ruang solat untuk orang kurang upaya (OKU) dan bilik pengurusan jenazah.

Tempat mengambil wuduk untuk wanita dibina berasingan di tingkat bawah masjid terus mempunyai tangga ke ruang solat.

 

masjid kayu seberang jertih

Salah satu pintu masuk ke kawasan masjid.

seni bina masjid

Atas pintu utama masjid diukir dengan ayat suci al-Quran iaitu doa keluar dan masuk masjid.

 

gambar mimbar masjid kayu seberang jertih

Pagar depan mimbar bercorak tenunan songket Terengganu.

seni bina kayu dalam pembinaan masjid

Pagar kayu di ruang serambi juga berkonsepkan corak tenunan songket Terengganu.

 

masjid tanpa paku

Masjid Kayu Seberang Jertih dibina 100 peratus menggunakan kayu dengan teknik ‘tebuk-pasak’ atau tidak menggunakan paku. Unsur asbtrak pada ukiran kayu di kepala tangga masjid yang menggambarkan ombak yang sangat sinonim dengan kehidupan negeri Terengganu di Pantai Timur.

 

masjid kayu jertih

Tingkat bawah masjid adalah dewan serba guna untuk sebarang majlis keramaian, manakala tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan.

seni bina masjid

Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu rahmat Engkau – Ya Allah, aku mohon kepadaMu daripada kurniaanMu

Tempat ini adalah lokasi menarik bagi jurugambar perkahwinan sama ada pre wedding atau pun selepas nikah , cuma berhati-hati.  Fungsi masjid tetap masjid walau bagaimana bentuk binaanya.  Jangan nak berpre-wedding peluk² pinggang depan masjid dengan bangganya.  Yang tu kena jaga untuk dapatkan keberkatan Allah S.W.T  dalam rumahtangga.

Nota : Maklumat yang ditulis di sini adalah dari bacaan tulisan Azman Mahmood dari Berita Harian Online bertarikh 19/2/2012 – Masjid Tanpa Paku. Terimakasih.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Masjid Kayu Seberang Jertih Ulul Albab

  1. Assalamualaikum,
    Memang sangat cantik masjid ni…susah sangat2 dah nakjumpa bangunan berukir awan larat bagai macam ni…moga2 panjang usianya beribu tahun

  2. terbaik la masjid ni.. masjid ni buatannya 100% daripada kayu, sama dengan masjid kampung laut kat nilam puri kelantan.. masjid ni dapat mengembalikan memori silam kepada pengunjungnya dengan ukiran kayunya dan menenangkan orang yang berada didalam masjid…

Comments are closed.